Raline Publish time 26-11-2021 09:51 PM

Wanita sukar berdikari pada usia warga emas berbanding lelaki

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2021/11/women-housework.jpg
Golongan wanita dilaporkan mengalami kesukaran berdikari pada usia tua berbanding lelaki. – Shutterstock / Yuganov Konstatin

Wanita sukar berdikari pada usia warga emas berbanding lelaki

LONDON – Satu kajian dilaporkan mendapati wanita mengalami masalah untuk melakukan tugas fizikal asas termasuk penjagaan diriberbanding lelaki ketika usia tua disebabkan beban melakukan kerja rumah ketika mereka muda, lapor laman berita Mail Online.

Data yang diambil daripada lebih 60,000 responden itu membayangkan bahawa perkara tersebut berlaku kerana ‘kelemahan sosio-ekonomi’ yang dialami wanita pada abad ke-20.

Penyelidik berkenaan menyatakan, semua responden kajian itu dilahirkan sebelum 1960 dan tidak bekerja atau mendapat pendidikan tinggi. Kebanyakan mereka melakukan kerja rumah sebagai suri rumahtangga.

Kajian oleh Kolej Universiti London itu menunjukkan bahawa bebas tugasan fizikal tersebut ‘boleh mendedahkan mereka kepada risiko kesihatan dan mengurangkan keupayaan untuk hidup berdikari pada usia tua’.

Penulis utama kajian berkenaan, Mikaela Bloomberg berkata, jurang antara lelaki dan wanita dalam melaksanakan tugas harian telah berkurangan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

‘’Ini boleh dijelaskan oleh fakta bahawa wanita kinimempunyai akses yang lebih baik kepada pendidikan dan lebih berkemungkinan untuk memasuki sektor pekerjaan berbanding generasi sebelum ini,’’ katanya. – Agensi

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2021/11/26/wanita-sukar-berdikari-pada-usia-warga-emas-berbanding-lelaki/

Page88 Publish time 15-10-2022 05:29 AM

We all struggle at some point.
Pages: [1]
View full version: Wanita sukar berdikari pada usia warga emas berbanding lelaki


ADVERTISEMENT