Raline Publish time 25-11-2021 11:33 PM

Tyson mampu ‘bunuh’ Logan di gelanggang

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2021/11/3lead-Tyson-f.jpg
TYSON dicabar oleh Logan untuk bertarung selepas legenda tinju itu kembali dari persaraan ketika beraksi menentang Roy Jones sebelum ini. – AFP

Tyson mampu ‘bunuh’ Logan di gelanggang

LONDON – Bekas juara tinju dunia, Tim Witherspoon menegaskan rakan baiknya, Mike Tyson mampu untuk ‘membunuh’ petinju sensasi YouTube, Logan Paul dan Jake Paul sekira­nya pertarungan tersebut diatur pada Februari tahun depan.

Witherspoon sebelum ini menyelar tindakan dua ‘badut’ YouTube tersebut yang mencari populariti dengan menentang petinju-petinju hebat sekali gus tidak menghormati komuniti tinju dunia.

Tegas Witherspoon, Logan sama sekali tidak layak untuk berdepan jaguh ranking terbaik dunia, malah ia satu tindakan memalukan.

“Saya rasa mereka sepatutnya mengasingkan jenis pertarungan, sama ada berbentuk pertunjukkan dan hiburan atau aksi sebenar.

“Amat memalukan bahawa dua beradik tersebut terdesak untuk mengatur perlawanan, malah tidak menghormati pe­tinju yang telah bekerja keras selama ini.

“Tetapi, majoriti orang tahu bahawa mereka (Paul) tidak akan menang menentang petinju sebenar yang menduduki ranking sepuluh teratas. Saya juga percaya Mike Tyson akan ‘membunuhnya’ jika pertarungan itu berlaku.

“Mereka berdua tidak akan dapat melakukan apa-apa, malah Tyson hanya akan ma­suk untuk menamatkan perlawanan tersebut,” katanya.

Tyson yang kini berusia 55 tahun melakukan kejutan apabila kembali ke gelanggang tinju semula setelah 15 tahun bersara.

Tyson atau dikenali Iron Mike dilihat masih mampu melakukan tumbukan padu ketika hampir menumbangkan Roy Jones Jr. pada perlawanan pertunjukkan November lalu.
– AGENSI

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2021/11/25/tyson-mampu-bunuh-logan-di-gelanggang/

Pages: [1]
View full version: Tyson mampu ‘bunuh’ Logan di gelanggang


ADVERTISEMENT