kerisnaga Publish time 26-11-2021 09:47 AM

Dua tanah runtuh di Jalan Pos Yum, Sungai Siput

Dua tanah runtuh di Jalan Pos Yum, Sungai Siput

Oleh Muhammad Zulsyamini Sufian Suri - November 26, 2021 @ 9:01ambhnews@bh.com.my



https://assets.bharian.com.my/images/articles/FB_IMG_1637887124393_1637888501.jpg
Dua kejadian tanah runtuh dilaporkan berlaku di jalan utama menghala ke penempatan masyarakat Orang Asli Pos Yum, di sini, semalam. - Foto ihsan Polis Daerah Sungai Siput


SUNGAI SIPUT: Tanah runtuh dilaporkan berlaku di dua lokasi sepanjang jalan utama menghala ke penempatan masyarakat Orang Asli Pos Yum, di sini, semalam.


Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintendan Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin, berkata susulan kejadian itu laluan berkenaan ditutup sepenuhnya kepada kenderaan.


Beliau berkata, bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan susulan insiden itu.


"Penutupan jalan ini turut membabitkan laluan menghala ke Air Terjun Lata Penyel, di Kampung Pendeq Pos Yum.


"Jalan ini sudah ditutup sepenuhnya untuk keselamatan pengguna jalan raya dan tujuan penyelenggaraan.


"Runtuhan berlaku di dua kawasan iaitu sebelum dan selepas terletaknya Lata Penyel dari jalan utama menghala Pos Yum," katanya ketika dihubungi hari ini.


Mohd Khaizam berkata, siasatan berhubung kejadian itu sedang dijalankan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).




sumber




Pages: [1]
View full version: Dua tanah runtuh di Jalan Pos Yum, Sungai Siput


ADVERTISEMENT