Raline Publish time 26-11-2021 10:08 PM

“Lambat Lagilah Aku Nak Dapat Job Di Malaysia” Iedil Putra

“Lambat Lagilah Aku Nak Dapat Job Di Malaysia” – Iedil Putra Komen Pelakon Perlu Ada 1 Juta ‘Followers IG’

Dia turut meluahkan rasa bimbang kepada mereka yang baru melangkah dalam industri hiburan

https://murai.my/wp-content/uploads/2021/11/IMG_6055.jpg

Pelakon berbakat besar, Tengku Iedilzuhrie Putra Tengku Alaudin atau lebih dikenali sebagai Iedil Putra meluahkan rasa kecewa apabila sebuah syarikat penyiaran ternama menetapkan kriteria pelakon perlu mempunyai jumlah pengikut di Instagram lebih dari 1 Juta pengikut.

“Kriteria Macam Ni Yang Mereka Cari. Bye”-Iedil Putra

https://murai.my/wp-content/uploads/2021/11/IMG_6057-e1637891645841.jpg

Menerusi tweet yang dikongsi di laman Twitter, pelakon filem Ola Bola ini memberitahu dengan syarat yang ditetapkan sedemikian hanya akan membuatkan pengiat seni sepertinya semakin sukar untuk mencari rezeki.

“Dari sebuah syarikat penyiaran ternama ; Followers IG over 1 juta? Lambat lagilah aku nak dapat job di Malaysia ni.

Walaupun sudah lebih 20 tahun aku mengabdikan diri, tapi kriteria yang macam ni yang mereka cari. Bye”-Tweet Iedil

https://murai.my/wp-content/uploads/2021/11/PicsArt_11-26-09.47.59.jpg
Disokong Oleh Naz Rahman

Kenyataan yang diberikan oleh Iedil turut mendapat sokongan daripada hos televisyen terkenal, Naz Rahman yang menyifatkan ia seperti dunia yang baru jika tiada tindakan susulan diambil oleh pihak berwajib.

“teruskan pendirian Iedil. Anda dan Ahmad menjadikan pengalaman Ola Bola saya tidak dilupakan sehingga bila-bila.

Sedihnya, tanpa campur tangan untuk keseluruhan simbiosis, ianya tidak dapat dinafikan. Ia adalah dunia yang baru.”-Komen Naz

https://murai.my/wp-content/uploads/2021/11/PicsArt_11-26-09.48.27-1536x856.jpg
Bimbang Dengan Pendatang Baharu

Tambah Iedil lagi, dia meluahkan rasa bimbang kepada mereka yang baru melangkah dan mempunyai tanggapan yang lain terhadap industri hiburan.

“Ianya mengecewakan. Topik ini akan mendapat lebih perhatian daripada perkara lain yang kita lakukan.

Tetapi anda benar. Saya cuma risau bagi mereka yang baru bermula, tanggapan mereka untuk melangkahmasuk ke industri ini.”- katanya lagi

https://murai.my/wp-content/uploads/2021/11/PicsArt_11-26-09.49.04.jpg

Adakah followers yang banyak di media sosial menentukan kualiti dan bakat seorang pelakon? Apa pendapat anda?

Sumber:https://murai.my/2021/132565/iedil-putra-komen-isu-pelakon-1-juta-followers-ig/

gekkou Publish time 26-11-2021 10:20 PM

bini jah bernama pu boleh jadi hero

dudaberhias Publish time 26-11-2021 10:27 PM

terima la hakikat... telah tiba waktu chuols semua yang kertu lagi kepam kena replace dengan pelakon muda herlokkkk lagi bergetah dan bernafsu persis sohai agittewww...

iols rasa deorang just nak target drama untuk bebudak muda pula kot... memang tak dinafikan banyak gila drama orang tua jah kat TV tu... kalau plot cerita macam ayahanda tu takpe lagi... tapi ni cinta cintun pun gigih la pelakon kertu dengan pompuan muda... kalau herlok takpe jugak ni muka pun berlubang boleh tuang teh ais..

peponen dan janda gersang tengok pun deorang tukar ke national geographic... tu bermakna memang hauk sehauknyaaaa baik hadap binatang punya drama.. lagi logik dan menarik serta fresh...

sharlenetexas Publish time 26-11-2021 10:44 PM

Bukan ke heols duk kat indon?

codenamedream Publish time 26-11-2021 10:46 PM

Tapi Iedil.. chuols Ada berlakon kat TV ke? Bukan chuols movie jer?
Maaf iols X perasan chuols kat TV. Tapi movie chuols Ada beberapa yg iols layan.

pavlovachoc Publish time 26-11-2021 10:53 PM

Baru tau dia ade berlakon ..knl dia pun sbb rancangan jetlag kt tv9 dulu

orglama Publish time 26-11-2021 11:04 PM

Sapa wartawan ni? Takda buat studi ke? Dia bukan pelakon filem ola bola tetapi pelakon pentas ola bola the musical. Dlm filem ola bola, watak dia tu dibawa oleh bront.

nakkomenjugak Publish time 27-11-2021 09:45 PM

Whoisyuhhhh??
Patut laa iol tak kenal, takde 1 billionzzzzz followers bak kata diba aa
Kerabat keee? Nama seakan2 kerabatan.

exclusive_vvip Publish time 27-11-2021 10:03 PM

dudaberhias replied at 26-11-2021 10:27 PM
terima la hakikat... telah tiba waktu chuols semua yang kertu lagi kepam kena replace dengan pelakon ...

itulah..iols pun nyampah tgk pelakon2 kepam n kertudok bising2 psl followers 1million tu..dah tentu2 la tu syarat utk hero n heroin drama cintan cintun utk adik2,kakak2,acik2 berangan lepas seharian penat bekerja..yg pelakon2 perasan A-listers dok bising2 tu, takkanlah tak faham..ke sesaja buat x faham?..masalah bukannya diorg xde job,cuma job sesuai la utk penampilan diorg..mcm filem2 arwah mamat khalid yg org dok puji2 amik muka pecah rumah pun bleh laku..dah memang2 jalan citer filem2 arwah tu mmg sesuai amik muka pecah rumah supaya org lagi tertarik nak tgk..and sama jugak dgn Hollywood yg pelakon kertu n kepam malaysia perasan A-listers puji2 n banding2kan tu..Hollywood tu market besar,banyak genre,pelbagai rupa bleh masuk…tapi diorg pun stereotype jugak..ada ke diorg nak amik Will Ferrel jadi hero Mission Impossible? Tidak lah kan..(gituhhh iols gigih menaip panjang2..#donebebel)

Begbiru Publish time 27-11-2021 10:16 PM

kalau faktor utama pilih pelakon is follower lebih 1 juta....kita mimpi je lah drama kita boleh jual mcm korean drama or japanese drama ke... layan je la drama2 dgn tajuk ntah apa2... plot cite pun ntah apa2. asyik pasal org kaya ngan org kurang berada... pasal business la.. pasal nak maintain status keluarga la...

nak dpt cite kualiti mmg ke laut lah jawabnya. so apa peranan ahmad idham & dato eizlan yudof ek? dpt gaji/elaun free tiap2 bulan?

Fly_over Publish time 27-11-2021 10:23 PM

ahhhh merempan lagi sorg… ni pun fefeling A lister ke? movie apa? anugerah apa dah dapat?

Fly_over Publish time 27-11-2021 10:28 PM

Edited by Fly_over at 27-11-2021 11:01 PM

saja google nak tgk dah dapat anugerah apa. mohtip merempan? saja ikut2 geng ke cmne?

cmf_premierleag Publish time 27-11-2021 10:43 PM

tak..masalahnya, ko belakon pun tak best
kowser nk tgk ko kat tv

jejaka_hensem Publish time 27-11-2021 11:08 PM

Satu2 nya pelakon lelaki yg betul2 gred A adalah redza minhat.

Iedil putra who??:shutup:

lyshafull Publish time 27-11-2021 11:17 PM

Dia ni patt stay dekat indon … indon lagi banyk filem berkualiti dri malaysia nie .. kene pndai carik peluAng kur kur kur start dri bawah arwah ashraf sinclair rilek je berlakon drama 100 episode

wirazam Publish time 27-11-2021 11:51 PM

pavlovachoc replied at 26-11-2021 10:53 PM
Baru tau dia ade berlakon ..knl dia pun sbb rancangan jetlag kt tv9 dulu

Btw..who are yusss camtu

Timortimur Publish time 28-11-2021 12:06 AM

Bukan ke dia dah kwin indon siap bela anjing lagi dlm rmh

Tembikaigoreng Publish time 28-11-2021 10:23 AM

Nie pun acah² deep ke

aina_shaira Publish time 28-11-2021 10:27 AM

Oh please lah, dia berlakon bukan best pun… perasan je pelakon A class, better Fizo je dari dia berlakon hokkay. Lagipun bukan banyak dia berlakon pun.

stania83 Publish time 28-11-2021 10:49 AM

poyo laaa..org buat drama nak pulangan duitt..bukan syok sendiri. funder funder semua biz owner kalau orang yg tak berpengaruh siapa yg nak beli airtime.. artis ni tak belajar kee at least kos pengurusan bisnes sistem tv?
Pages: [1] 2
View full version: “Lambat Lagilah Aku Nak Dapat Job Di Malaysia” Iedil Putra


ADVERTISEMENT