NaylaArisha Publish time 26-11-2021 10:18 AM

[Games] BINA AYAT BERDASARKAN KEYWORD. New Keyword PG4

Edited by NaylaArisha at 2-12-2021 09:33 AM

Nay saja wujudkan benang GAMES ni untuk semua forumer join. Para SR silalah menjelmakan diri dan menjoinkan diri https://b.cari.com.my/static/image/smiley/default/titter.gif

Cara : Bina ayat menerusi KEYWORD yang akan di berikan oleh Nay

Pemarkahan : Satu KEYWORD membawa +5 tashanggg (sapa tak mau kann)

Syarat : KEYWORD valid untuk satu hari saja. Olahan ayat mengikut kreativiti masing-masing. Tak boleh tiru. Tashang akan di berikan selepas KEYWORD baru di upkan oleh Momod Nay.


Okay KEYWORD untuk hari ini

1) Indah
2) Impian
3) Ilusi
4) Imaginasi
5) Idea



** Tak de syarat berapa patah perkataan YANG PENTING semuanya dalam sebaris ayat sahaja

Anda di benarkankan untuk spam ayat-ayat yang memenuhi syarat2 di atas.

Maximum 5 ayat satu hari untuk satu forumer

musangbodoh Publish time 26-11-2021 10:23 AM

bagi contoh

NaylaArisha Publish time 26-11-2021 10:34 AM

musangbodoh replied at 26-11-2021 10:23 AM
bagi contoh

contoh keyword pertama Indah...

1) Rani baru sahaja balik dari Kuala Selangor melihat keindahan sawah padi yang menhijau.


novelloverzz Publish time 26-11-2021 10:53 AM

5 keyword max 5 ayat ke x ksh?

NaylaArisha Publish time 26-11-2021 10:57 AM

Edited by NaylaArisha at 26-11-2021 12:50 PM

novelloverzz replied at 26-11-2021 10:53 AM
5 keyword max 5 ayat ke x ksh?
1 keyword 1 ayat sehari

Normabaru Publish time 26-11-2021 11:21 AM

Edited by Normabaru at 24-12-2021 01:35 PM

BUAT GAMES TUKAR TUKAR TERMS IKUT SUKA HATI PADAHAL BOLEH JE BUAT BENANG LAIN OR CLOSE BENANG SEDIA ADA.BENDA MCM NI PON NAK MAIN CHEATING....NAMA JE MODERATOR TP SENDIRI NTAH PAPE NTAH!

NaylaArisha Publish time 26-11-2021 11:46 AM

Normabaru replied at 26-11-2021 11:21 AM
1) Indah




memang terbaik kaka norm...

tapi kan... kenapa satu post terus...

:'(:'(

NaylaArisha Publish time 26-11-2021 11:52 AM

Normabaru replied at 26-11-2021 11:21 AM
1) Indah




lagi +25 kaka kena buka lagi satu post ;P

acikbrown Publish time 26-11-2021 12:39 PM

INDAH

1) Indahnya laman rumah kepunyaan Pak Dollah.

2) Keindahan sesebuah kampung tanggungjawab semua penduduk.

3) Untuk mengindahkan lagi dekorasi rumah ini, kita perlu lebih bajet.

4) Semua orang sukakan yang indah-indah saja

5) Marilah kita pergi melancong untuk menikmati keindahan ciptaan Allah swt

acikbrown Publish time 26-11-2021 12:44 PM

IMPIAN

1) Impian setiap orang adalah berbeza

2) Saya pernah mempunyai impian untuk kurus...

3) " Tak logik betul impian si Abu ni " kata saya di dalam hati

4) Jangan suka membina impian yang tinggi melangit

5) Nama kampung saya ialah Kampung Impian Melangit

acikbrown Publish time 26-11-2021 12:48 PM

IDEA

1) Tak ada idea nak makan apa hari ni....

2) Apa punya orang, suka suka curi idea saya.

3) Saya bersetuju dengan semua idea yang diberikan dalam mesyuarat tadi

4) Marshalah yang memberikan idea bagaimana untuk menyelesaikan masalah itu.

5) " Semua idea kamu ni sampah" marah boss kepada pekerja baru.

acikbrown Publish time 26-11-2021 12:54 PM

IMAGINASI

1) Wow tak sangka tinggi betul daya imaginasi kamu ni

2) Orang yang mempunyai daya imaginasi yang tinggi ialah seorang yang sangat kreatif.

3) Saya suka berimaginasi untuk berjalan di atas awan

4) Daripada kamu suka berimaginasi benda mengarut, baik kamu buat kerja yang berfaedah

5) Tajuk lagu baru Suhaimi Saad ialah " IMAGINASI "

acikbrown Publish time 26-11-2021 01:00 PM

ILUSI

1) Ayai ialah penyanyi utama kumpulan ILUSI

2) Orang yang suka berilusi, mempunyai masalah mental.

3) Menjadi terkenal hanyalah satu ilusi dan khayalan saya saja.

4) Mula mula sekadar ilusi, kemudian ia menjadi kenyataan.

5) Penagih dadah berada di dalam dunia ilusinya sendiri.

Normabaru Publish time 26-11-2021 01:53 PM

NaylaArisha replied at 26-11-2021 01:46 PM
memang terbaik kaka norm...

tapi kan... kenapa satu post terus...

hahaha... Kaka pki Hp dik

Nk tggu pos satu ayat satu komen penat aih org jelak nnt.. Tu yang tepek terus satu post;P

Normabaru Publish time 26-11-2021 01:54 PM

NaylaArisha replied at 26-11-2021 01:52 PM
lagi +25 kaka kena buka lagi satu post

Idea


Idea rumah kotak itu terhasil apabila melihat negara maju mula melakukan perkara yang sama.


Bila idea mencurah, maka kerja menjadi mudah


Ilham itu sendiri adalah satu cabang idea yang datangnya dari Tuhan


usahawan yang berjaya adalah usahawan yang berani mencuba idea baru dan segar


Pelajar itu mendapat idea bagaimana ingin menyelesaikan masalah Covid 19 di Malaysia


Nah.. Kaka repost:lol::lol:

novelloverzz Publish time 27-11-2021 07:00 AM

Indahnya alam ciptaan Tuhan

Sudah menjadi impian setiap pasangan utk memiliki cahaya mata

Pak jenin berilusi bahawa suatu hari dia akan menjadi org paling kaya di kampungnya

Imaginasi yg keterlaluan bole mendatangkan impak yg buruk pada kehidupan.

Rehan membentangkan idea hasil perbincangan dgn ahli kumpulan.

NaylaArisha Publish time 27-11-2021 08:02 AM

novelloverzz replied at 27-11-2021 07:00 AM
Indahnya alam ciptaan Tuhan

Sudah menjadi impian setiap pasangan utk memiliki cahaya mata


kenapa ada short form :curse:

novelloverzz Publish time 27-11-2021 08:14 AM

NaylaArisha replied at 27-11-2021 08:02 AM
kenapa ada short form

Ade eh

X de tulis pun kata x bole

novelloverzz Publish time 27-11-2021 09:47 AM

Mn keyword hr ni?

NaylaArisha Publish time 27-11-2021 12:37 PM

novelloverzz replied at 27-11-2021 09:47 AM
Mn keyword hr ni?

setalah di timbang tara... petang sikit baru up new keyword.. hari ni bz dgn keje rumah
Pages: [1] 2 3 4 5 6 7 8 9 10
View full version: [Games] BINA AYAT BERDASARKAN KEYWORD. New Keyword PG4


ADVERTISEMENT