CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1635|Reply: 0

dUCK Ciplak siapa pulak dah ni??? “Lebih Teruk Dari Kardashian”

[Copy link]
Post time 26-11-2021 10:12 PM | Show all posts |Read mode
“Lebih Teruk Dari Kardashian”- Netizen Dedah Jenama dUCK Ciplak Idea Inner Valley

Jenama dUCK dikatakan telah memusnahkan impian perniagaan kecil berulang kali.


Jenama fesyen terkenal, dUCK dikatakan telah meniru idea rekaan sebuah jenama yang dikenali sebagai Inner Valley.

Didakwa Musnahkan Impian Perniagaan Kecil Berulang Kali
Menerusi pendedahan seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai @loftsedfaun ,dia mendakwa  dUCK telah beberapa kali memusnahkan impian perniagaan kecil.

“Wahai @vivyyusof dan @lilit_woman dan @FashionValet. Saya harap anda mengalami hari yang hebat sekali lagi untuk memusnahkan impian perniagaan kecil berulang kali.

Ia jelas menunjukkan bahawa anda semua adalah kapitalis yang berpakaian sebagai usahawan yang mesra”-tweet @loftsedfaun


Tambahnya lagi, dikatakan tiada sebarang perniagaan kecil yang membawa kes ciplak diantara dari dUCK dan Lilit telah memenangi tuntutan kes mahkamah.

“Setakat ini, tidak ada satu pun perniagaan kecil yang alami ‘plagiarisme’ daripada itik  (dUCK) dan lilit pernah memenangi sebarang kes” katanya lagi

Lebih Teruk Dari The Kardashians



Meluahkan rasa kecewa, netizen itu turut beranggapan hanya kerana pihak tertentu mempunyai wang,mereka boleh melakukan apa sahaja. Malah, dia turut menyifatkan sikap mereka lebih teruk dari keluarga selebriti Hollywood, Kardashian.

“adakah kerana anda mempunyai wang anda boleh memijak kepala orang lain? dan ia bukannya sekali? Saya tidak mempunyai kuasa untuk menjatuhkan perniagaan anda, tetapi kenapa sering ‘mencuri dan bukannya berkolaborasi?’

“Hanya kerana mereka mempunyai wang. Akan melakukan apa sahaja untuk menghancurkan hati orang lain dan kekal relevan dan kaya. Mereka ini lebih teruk dari Kardashians. Saya tidak akan tipu

Selama bertahun-tahun, mereka melakukannya lagi. Adakah KEASLIAN DIANGGAP BERLEBIHAN UNTUK PEREKA FESYEN YANG DIBAYAR TINGGI OLEH PASUKAN ITIK (dUCK)?” tegasnya



Walaubagaimanapun, sehingga kini pihak yang terlibat masih belum memberikan sebarang kenyataan berhubung dakwaan tersebut.  Terdahulu, jenama dUCK pernah terpalit dengan isu ciplak membabitkan beberapa jenama dalam dan luar negara.

Sumber:https://murai.my/2021/132305/tudung-duck-ciplak-idea-innervalley/

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:49 PM GMT+8 , Processed in 0.053568 second(s), 24 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list