Raline Publish time 26-11-2021 09:11 PM

Murid sekolah rendah wajib jalani saringan bergilir, Isnin ini

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2021/11/WhatsApp-Image-2021-11-26-at-7.12.51-PM.jpeg
Gambar hiasan

Murid sekolah rendah wajib jalani saringan bergilir, Isnin ini

PUTRAJAYA – Semua murid sekolah rendah diwajibkan menjalani ujian saringan Covid-19 secara mingguan dengan kaedah penggiliran, bagi mencegah penyebaran wabak itu sehingga mewujudkan kluster pendidikan bermula Isnin ini.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, ia adalah sebahagian perkara yang digariskan dalam Strategi Pengujian Covid-19 Kebangsaan (NTS) yang menetapkan murid sekolah rendah perlu menjalani ujian saringan secara mingguan.

Katanya, pelaksanaan NTS dilakukan selepas ditangguhkan sebelum ini dan dokumen yang sudah pun disiarkan itu boleh dimuat turun melalui https://covid-19.moh.gov.my di bawah Garis Panduan.

“Dokumen itu juga menggariskan bila dan siapa yang perlu menjalani ujian serta ujian apa perlu dijalankan, ia sama ada murid itu bergejala atau tidak bergejala mesti menjalani ujian saringan.

“Ia menjadi keperluan kepada sekolah-sekolah rendah yang mana murid di bawah usia kelayakan menerima vaksin, perlu laksanakan ujian saringan mingguan sekurang-kurangnya kepada 10 peratus sampel pelajar di sekolah itu,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Khairy Jamaluddin sebelum ini memaklumkan, Kementerian Kesihatan (KKM) sedang menyiapkan strategi ujian saringan kebangsaan bagi menentukan peralihan fasa mitigasi di satu-satu kawasan.

“Strategi tersebut juga membolehkan kementerian mengenal pasti kawasan yang rendah dalam aspek pembendungan sekali gus dapat memastikan strategi yang lebih jelas dapat dilakukan bagi memastikan kadar positif Covid-19 diselaraskan,” katanya. – K! ONLINE

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2021/11/26/murid-sekolah-rendah-wajib-jalani-saringan-bergilir-isnin-ini/

stingerflyers Publish time 26-11-2021 09:16 PM

Apala dosa kamu wahai anak anak kecil....

Apaka dunia juga sudah hilang pertimbangan dgn nyawa nyawa kamu semua?

miss_white Publish time 26-11-2021 10:14 PM

Sejak jd barua dajjal makin menggila diani
Mohon melingkop cecepat

meow_tompok Publish time 27-11-2021 12:25 AM

patutlah ada mak bapak amik langkah berhentikan anak sekolah under KPM

asfaz Publish time 27-11-2021 12:53 AM

Mmg sebelum start sekolah dah kena isi surat kebenaran. Terpulang kat mak bapak nak bagi izin ketak. Lagipun yg aku tahu masa cikgu terangkan ,saringan guna air liur bukan jolok hidung.

pu3_rania Publish time 27-11-2021 07:29 AM

asfaz replied at 27-11-2021 12:53 AM
Mmg sebelum start sekolah dah kena isi surat kebenaran. Terpulang kat mak bapak nak bagi izin keta ...

Aku ada tengok surat anak saudara yang mana test untuk yang bergejala aje
Sekarang ni dah nak di wajibkan kepada semua pula ke

asfaz Publish time 27-11-2021 07:48 AM

pu3_rania replied at 27-11-2021 07:29 AM
Aku ada tengok surat anak saudara yang mana test untuk yang bergejala aje
Sekarang ni dah nak di w ...

Ai dengar masa sarana sebelum start sekolah, ada org tanya pasal ni.
Ikut kata GB, akan select 10% yg dah sain setuju.

Yg swab bergejala tu , dia dtg sekolah ok, tpi kat sekolah dia bergejala. Masa tu pihak sekolah akan swab dia. Tpi yg sainsetuju sahaja,yg tak sain sila la amik anak bawak balik swab sendiri.

Tpi kalau dia bergejala,sekolah akan bagi rest dlu dalam 30 minit baru cek balik. Kalau masih bergejala ,baru swab. Bak kata Gb , kekadang kita ni tetiba terbatuk kan .sb tu ada waktu rest dia bagi.
Bagi ai ok lah jgak swab ni sebab ada aje kes mak ayah kuarantin tpi anak dia hantar pergi sekolah.Lagipun Gb ckp guna yg air liur.

umbut Publish time 27-11-2021 08:07 AM

Saliva test kan. Oklah

depresio Publish time 27-11-2021 08:21 AM

Cikgu pi sekolah bukan nak mengajar lagi dah

pu3_rania Publish time 27-11-2021 08:53 AM

asfaz replied at 27-11-2021 07:48 AM
Ai dengar masa sarana sebelum start sekolah, ada org tanya pasal ni.
Ikut kata GB, akan select 10% ...

Betul apa yang hang kata yang mana ada mak pak kuarantin tapi anak di lepaskan ke sekolah
Tak ke naya kalau anak tu sebenarnya dah positive tapi tak bergejala so dah melata ke sana ke mari

asfaz Publish time 27-11-2021 09:01 AM

pu3_rania replied at 27-11-2021 08:53 AM
Betul apa yang hang kata yang mana ada mak pak kuarantin tapi anak di lepaskan ke sekolah
Tak ke n ...

Jenis pulak naik van/bas. Dlm van dah tentu banyak sekolah dia amik. Naya kat org lain. Merebak ke org lain.

mzzenma Publish time 27-11-2021 09:13 AM

saliva test je kan.. motif merentan

Hikariful Publish time 27-11-2021 09:29 AM

Kebanyakan international school memang wajibkan buat saliva test ni seminggu sekali... ahad malam kena submit saliva test pakai google form sekali dengan gambar test kit tu pada homeroom teacher.

lagipun saliva test kit dah tak mahal dah..ada farmasi jual rm5 dah pun...

Suchi Publish time 27-11-2021 09:36 AM

Edited by Suchi at 27-11-2021 09:37 AM

Makpak selalu bawak anak jalan2 bila cuti so sepatutnya tiap kali nak naik sekolah cth esok nk g sekolah buatla test.
Takyahla suh cikgu buat, nambahkan keje cikgu pastu cikgu stress lepaskan kat bebudak.
Tapi maybe suh cikgu buat sbb takut mak pak tipuguna test yg sama je amik gambar.So buat depan mata gitu.
Ni sama mcm pekerja kilang laa kan 2 minggu sekali kena jolok hidung buat test.
Adik ipar iols dh lebih drpd 20 kali dah kena buat huhu
Sampai dh lali dh dia, tp baguslaa koman2 dia sentiasa tahu status diri dia. Dah la dia mmg kaji jalan time cuti.

Suchi Publish time 27-11-2021 09:42 AM

asfaz replied at 27-11-2021 07:48 AM
Ai dengar masa sarana sebelum start sekolah, ada org tanya pasal ni.
Ikut kata GB, akan select 10% ...

Anak iols selesema n batuk pun iols cutikan lama sampai seminggu lebih. Selagi ingus tak kering masih ada soksek walaupun dh tak bersin ke apa takkan hantar lagi sekolah.
Kalau anak ada resdung ke alahan hidung ke bgtau la cikgu supaya org tak salah phm igt dia selesema sbb asik bersin.
Kadang2 ada tau parents sound dlm group minta sapa2 yg ank selesema ke batuk jgn hantar ke sekolah.
Salah satu hikmah gakni kalau tak sblm pandemik dulu mak pak selamba je biar anak yg tak sihat g sekolah.
Terutama yg baru nak mula selesema hidung berair 24 jam tu, pastu nyusahkan org lain abis berjangkit anak org. Terutama hat kecik2 tadika tu.

krustykrab Publish time 27-11-2021 09:54 AM

Aku tak faham la knp ada golongan yg tak suka? Ok kot apa yg dia buat ni...nak buta saringan kot2 anak2 korg tu ada covid ke idok...
Dah la korg x nk anak2 korg ambik vaksin, nk buat test covid pun korg tak nak..korg nak apa sebenornye?

MoneyMatters Publish time 27-11-2021 10:14 AM

krustykrab replied at 27-11-2021 09:54 AM
Aku tak faham la knp ada golongan yg tak suka? Ok kot apa yg dia buat ni...nak buta saringan kot2 an ...

Betul.. Anak buat test salah ambil vaksin salah.. Pastu esok2 anak sakit merempan pulak.. Anak i tadika swasta.. Atas dasar kesedaran and alsp sbb mmg tau i sekeluarga kaki jalan setiap ahad mlm I buat test utk anak I n myself n laki utk check ok ke x positive ke x.. On top of that, selang seminggu company mmg wajibkan buat saliva or swab test sblm start masuk office..

tukul Publish time 27-11-2021 10:16 AM

Ok aje mcm ni....saliva test aje pun...

krustykrab Publish time 27-11-2021 10:32 AM

MoneyMatters replied at 27-11-2021 10:14 AM
Betul.. Anak buat test salah ambil vaksin salah.. Pastu esok2 anak sakit merempan pulak.. Anak i t ...

Yg buat test pun tak nak mohon pindah duk dlm gua je la..belajar2 jd cave man mcm dulu2, bercawat & makan minum pun korg pi memburu, minum air sungai..

naina Publish time 27-11-2021 10:42 AM

Suchi replied at 27-11-2021 09:36 AM
Makpak selalu bawak anak jalan2 bila cuti so sepatutnya tiap kali nak naik sekolah cth esok nk g sek ...

Aah. Sedang cek suhu dan spray pembasmi kuman pun dah ambik masa. Ni kan pula nak test kit COVID. Ayoo. Sudahnya separuh hari dah ambik masa
Pages: [1] 2 3 4
View full version: Murid sekolah rendah wajib jalani saringan bergilir, Isnin ini


ADVERTISEMENT