Raline Publish time 26-11-2021 08:04 PM

Bintang Melaka United naik helikopter selepas akad nikah

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2021/11/AKMAL-MELAKA-UNITED.jpg
AKMAL dan pasangannya selamat mendarat menaiki helikopter selepas selesai majlis akad nikah di Sungai Siput, Perak ke Padang 10 Wisma MUSA, Kompleks Sukan Hang Jebat, Melaka sebentar tadi. - MUFC

Bintang Melaka United naik helikopter selepas akad nikah

PEMAIN pertahanan Melaka United, Akmal Md Zahir muncul pemain kedua di negara ini yang menerima layanan ‘kelas A’ apabila terbang menaiki helikopter untuk bersama pasukan bagi menghadapi separuh akhir Piala Malaysia malam ini.

Akmal dan pasangannya selamat mendarat di Padang 10 Wisma MUSA, Kompleks Sukan Hang Jebat sekitar pukul 2.50 petang menaiki helikopter dari Sungai Siput, Perak selepas selesai majlis akad nikah.

Ketua Pegawai Eksekutif Melaka United, Datuk Seri Justin Lim berkata, inisiatif itu diambil bagi mengelak sebarang masalah kepada pasukan.

“Akad nikah tidak boleh ditukar dan sebab itu kita aturkan helikopter kepadanya supaya tidak ada apa-apa masalah.

“Apatah lagi ini tahun ke-100 Piala Malaysia dan kita mesti buat apa saja demi Melaka.

“Apa pun halangan, mesti ada solusinya,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Pada edisi 2003, Haris Safwan Kamal muncul pemain pertama menaiki penerbangan khas untuk membawanya ke Kangar, Perlis selepas selesai peperiksaan akhir semester pertama Universiti Malaya (UM).

Ketika itu, pasukan diwakili Haris, MPPJ begitu menagih khidmatnya bagi berdepan Perlis di Stadium Tuanku Syed Putra, Kangar, juga bagi perlawanan kedua separuh akhir Piala Malaysia. – K! ONLINE

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2021/11/26/bintang-melaka-united-naik-helikopter-selepas-akad-nikah/

Pages: [1]
View full version: Bintang Melaka United naik helikopter selepas akad nikah


ADVERTISEMENT