[Games] BINA AYAT BERDASARKAN KEYWORD. New Keyword PG4
Edited by NaylaArisha at 2-12-2021 09:33 AMNay saja wujudkan benang GAMES ni untuk semua forumer join. Para SR silalah menjelmakan diri dan menjoinkan diri https://b.cari.com.my/static/image/smiley/default/titter.gif
Cara : Bina ayat menerusi KEYWORD yang akan di berikan oleh Nay
Pemarkahan : Satu KEYWORD membawa +5 tashanggg (sapa tak mau kann)
Syarat : KEYWORD valid untuk satu hari saja. Olahan ayat mengikut kreativiti masing-masing. Tak boleh tiru. Tashang akan di berikan selepas KEYWORD baru di upkan oleh Momod Nay.
Okay KEYWORD untuk hari ini
1) Indah
2) Impian
3) Ilusi
4) Imaginasi
5) Idea
** Tak de syarat berapa patah perkataan YANG PENTING semuanya dalam sebaris ayat sahaja
Anda di benarkankan untuk spam ayat-ayat yang memenuhi syarat2 di atas.
Maximum 5 ayat satu hari untuk satu forumer
bagi contoh musangbodoh replied at 26-11-2021 10:23 AM
bagi contoh
contoh keyword pertama Indah...
1) Rani baru sahaja balik dari Kuala Selangor melihat keindahan sawah padi yang menhijau.
5 keyword max 5 ayat ke x ksh? Edited by NaylaArisha at 26-11-2021 12:50 PM
novelloverzz replied at 26-11-2021 10:53 AM
5 keyword max 5 ayat ke x ksh?
1 keyword 1 ayat sehari
Edited by Normabaru at 24-12-2021 01:35 PM
BUAT GAMES TUKAR TUKAR TERMS IKUT SUKA HATI PADAHAL BOLEH JE BUAT BENANG LAIN OR CLOSE BENANG SEDIA ADA.BENDA MCM NI PON NAK MAIN CHEATING....NAMA JE MODERATOR TP SENDIRI NTAH PAPE NTAH! Normabaru replied at 26-11-2021 11:21 AM
1) Indah
memang terbaik kaka norm...
tapi kan... kenapa satu post terus...
:'(:'(
Normabaru replied at 26-11-2021 11:21 AM
1) Indah
lagi +25 kaka kena buka lagi satu post ;P
INDAH
1) Indahnya laman rumah kepunyaan Pak Dollah.
2) Keindahan sesebuah kampung tanggungjawab semua penduduk.
3) Untuk mengindahkan lagi dekorasi rumah ini, kita perlu lebih bajet.
4) Semua orang sukakan yang indah-indah saja
5) Marilah kita pergi melancong untuk menikmati keindahan ciptaan Allah swt IMPIAN
1) Impian setiap orang adalah berbeza
2) Saya pernah mempunyai impian untuk kurus...
3) " Tak logik betul impian si Abu ni " kata saya di dalam hati
4) Jangan suka membina impian yang tinggi melangit
5) Nama kampung saya ialah Kampung Impian Melangit IDEA
1) Tak ada idea nak makan apa hari ni....
2) Apa punya orang, suka suka curi idea saya.
3) Saya bersetuju dengan semua idea yang diberikan dalam mesyuarat tadi
4) Marshalah yang memberikan idea bagaimana untuk menyelesaikan masalah itu.
5) " Semua idea kamu ni sampah" marah boss kepada pekerja baru. IMAGINASI
1) Wow tak sangka tinggi betul daya imaginasi kamu ni
2) Orang yang mempunyai daya imaginasi yang tinggi ialah seorang yang sangat kreatif.
3) Saya suka berimaginasi untuk berjalan di atas awan
4) Daripada kamu suka berimaginasi benda mengarut, baik kamu buat kerja yang berfaedah
5) Tajuk lagu baru Suhaimi Saad ialah " IMAGINASI " ILUSI
1) Ayai ialah penyanyi utama kumpulan ILUSI
2) Orang yang suka berilusi, mempunyai masalah mental.
3) Menjadi terkenal hanyalah satu ilusi dan khayalan saya saja.
4) Mula mula sekadar ilusi, kemudian ia menjadi kenyataan.
5) Penagih dadah berada di dalam dunia ilusinya sendiri. NaylaArisha replied at 26-11-2021 01:46 PM
memang terbaik kaka norm...
tapi kan... kenapa satu post terus...
hahaha... Kaka pki Hp dik
Nk tggu pos satu ayat satu komen penat aih org jelak nnt.. Tu yang tepek terus satu post;P NaylaArisha replied at 26-11-2021 01:52 PM
lagi +25 kaka kena buka lagi satu post
Idea
Idea rumah kotak itu terhasil apabila melihat negara maju mula melakukan perkara yang sama.
Bila idea mencurah, maka kerja menjadi mudah
Ilham itu sendiri adalah satu cabang idea yang datangnya dari Tuhan
usahawan yang berjaya adalah usahawan yang berani mencuba idea baru dan segar
Pelajar itu mendapat idea bagaimana ingin menyelesaikan masalah Covid 19 di Malaysia
Nah.. Kaka repost:lol::lol: Indahnya alam ciptaan Tuhan
Sudah menjadi impian setiap pasangan utk memiliki cahaya mata
Pak jenin berilusi bahawa suatu hari dia akan menjadi org paling kaya di kampungnya
Imaginasi yg keterlaluan bole mendatangkan impak yg buruk pada kehidupan.
Rehan membentangkan idea hasil perbincangan dgn ahli kumpulan. novelloverzz replied at 27-11-2021 07:00 AM
Indahnya alam ciptaan Tuhan
Sudah menjadi impian setiap pasangan utk memiliki cahaya mata
kenapa ada short form :curse: NaylaArisha replied at 27-11-2021 08:02 AM
kenapa ada short form
Ade eh
X de tulis pun kata x bole Mn keyword hr ni? novelloverzz replied at 27-11-2021 09:47 AM
Mn keyword hr ni?
setalah di timbang tara... petang sikit baru up new keyword.. hari ni bz dgn keje rumah