CARI-MRO Publish time 26-11-2021 02:40 PM

Lelaki Di Ipoh Maut Dicekik Sebab Dituduh Curi Pembesar Suara

Tular rakaman video seorang pemuda dicekik hingga meninggal dunia oleh tiga lelaki lain kerana disyaki mencuri pembesar suara milik salah seorang daripada ketiga-tiga lelaki berkenaan.


Rakaman insiden yang tular dalam laman sosial Twitter itu dipercayai dirakam di hadapan warung pasar pagi di Flat Ashby Road, Ipoh.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202111/26/143940qz84hd8h9jk0h8ls.pngFoto: Twitter




Menurut seorang pengguna Twitter zack_rockstar yang menularkan klip rakaman pergaduhan itu, kematian mangsa hanya dirakam dan disaksikan oleh orang ramai yang hanya berdiri di sekeliling mangsa tanpa memberi pertolongan.


“Beliau mati dicekik kerana disyaki mencuri portable pembesar suara yang tidak seberapa harganya. Kematiannya disaksikan oleh orang ramai, tidak kurang yang merakam video sepanjang kejadian sehingga malaikat maut mencabut nyawanya,” tulisnya di laman Twitter.


Jelas seorang lagi pengguna laman sosial itu nanmanjoi8715, mangsa adalah daripada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) yang dikepung oleh tiga individu yang sihat akal fikiran.


“Musibat ni la yang cekik budak OKU tu sampai mati. Kalau jumpa kasi tibia ramai-ramai…buat malu orang Melayu…buat malu agama Islam,” ciapnya.




https://twitter.com/zack_rockstar/status/1464088159558402050


Tiga suspek difahamkan sudah ditahan oleh Polis Perak di lokasi kejadian bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


Satu lagi rakaman video tiga lelaki menyerang pemuda dan dicekik sehingga meninggal dunia yang dikongsi warganet di TikTok.


Mengulas kejadian meragut nyawa itu, rata-rata pengguna Twitter menzahirkan perasaan simpati melihat mangsa yang tidak terdaya melawan pelaku dan meluahkan perasaan tidak puas hati kepada orang ramai yang hanya menyaksikan kejadian itu.


“Pakai songkok tapi tiada sifat kemanusiaan…yang keliling ramai-ramai tu tak rasa bersalah ke biar satu nyawa melayang?,” ciapan abukitol.


“Bila tengok balik video tu rasa nak marah dan kesian betul. Kejam gila kot pukul mangsa sampai mati sambal diperhati masyarakat beramai-ramai. Tiada siapa yang suruh bersabar,” ciapan ikarbertweet. -CARI


Sumber: Utusan Online

batmana Publish time 26-11-2021 03:13 PM

Tangkap skali semua perakam.org keliling yg tk buat apa2..psl dh mcm subahat bunuh tu..:huffy

cmf_PariS Publish time 26-11-2021 03:18 PM

semua subahat! tangkap semua!

Samerosie Publish time 26-11-2021 03:19 PM

Kasi tali gantung ni.Pakai songkok ala2 ustaz rupa tapi buat orang sampai mati.Trngok wrestling banyak sangat!Orang melayu asalkan tak makan babi je yg lain halal dibuat.   Buat malu je.

mawarkhayalan99 Publish time 26-11-2021 03:26 PM

kesiannya dah lah disyaki. so belum confirm kan mangsa betul2 mencuri. kalau confirm mencuri pun siapa kah kauuu nak ambil tindakan sendiri. sampai hilang nyawa orang tu.

bungarose Publish time 26-11-2021 03:43 PM

Kejamnyerr:huffy:huffy
Harap polis dakwa sekali perakam giler

Rajawali Publish time 26-11-2021 03:50 PM

Edited by Rajawali at 26-11-2021 03:58 PM

orang melayu ipoh ke?biasalah banyak yang perasan gengstar,sbb banyak makan kat restoran cina..harap semua yang ada di situ dihukum gantung sampai putus leher

tripleid Publish time 26-11-2021 03:53 PM

silapnya yg cekik tu melayu,kalo pencekik tu x melayu rasanya dah arwah dah si pencekik kena gomol dgn penonton

Straya Publish time 26-11-2021 03:54 PM

Reminds me of zul farhan punya kes.Dituduh mencuri & kena belasah ramai2.Kena bunuh depan ramai saksi tp semua relax2 mcm tak ada apa.Si badan babi tu,bukak aje la ketayap tu.Elok anak atau cucu dia kena bunuh macam tu baru ada akal

buapakperut Publish time 26-11-2021 03:55 PM

ingatkan mikropon aina abedul , spai mati orang kena gasak

Acikgomen Publish time 26-11-2021 03:56 PM

Samerosie replied at 26-11-2021 03:19 PM
Kasi tali gantung ni.Pakai songkok ala2 ustaz rupa tapi buat orang sampai mati.Trngok wrestling...

Dari 302 ujong2 tukar 304 bunuh tanpa niat, penjara 10thn jek
Dah bape byk kes bunuh dlm msia mcmni

prettyuglybabe Publish time 26-11-2021 03:59 PM

mana video?

Herlina Publish time 26-11-2021 04:34 PM

batmana replied at 26-11-2021 03:13 PM
Tangkap skali semua perakam.org keliling yg tk buat apa2..psl dh mcm subahat bunuh tu..

SETUJU!
aje ngan biol memasing...konsepnya ambik video dulu, tular dulu..nak tolong? kim salam

Skuau Publish time 26-11-2021 04:46 PM

Herlina replied at 26-11-2021 04:34 PM
SETUJU!
aje ngan biol memasing...konsepnya ambik video dulu, tular dulu..nak tolong? kim salam

mungkin yg berada sekeliling tu..dtng secara 'individu'..kang dihempuk dek 3 orng tu...melainkan mereka 'ber tag team' sesama mereka vs 3 orng ni.

Herlina Publish time 26-11-2021 04:52 PM

Skuau replied at 26-11-2021 04:46 PM
mungkin yg berada sekeliling tu..dtng secara 'individu'..kang dihempuk dek 3 orng tu...melainkan m ...

Tapi..kalau ambik gambar atau video dan terus serah kat polis ok la jugak. Apapun sy tetap rasa sebak ...baik la beredar dari situ kalau tak berani nk bantu

hungryhenry Publish time 26-11-2021 04:54 PM

“I cannot breathe”… serupa dgn Floyd yg ditekam leher dgn pulis

hungryhenry Publish time 26-11-2021 04:55 PM

Pakcik tu buat muka hebat acah2 dpt medal sbb berjaya tumpaskan pencuri tetapi sekseyn 302 menanti

potsshine Publish time 26-11-2021 04:59 PM

sedih bila terjadi perkara begini...mangsa bkn merogol..membunuh...kalau betul kesalahan yg dibuat membabitkan nyawa mungkin la..nyawa di balas nyawa..ni..sekadar speaker...Allahu...betul la manusia cinta dunia...

tumpanglalu74 Publish time 26-11-2021 05:00 PM

Aku Dengor La Kan Dulu

Flat ney mana yang mencikcurrr tu berator pelanggan kat luor pintu rumah.Ade cleaner ofis kabo.Sini la sarang GRO.Ramei yang wat koje tu kat Ipoh.

Nenolen Publish time 26-11-2021 05:02 PM

Allahu...salam takziah buat family mangsa...

keluarga pokcik songkok udah gelap masa depan kamu semua kerana gara2 tindakan kurang akal pokcik...
Pages: [1] 2 3 4 5 6 7
View full version: Lelaki Di Ipoh Maut Dicekik Sebab Dituduh Curi Pembesar Suara


ADVERTISEMENT