YgBenar Publish time 25-11-2021 03:15 PM

Produk Gardenia naik 10 hingga 45 sen mulai 1 disember kerna terjejas akibat covid.bukan untung?

PRODUK berasaskan roti syarikat Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd akan mengalami kenaikan harga antara 10 hingga 45 sen mulai 1 Disember ini.

Menurut Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd dalam satu kenyataan hari ini, kenaikan harga itu berikutan syarikat itu terjejas teruk oleh kenaikan kos akibat penularan wabak Covid-19.

dan telah berusaha sedaya upaya untuk menyerap kenaikan harga bahan mentah.

“Namun, peningkatan besar dalam pembuatan, dan kos bahan, yang di luar kawalan kami, telah meletakkan Gardenia KL dalam kedudukan sukar tanpa alternatif kecuali melaksanakan semakan harga ke atas produk Gardenia berkuat kuasa 1 Disember 2021,” kata syarikat itu.

Menurut Gardenia, antara lain, harga tepung, gandum, lelemak, serbuk koko, susu dan pembungkusan telah meningkat.


Harga roti Classic Original Gardenia akan naik 30 sen kepada RM2.80, manakala roti Jumbo berharga RM4, iaitu peningkatan 45 sen. Roti bajet Bonanza Big Value akan naik 35 sen menjadi RM3.10.


Roti bijirin gandum penuh Gardenia pula akan dijual dengan kenaikan 30 sen, manakala roti Bran & WheatGerm pula akan menyaksikan kenaikan 40 sen.

senarai roti Delicia dan Toast-em, yang merangkumi roti Butterscotch dan Choco Raisin, pula akan dijual pada harga RM4.00 iaitu lebih 30 sen berbanding sekarang.

Roti sambal bilis syarikat pula akan berharga RM1.30 mulai bulan depan manakala roti krim Quick Bites naik 10 sen menjadi RM1.00.-

mizruncing Publish time 25-11-2021 03:16 PM

dah laa selalu beli roti 80 sen tu. semua nak naik haihhhh

pyropura Publish time 25-11-2021 03:19 PM

Demi BMF, demi Molayoo, saya tak kesah, rega gardenia naik 600% pun akan ku redah.

Yang benar,

Acik bawang kepam

glump Publish time 25-11-2021 03:21 PM

Dulu roti krim tu 50 send besarlah jugak ..sekali dah $1 saiz kecut..tulah bekal paling senang utk kanak2 sekolah.

nikaido Publish time 25-11-2021 03:23 PM

pyropura replied at 25-11-2021 03:19 PM
Demi BMF, demi Molayoo, saya tak kesah, rega gardenia naik 600% pun akan ku redah.

Yang benar,


Kesian acik kepam kena tipu dgn tauke gardenia cina singapore

ninja boy Publish time 25-11-2021 03:38 PM

Dari beli roti yg korang penyek dpat tepung segenggam lahap sejam baik korang beli 1kilo tepung mentah dapat cucur lahap seminggu dua

prettyuglybabe Publish time 25-11-2021 03:43 PM

tak terjejas sebab i tak makan roti ;P

stingercrowne Publish time 25-11-2021 03:56 PM

Aku hanya pandai sebut brioche, sourdough saja...nak sebut roti macam very setinggan pprt gitewwwwww


Kahkahkahkahkahkah

tungkai Publish time 25-11-2021 03:59 PM

Ah sudahlah Gardenia. Dah la roti gula ko hauk. Kedekut inti. Pastu roti kari ayam pulak inti oksigen :vmad3:

Suchi Publish time 25-11-2021 04:13 PM

Apa lagi yg nak naik? Haa naiklaa semua pakat naik belaka.
Gaji je tak naik2

Tinot7 Publish time 25-11-2021 04:16 PM

ok.. tak voley nak elak kenaikan rega masa jaman pandemik nih, asalkan jgn naik melampau la.
iols tetap pembeli classic, butterscotch dan ikan bilis.

eLiaD Publish time 25-11-2021 04:17 PM

hadappp je la korunk kn antu gardenia
RiPdisini rancakkk disana rancakkk berdosaaa!!:lol:

kelapaparut Publish time 25-11-2021 04:29 PM

Gardenia milik bumiputra kan, bmf kann

MissYouSayang Publish time 25-11-2021 04:49 PM

Nanti ade la tu akak kaki spam pic lori gardenia tgh otw dgn pic berbuku2 rotilam van;P;P

nikaido Publish time 25-11-2021 05:02 PM

kelapaparut replied at 25-11-2021 04:29 PM
Gardenia milik bumiputra kan, bmf kann

Ada lg ka yg sangka gardenia company bumi. CEO cina, pengurus besar cina, top management cina. Gardenia under QAF Limited company singapore

kelapaparut Publish time 25-11-2021 05:22 PM

nikaido replied at 25-11-2021 05:02 PM
Ada lg ka yg sangka gardenia company bumi. CEO cina, pengurus besar cina, top management cina. Gar ...

dah selame ni ummah bmf bmf utk roti gardenia tu sia2 la kan, iols pun konpius lobai suh boycott massimo bukan gardenia.

namieamuro Publish time 25-11-2021 05:29 PM

ape gune la menterik byk2 tu tapi tak reti2 buat keje. segala benda naik. gaji nk naik kemain payah. lps tu bg alasan mcm haramjadah. ni nak salahkan cuaca jugak ke ape?

AbukRokok Publish time 25-11-2021 05:33 PM

nikaido replied at 25-11-2021 05:02 PM
Ada lg ka yg sangka gardenia company bumi. CEO cina, pengurus besar cina, top management cina. Gar ...

adoi kena tipu bertahun2 dari zaman budak lowyat konon syed albaukari punyo bmf ;P

ezacbee Publish time 25-11-2021 05:39 PM

Beli je roti yg murah :lol:
Dahler skang roti kecik harga mahal. Beli la mesin roti. buat roti sendiri.

missus_meow Publish time 25-11-2021 05:40 PM

tungkai replied at 25-11-2021 03:59 PM
Ah sudahlah Gardenia. Dah la roti gula ko hauk. Kedekut inti. Pastu roti kari ayam pulak inti oksige ...

roti inti kari ayam tu beli sekali je. nak rasa. angin saja ada. ade paste kari sket.
Pages: [1] 2 3 4 5 6
View full version: Produk Gardenia naik 10 hingga 45 sen mulai 1 disember kerna terjejas akibat covid.bukan untung?


ADVERTISEMENT