kerisnaga Publish time 26-11-2021 06:29 PM

Penjawat awam Pulau Pinang terima bonus

Penjawat awam Pulau Pinang terima bonus

Nur Izzati Mohamad - November 26, 2021 @ 5:45pmbhnews@bh.com.my



https://assets.bharian.com.my/images/articles/kon26nov_1637919913.jpg
Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow ketika membentangkan Belanjawan 2022 pada Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Ke-14 di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang hari ini. - Foto NSTP/Mikail Ong

GEORGETOWN: Seramai 3,962 penjawat awam di Pulau Pinang akan menerima bayaran bantuan khas kewangan (BKK) setengah bulan gaji atau minimum RM1,000.


Perkara itu diumumkan Ketua Menteri Chow Kon Yeow ketika membentangkan Belanjawan 2022 Pulau Pinang dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), di sini, hari ini.


Kon Yeow berkata, bayaran bonus itu membabitkan implikasi kewangan sebanyak RM5.59 juta dan pembayarannya akan dibuat pada akhir tahun ini.


"Adalah diharapkan dengan bantuan khas ini dapat meningkatkan semangat penjawat awam di negeri ini bagi memberikan perkhidmatan cemerlang pada tahun-tahun akan datang.


"Terima kasih atas khidmat dan sokongan semua yang masih menunjukkan prestasi yang membanggakan walaupun terpaksa bekerja dalam tekanan dan cabaran mendepani wabak COVID-19," katanya.


Jelasnya, kerajaan negeri terus menghargai dan berterima kasih kepada Jabatan Kesihatan Pulau Pinang (JKNPP), Majlis Keselamatan Negara (MKN), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan semua agensi sama ada di peringkat pusat mahupun negeri dalam usaha menangani wabak sehingga berjaya membawa Pulau Pinang memasuki Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN).


Dalam pada itu, Kon Yeow berkata, penyelia dan guru KAFA, guru Sekolah Rendah Agama Rakyat, guru Sekolah Menengah Agama Rakyat dan staf Sekolah Persendirian Cina akan menerima bantuan RM300 seorang.


"Guru tahfiz, guru sekolah pondok dan guru tadika Islam akan menerima bantuan sebanyak RM200 seorang dengan jumlah perbelanjaan membabitkan RM940,600 yang pembayarannya juga akan dibuat pada akhir tahun ini.


"Pembayaran bantuan ini dilakukan sama seperti tahun-tahun sebelum ini," katanya.


sumber




Pages: [1]
View full version: Penjawat awam Pulau Pinang terima bonus


ADVERTISEMENT