Raline Publish time 26-11-2021 07:52 PM

Perbualan akhir bersama Allahyarham Siti Sarah dalam......

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2021/11/siti-sarah.jpg
SHUIB turut menyelitkan perbualan akhir bersama Siti Sarah ketika memberikan kata-kata semangat bagi memujuk arwah untuk ‘ditidurkan’.

Perbualan akhir bersama Allahyarham Siti Sarah dalam Tinggalkan Diriku

PETALING JAYA – 9 Ogos 2021. Satu tarikh ‘berdarah’ yang akan dikenang oleh pelawak dan usahawan terkenal Shuib apabila isteri yang dikasihi pergi dijemput Ilahi buat selama-lamanya.

Pastinya pemergian Allahyarham Siti Sarah meninggalkan 1,001 memori yang amat sukar untuk ditempuhi.

Kehilangan tersebut ternyata telah meninggalkan rasa sepi, kosong dan bagaikan hilang seluruh jiwa sehingga mencengkam sanubari pemilik nama penuh Shahmira Muhamad itu.

Lebih menyentuh jiwa, hari ini sebuah karya hebat nyanyian Siti Sarah berjudul Tinggalkan Diriku telah dilancar dan diperdengarkan secara rasmi kepada umum pada pukul 3 petang tadi.

Kata Shuib, lagu tersebut merupakan rakaman suara arwah isterinya ketika sesi latihan untuk Showcase Siti Sarah sekitar tahun 2018.

“Enam hari selepas pemergian Allahyarham, saya mendengar rakaman
lagu Tinggalkan Diriku yang dirakamkan ketika sesi latihan untuk Showcase Siti Sarah yang diadakan pada 2018.

“Rasa sebak, hiba dan segala rasa hadir menerpa jiwa sepanjang mendengar semula lagu tersebut.

“Cara penyampaian arwah sangat berbeza dan istimewa sekali, seperti sudah tahu apa yang bakal terjadi nanti. Bait-bait lirik yang cukup indah sangat meninggalkan kesan kepada pendengar,” kata bapa kepada empat orang cahaya mata itu.

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2021/11/collage-9.jpg
VIDEO muzik rasmi lagu Tinggalkan Diriku dilancarkan tepat pukul 3 patang tadi menerusi saluran YouTube, Shuib Channel.

Rentetan itu, anggota kumpulan Sepahtu itu mengambil keputusan untuk mengabadikan karya istimewa ciptaan oleh Aidit Alfian tersebut menjadi sebuah video muzik (MV) sebagai tanda cinta kepada bidadari syurganya.

Untuk rekod, lagu tersebut telah dirakam pada tahun 2002 untuk album Mimpi Pun Sama dan dilancar sekitar tahun 2003.

Antara yang paling mencuri perhatian ramai semestinya rakaman perbualan terakhir Shuib bersama arwah isterinya sebelum ditidurkan pada 6 Ogos lalu bagi mengeluarkan bayi dalam kandungannya.

“Menerusi MV ini saya selitkan perbualan akhir bersama Siti Sarah ketika memberikan kata-kata semangat bagi memujuk arwah untuk ‘ditidurkan’.

“Ini adalah momen paling sukar dalam hidup saya sebagai seorang suami dan bapa. Perbualan tersebut adalah tanda pengorbanan besar seorang ibu yang bertarung nyawa untuk melahirkan seorang anak,” kata Shuib lagi.

Sebagai info, Tinggalkan Diriku teklah dilancarkan menerusi semua platform digital mulai hari ini termasuklah video muzik rasmi. – K! ONLINE

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2021/11/26/perbualan-akhir-bersama-allahyarham-siti-sarah-dalam-lagu-tinggalkan-diriku/

nura19 Publish time 26-11-2021 08:31 PM

Ade sesape nk hencap ke? :$

woven11 Publish time 26-11-2021 08:37 PM

Tah la soebbb… Mula2 mmg sedih, sian dgn heols sekeluarga. Tapi banyak betul content heols… lepas satu satu. Iols terus tak jadi kesian. Dah lama perhati ig story siti sarah sentiasa ada org upload.. seakan arwah masih lagi ada,,, redha lah soeb.. dah x perlu content pasal arwah lagi…

chazey Publish time 26-11-2021 08:40 PM

nura19 replied at 26-11-2021 08:31 PM
Ade sesape nk hencap ke?

Ada.

Soeb tahi riding on wife's death for Youtube views. Duit kan Soeb kan.

lyshafull Publish time 26-11-2021 08:47 PM

Bbnu bodoh je pi sedih bana betul bbnu zaman skang bnde ni kan private ko soeb simpanla untk kenangan ko ni mcm ko tunjuk ko tu setia sgt lepas tu x lama lagi kahwin bru …

hyie Publish time 26-11-2021 08:48 PM

chazey replied at 26-11-2021 08:40 PM
Ada.

Soeb tahi riding on wife's death for Youtube views. Duit kan Soeb kan.

exactly sis...no argue gaytohhh

timah03 Publish time 26-11-2021 09:00 PM

Ada orang simpan... Ada orang kena luah kan kerinduan tu....
Jadi... Biar lah... Hak masing2... Sampai satu tahap naty... Dia redha....

ezacbee Publish time 26-11-2021 09:10 PM

Kasi la can setahun dia nak luahkan.
Lain la klo dah 10thn camni gak. Hempuk je. :lol:

slyfynx Publish time 26-11-2021 09:16 PM

Ok, sesungguhnye aku xde mende positif nk cakap.
So better aku diam je

stingerflyers Publish time 26-11-2021 09:33 PM

chazey replied at 26-11-2021 08:40 PM
Ada.

Soeb tahi riding on wife's death for Youtube views. Duit kan Soeb kan.

Kalo ko takda ruang nak ride on your pregnancy...then bersangka baikla dgn org lain ,seberat mana pun rasanya....bersangka baik pada org lain dlm waktu waktu mengandung ini baik utk perkembangan janin dlm kandungan tau chzy...ingat pesan aku ini.....

nura19 Publish time 26-11-2021 09:38 PM

chazey replied at 26-11-2021 08:40 PM
Ada.

Soeb tahi riding on wife's death for Youtube views. Duit kan Soeb kan.

Yup....mkin kaya ler die kn bila org view :curse:

nura19 Publish time 26-11-2021 09:39 PM

ezacbee replied at 26-11-2021 09:10 PM
Kasi la can setahun dia nak luahkan.
Lain la klo dah 10thn camni gak. Hempuk je.

Silap2 x sampai setaun dh ade mak baru tuk ank4 nye... ;P

stingerflyers Publish time 26-11-2021 09:43 PM

nura19 replied at 26-11-2021 09:39 PM
Silap2 x sampai setaun dh ade mak baru tuk ank4 nye...

Org lelaki ini ada edah keww sebelum boleh kawen lagi selepas kematian isteri?

Tanya aja

missmeornot Publish time 26-11-2021 09:46 PM

timah03 replied at 26-11-2021 09:00 PM
Ada orang simpan... Ada orang kena luah kan kerinduan tu....
Jadi... Biar lah... Hak masing2... Samp ...

Tapi si soeb nampak mcm gunakan arwah je..paham bila rindu org yg dah xde tu tp sampai semua benda nak selitkan pasal arwah for me it's too much. Dr rasa sedih terus mcm meluat menyampah. Tetibe kesian pulak kt arwah

missmeornot Publish time 26-11-2021 09:47 PM

stingerflyers replied at 26-11-2021 09:43 PM
Org lelaki ini ada edah keww sebelum boleh kawen lagi selepas kematian isteri?

Tanya aja

Mana ada. Kalau pg isteri mati petang tu nak nikah lain pun boleh

stingerflyers Publish time 26-11-2021 09:50 PM

missmeornot replied at 26-11-2021 09:47 PM
Mana ada. Kalau pg isteri mati petang tu nak nikah lain pun boleh

So takda isu la kheunz? Sebaiknya cepat cepatla kawen supaya dapat cepat lagi menutup sebarang ruang fitnah....

stingerflyers Publish time 26-11-2021 09:56 PM

missmeornot replied at 26-11-2021 09:46 PM
Tapi si soeb nampak mcm gunakan arwah je..paham bila rindu org yg dah xde tu tp sampai semua benda ...

Anak jiran aku yg 3 tahun iteww pernah menyebut...the longer you take to move on with your life selepas kematian your beloved, boleh menjurus pada quality yg ampuh akan keredhoaan ko pada ketentuanNYA....sering mengungkit serta flashback walau pada perkara yg tidak.mengaibkheun org yg telah meninggal...boleh dihat sebagai keberatan diri ko utk move on....so.... move on as quickly as you can supaya roh dialamnya akan dapat tenang dan aman.....

kiah_mai_pulak Publish time 26-11-2021 10:12 PM

nura19 replied at 26-11-2021 08:31 PM
Ade sesape nk hencap ke?

kenapa takut nk hencap?? soeb bukan maksum,, arwah bukan bidadari kat sorga pun

kiah_mai_pulak Publish time 26-11-2021 10:13 PM

stingerflyers replied at 26-11-2021 09:43 PM
Org lelaki ini ada edah keww sebelum boleh kawen lagi selepas kematian isteri?

Tanya aja

kau ni tkda belajar agama ke kat sekolah?

tak tahu ke functiin edah utk wanita tu kenapa??
dh kenpa pulak jntan pun nk kena edah bagai?

Lagubestbest Publish time 26-11-2021 10:19 PM

kemain.. demi bubble bee..
Pages: [1] 2 3 4 5 6
View full version: Perbualan akhir bersama Allahyarham Siti Sarah dalam......


ADVERTISEMENT