Raline Publish time 26-11-2021 07:59 PM

MUKA ADA senyum ohhhh, Zizie Izette terima ganjaran tunai RM2.2 juta

Zizie Izette terima ganjaran tunai RM2.2 juta
https://assets.bharian.com.my/images/articles/HQ030519MS010_1637925056.jpg
Gambar fail - Datuk Seri Bung Moktar Radin bersama isteri, Datin Seri Zizie Ezette hadapi tuduhan rasuah bersama.

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini hari ini, diberitahu bahawa isteri Datuk Seri Bung Moktar Radin, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad, menerima wang tunai RM2.2 juta apabila memperkenalkan ejen pelaburan Public Mutual Berhad kepada suaminya untuk FELCRA membuat pelaburan RM150 juta dalam unit saham bank tersebut.

Ejen pelaburan Public Mutual Berhad, Madhi Abdul Hamid, 43, berkata kebiasaannya wang pengenalan (introduction fee) akan diberikan kepada individu yang memperkenalkan ejen pelaburan kepada pelanggan.

"Kami tidak menetapkan sebarang kadar bayaran (wang pengenalan), namun ia mengikut kepada budi bicara (antara ejen dengan individu). Kami putuskan untuk beri (wang pengenalan) kepada Datin Seri Zizie kerana memperkenalkan kami kepada Datuk Seri Bung," katanya.

Madhi yang merupakan saksi utama dalam kes itu, berkata demikian semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd Sophian Zakaria dan Law Chin How pada perbicaraan kes rasuah yang dihadapi Bung Moktar dan isterinya di hadapan Hakim Rozina Ayob.

Menceritakan mengenai penyerahan wang pengenalan tersebut kepada Zizie Izette, saksi pendakwaan ke-24 itu, berkata beliau dan seorang lagi ejen pelaburan Public Mutual, Norhaili Ahmad Mokhtar, menyerahkan wang berkenaan kepada pelakon itu di Public Bank cawangan Taman Melawati di sini, pada Jun 2015.

"Pada hari tersebut, saya dan Puan Norhaili berada di bank (Public Bank), namun Puan Norhaili berada di bank hanya sekejap sahaja kerana dia ada urusan lain, jadi ketika transaksi wang berlaku, hanya tinggal saya dan Datin Seri Zizie berada di bank sehingga transaksi selesai.

"Pembayaran wang pengenalan itu dibuat dengan cara saya mengeluarkannya (wang) dalam bentuk cash (tunai) dan pihak Public Bank menyerahkannya kepada Datin Seri Zizie," katanya.

Madhi berkata, sebelum penyerahan wang tersebut, pihak bank memaklumkan bahawa jumlah wang yang beliau mahu keluarkan tidak mencukupi dan hanya boleh mengeluarkan RM2.2 juta sahaja.

Ditanya Law, berapa jumlah wang yang diminta saksi itu, sehinggakan pihak bank memberitahu wang yang diminta tidak mencukupi, Madhi menjawab "Saya tak ingat berapa wang yang kami minta, tapi jumlah wang tunai yang dikeluarkan oleh Public Bank adalah RM2.2 juta.

Law: Sebelum ini kamu (Mahdi) kata akan bayar wang pengenalan kepada Datin Seri Zizie sebanyak RM2.5 juta ke atas, dan pihak bank hanya boleh keluarkan RM2.2 juta, jadi bagaimana dengan wang selebihnya?

Mahdi: Yang selebihnya dibayar kepada Datin Seri Zizie dengan cara membuka akaun pelaburan dengan Public Mutual Berhad seperti yang diminta oleh Datin Seri Zizie.

Saksi itu berkata, bagi membuka akaun pelaburan atas nama Zizie Izette, beliau dan Norhaili perlu menyerahkan baki wang pengenalan itu dalam bentuk cek atas nama Public Mutual.

"Sebanyak dua cek diberi kepada Datin Seri Zizie iaitu satu cek daripada saya berjumlah lebih RM200,000 dan satu lagi cek daripada Puan Norhaili yang jumlah untuk membuka akaun itu lebih kurang RM600,000 hingga RM700,000," katanya.

Pada 3 Mei 2019, Bung Moktar mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM2.2 juta dan RM262,500 sebagai dorongan mendapatkan kelulusan Felcra untuk membuat pelaburan RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual.

Bung Moktar, 63, yang merupakan Pengerusi Bukan Eksekutif Felcra ketika itu, didakwa menerima rasuah daripada Madhi menerusi Zizie Izette di Public Bank cawangan Taman Melawati di sini antara 12.30 tengah hari dan 5 petang 12 Jun 2015.

Beliau juga mengaku tidak bersalah menerima suapan wang tunai sebanyak RM335,500 daripada Norhaili di bawah nama Zizie Izette atas sebab sama dan di tempat sama pada 19 Jun 2015.

Zizie Izette, 43, pula mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan bersubahat dengan suaminya berhubung perkara itu di tempat, tarikh dan masa yang sama.

Perbicaraan di hadapan Rozina bersambung 7 Dis ini. – BERNAMA

Sumber:https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/11/892272/zizie-izette-terima-ganjaran-tunai-rm22-juta

Raline Publish time 26-11-2021 08:00 PM

https://assets.theedgemarkets.com/Bung-Mokhtar_Zizie_20190809115649_theedgemarkets.jpg?null

Raline Publish time 26-11-2021 08:00 PM

https://murai.my/wp-content/uploads/2020/09/Screenshot-2020-09-22-at-9.37.03-AM-e1600738860280.png

musangbodoh Publish time 26-11-2021 09:06 PM

AKU MASUK GAK BENDE NIE..X DPT PUN WANG PENGENALAN..SO AKU KENA TIPU KE CAMNE?

newyork Publish time 26-11-2021 09:25 PM

Best betul kawin dgn politician

Tinot7 Publish time 26-11-2021 09:28 PM

musangbodoh replied at 26-11-2021 09:06 PM
AKU MASUK GAK BENDE NIE..X DPT PUN WANG PENGENALAN..SO AKU KENA TIPU KE CAMNE?

ko perkenalkan kat kampeni lain utk deme dpt projek 150 jota ka?
itu rasuah, jgn buat.

stingerflyers Publish time 26-11-2021 09:45 PM

Tinot7 replied at 26-11-2021 09:28 PM
ko perkenalkan kat kampeni lain utk deme dpt projek 150 jota ka?
itu rasuah, jgn buat.

Humngok BN menang besar diprn melaka...setakat kes tetek bengek sebegini takkheun tak boleh lepas?


dudaberhias Publish time 26-11-2021 09:48 PM

dedua muka takde seri... sorang macam ikan masin... sorang lagi macam catwoman kertu...
yihhh macam mana dia boleh selera yach tengok gambar kat post no. 2 tu...
terus menopos akak tengok gambarnya... nak tutup2 lampu pun tak rela...

bubuh disposable beg, periuk nasik dan tin biskut padang besar tu pun belum tentu jalan...
kering kontang dan terkulai terus akak sambil menyerahkan segalanya pada ilahi...

dudaberhias Publish time 26-11-2021 09:59 PM

musangbodoh replied at 26-11-2021 09:06 PM
AKU MASUK GAK BENDE NIE..X DPT PUN WANG PENGENALAN..SO AKU KENA TIPU KE CAMNE?

tu la... tapi iols nak husnuzon sesekali dekat mak yang baik walaupun kerja dok melambung sampai ke syiling jah.. lelain maid yang buat...

mungkin zizie deal secara legit... sebab 2.5 juta tu 1.5 percent je dari 150 juta tu... :$

Raline Publish time 26-11-2021 10:10 PM

Zizie Izette terima RM2.2 juta perkenal ejen pelaburan kepada Bung Mokhtar

https://ohmymedia.cc/wp-content/uploads/2021/11/OMM-zizie.jpg

Selebriti dan juga isteri kepada ahli politik, Datuk Seri Bung Moktar Radin, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad difahamkanmenerima wang tunai RM2.2 juta apabila memperkenalkan ejen pelaburan Public Mutual Berhad kepada suaminya untuk Felcra membuat pelaburan RM150 juta dalam unit saham bank selepas diberitahu oleh pihak mahkamah Sesyen hari ini.

Menerusi Bernama, Ejen pelaburan Public Mutual Berhad Madhi Abdul Hamid, 43, memaklumkan bahawa kebiasaannya wang pengenalan (introduction fee) akan diberikan kepada individu yang memperkenalkan ejen pelaburan kepada pelanggan.

“Kami tidak menetapkan sebarang kadar bayaran (wang pengenalan), namun ia mengikut kepada budi bicara (antara ejen dengan individu). Kami putuskan untuk beri (wang pengenalan) kepada Datin Seri Zizie kerana memperkenalkan kami kepada Datuk Seri Bung,” katanya.

https://ohmymedia.cc/wp-content/uploads/2021/11/Screenshot-2021-11-26-at-9.07.45-PM.png

Hal ini diberitahu Mahdi sewaktupemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd Sophian Zakaria dan Law Chin How pada perbicaraan kes rasuah yang dihadapi Bung Moktar dan isterinya di hadapan Hakim Rozina Ayob.

Menurut saksi pendakwaan ke-24 itu, dia telah menyerahkan wang berkenaan kepada Zizie Izzate di Public Bank cawangan Taman Melawati pada Jun 2015.

“Pada hari tersebut, saya dan Puan Norhaili berada di bank (Public Bank), namun Puan Norhaili berada di bank hanya sekejap sahaja kerana dia ada urusan lain, jadi ketika transaksi wang berlaku, hanya tinggal saya dan Datin Seri Zizie berada di bank sehingga transaksi selesai.”
“Pembayaran wang pengenalan itu dibuat dengan cara saya mengeluarkannya (wang) dalam bentuk cash (tunai) dan pihak Public Bank menyerahkannya kepada Datin Seri Zizie,” katanya.
Ditanyaberapa jumlah wang yang diminta saksi itu sehinggakan pihak bank memberitahu wang yang diminta tidak mencukupi, Madhi menjawab “Saya tak ingat berapa wang yang kami minta, tapi jumlah wang tunai yang dikeluarkan oleh Public Bank adalah RM2.2 juta.”

https://ohmymedia.cc/wp-content/uploads/2021/11/Screenshot-2021-11-26-at-9.07.54-PM.png
Untuk makluman, sebelum ini, Bung Mokhtar 63 didakwa menerima rasuah daripada Mahdi menerusi isterinya, Zizie Izzete di Public Bank cawangan Taman Melawati kira-kira jam 12.30 tengah hari pada Jun 2015.

Walau bagaimanapun, Pengerusi Eksekutif Felcra itu mengaku tidak bersalah menerima suapan wang tunai sebanyak RM335,500 daripada Norhaili di bawah nama Zizie Izette atas sebab sama dan di tempat sama pada 19 Jun 2015.

Zizie Izette, 43, pula mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan bersubahat dengan suaminya berhubung perkara itu di tempat, tarikh dan masa yang sama.

Setakat ini, perbicaraan di hadapan Hakim Rozina akan bersambung 7 Disember ini.

Sumber: Benama (Jenayah & Mahkamah)

sayawifenikmie Publish time 26-11-2021 10:17 PM

dudaberhias replied at 26-11-2021 09:59 PM
tu la... tapi iols nak husnuzon sesekali dekat mak yang baik walaupun kerja dok melambung sampai k ...

hmmm
ejen PM dapat berapa % dari jumlah pelaburan ?

dudaberhias Publish time 26-11-2021 10:21 PM

sayawifenikmie replied at 26-11-2021 10:17 PM
hmmm
ejen PM dapat berapa % dari jumlah pelaburan ?

komisyen unit trust 3% katanya kaka ikut agen yang iolss pernah deal tu...
taktau la macam mana boleh jadi 1.5 percent pada bini ikan kering tu...

lotionmilo Publish time 26-11-2021 10:24 PM

dudaberhias replied at 26-11-2021 10:21 PM
komisyen unit trust 3% katanya kaka ikut agen yang iolss pernah deal tu...
taktau la macam mana bo ...

Jadinya disini half agent half zizie? Agent rasuah zizie?

Agent tu elly eh?

sayawifenikmie Publish time 26-11-2021 10:26 PM

dudaberhias replied at 26-11-2021 10:21 PM
komisyen unit trust 3% katanya kaka ikut agen yang iolss pernah deal tu...
taktau la macam mana bo ...

.. maksudnya ejen UT PM tu bersetuju utk berbahagi sama rata komisen tersebut
and
kalau zz dan bung alah
dua orang ejen PM tu pun salah

pemberi dan penerima rasuah dua dua SALAH

kan ?

dudaberhias Publish time 26-11-2021 10:28 PM

lotionmilo replied at 26-11-2021 10:24 PM
Jadinya disini half agent half zizie? Agent rasuah zizie?

Agent tu elly eh?

rasanya memang elly berbillionyairr tu... yihhhh...
rasuah la kot... kalau tidak takde la boleh dakwa khennn...:lol:

dudaberhias Publish time 26-11-2021 10:31 PM

sayawifenikmie replied at 26-11-2021 10:26 PM
.. maksudnya ejen UT PM tu bersetuju utk berbahagi sama rata komisen tersebut
and
kalau zz dan bun ...

wang pengenalan katanya... tak pasti under suapan ke atau memang ada rate agen boleh bagi...
sebab deal secara legit khennn :funk:
sebab iolsss hati hitam lagi2 sebab dedua tak herlokkk iolsss rasa nak pitenah kedua2nya...
tapi tadi hati tengah sejuk sikit nak husnuzon dekat si catwoman kertu ok sambung balik husnuzon... agittewww

sayawifenikmie Publish time 26-11-2021 10:34 PM

dudaberhias replied at 26-11-2021 10:31 PM
wang pengenalan katanya... tak pasti under suapan ke atau memang ada rate agen boleh bagi...
sebab ...

i suka tengok zz jaga anak2 angkat dia sam rasa sama rata dengan anak kandung sheols
so
harap2 apa yg dia terima tidak dikategorikan as RASUAH/suapan
kalau depa ber2 bersalah, the two ejen tu pun salah lah jua

sebab bung tu sangat lah tak menyelerakan, iols OK je zz dapat rm2.2 juta as upah tu ...

Incanto Publish time 26-11-2021 11:06 PM

kalau peguam pandai, dia boleh twist dan tunjuk yg FELCRA invest dlm Public Mutual berdasarkan track record dan pulangan yg tinggi

bukan sebab Zz terima RM 2.2 juta pastu suruh Bong invest duit Felcra

KIM.K Publish time 26-11-2021 11:28 PM

Member kata PM ni tak menjaga agen so heol lari ke kenanga

Kalau sorang kontraktor bagi komisyen kepada isteri pengetua sekolah sebab amik syarikat dia baiki bangunan kira rasuah ke tidak

Boleh ke agen insuran bagi komisyen kat bini general manager kilang sebab kilang tempat si GM bekerja amik pelan insuran dgn diorg

krustykrab Publish time 26-11-2021 11:32 PM

No wonderla goyang telur goynag tetek pun duit berkepuk2...
Pages: [1] 2 3 4 5 6 7
View full version: MUKA ADA senyum ohhhh, Zizie Izette terima ganjaran tunai RM2.2 juta


ADVERTISEMENT