Raline Publish time 26-11-2021 07:47 PM

Pengantin terkejut terima pesanan air oren ketika duduk di pelamin

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2021/11/jeruk-pengantin-1536x933.jpg
Penghantar tersebut disuruh menghantar air oren itu terus ke pelamin. – Tik Tok.

Pengantin terkejut terima pesanan air oren ketika duduk di pelamin

JAKARTA – Sebuah video di media sosial tular disebabkan seorang tetamu di majlis perkahwinan bertindak memesan air oren daripada penghantar makanan yang kemudian menghantarnya terus ke pelamin pengantin, lapor laman berita Suara.com.

Video itu dimuat naik ke akaun di aplikasi Tik Tok bernama @ayusbangga.

Menerusi video tersebut, lelaki itu bertindak memesan air oren menggunakan sebuah aplikasi penghantar barang.

Setelah pesanan tiba, lelaki itu kemudiannya menyuruh penghantar barang tersebut menghantarnya terus ke pelamin pengantin sambil merakam video.

“Pergi terus ke Mas Ayus,” tulisnya dengan emoji ketawa.

Kejadian itu menarik perhatian tetamu lain yang hadir, malah netizen mula membanjiri ruangan komen.

“Kesian kat Gojek, bro,” tulis seorang netizen.

“Budak tu macam cakap makan dulu wkwkwk,” tambah netizen lain.

Video itu kini mendapat 397.4 ribu suka dan 1173 komen. – Agensi

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2021/11/26/pengantin-terkejut-terima-pesanan-air-oren-ketika-duduk-di-pelamin/

jazaa100 Publish time 26-11-2021 11:04 PM

Tak paham.....

Isunya APA dgn bangsa friska ni......:huffy

Artemesiaa Publish time 27-11-2021 11:35 AM

Bininya suka pesan makanan dan minuman dari gojek selama ni ke macam mana tu
Pages: [1]
View full version: Pengantin terkejut terima pesanan air oren ketika duduk di pelamin


ADVERTISEMENT