kerisnaga Publish time 26-11-2021 02:45 PM

ATM rampas 1.3 tan daun ketum

ATM rampas 1.3 tan daun ketum

Oleh Noorazura Abdul Rahman - November 26, 2021 @ 2:21pmbhnews@bh.com.my



https://assets.bharian.com.my/images/articles/bh26ketum1_1637907699.jpg
Daun ketum yang dibungkus dalam guni dan plastik hitam. - Foto ihsan ATM

ALOR SETAR: Angkatan Tentera Malaysia (ATM), kelmarin menggagalkan cubaan menyeludup 1.3 tan daun ketum dianggarkan bernilai lebih RM77,000 ke Thailand di sempadan negara di daerah Padang Terap.


Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) dalam kenyataan hari ini berkata, semua rampasan barang tanpa tuan (RBTT) itu dirampasdi laluan menghala ke Batu Sempadan 29/190 sektor OP BENTENG Kawasan


Tanggungjawab Briged Keenam Infantri Malaysia pada jam 5 petang.


"Semua suspek disyaki bertindak melarikan diri ke dalam kawasan hutan apabila menyedari kehadiran pasukan rondaan di kawasan berkenaan.

https://assets.bharian.com.my/images/articles/bh26ketum2_1637907696.jpg
Sebanyak 1.3 tan daun ketum yang dirampas pasukan ATM di sempadan negara di Padang Terap, kelmarin. - Foto ihsan ATM

"Hasil pemeriksaan mendapati sejumlah guni dan bungkusan plastik hitam berada di dalam dua buah pacuan empat roda di kawasan berkenaan.


"Selain daun ketum dan dua kenderaan pacuan empat roda, pasukan rondaan turut merampas empat buah motosikal, mata wang Malaysia, mata wang Thailand dan telefon bimbit," katanya.


Semua barang rampasan dibawa ke Balai Polis Kuala Nerang untuk tindakan lanjut.


sumber




Pages: [1]
View full version: ATM rampas 1.3 tan daun ketum


ADVERTISEMENT