CARI-MRO Publish time 25-11-2021 11:15 AM

"Inilah Syurga Aku,"-Ozlynn Dedah Ruang Rahsia Dalam Rumah, Ramai Terkejut Tengok

Kecoh di media sosial apabila pelakon yang juga isteri kepada pelawak dan penyampai radio popular Johan, Ozlynn Wati memuat naik foto di Instagram sebuah rak yang dipenuhi dengan stok makanan dan pelbagai barangan keperluan.


Berdasarkan perkongsian selebriti ini, di dalam rumah mereka mempunyai ruang ‘rahsia’ yang menyimpan pelbagai jenis barangan rumah.


Menurut Ozlynn, jika kenalan mahupun adik-beradik yang bertandang ke rumahnya dan ingin mengambil barangan tersebut, Ozlynn akan meminta mereka untuk doakan keluarganya terlebih dahulu.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202111/25/111447hesdv6wi8sdt89zd.pngFoto: IG




“Siapa tahu bilik rahsia aku nih.. Memang dia orang selongkar… Ni baru setempat.. Kalau pusing kiri susu penuh, biskut melambak, kuih dan muih beraneka macam… Makanlah jangan hanya di pandang…


Tisu tandas? Tisu dapur? Air zam-zam pun ada… Selalu yang datang kalau perlukan bekal memang akan masuk bilik rahsia nih.. Beras basmathi? Wangi? Biasa? Pun ada.


Milo? Horlicks? Black coffee? White coffee? Organic sugar? Gula pasir? Maggi? Ada ruang khas dalam almari… Bagitahu nak ramen? Maggi kari? Bihun pama? Eh banyak jenis.. Senang…


Siapa tersedak atau terdesak kengkawan atau adik-beradik.. Memang dia orang tahu nak selongkar mana.. Ni lah syurga aku…. Hanya yang suka masak akan rasa perasaan aku nih… Nak shampoo ke pencuci baju ke… Hahaha memang mudah kena rembat..


Yang penting sebelum ambil kena ucap alhamdulillah dan doa dulu untuk keluarga aku.. Yang ni memang aku paksa.."




https://www.instagram.com/p/CWn7n-VJ2Ll/


Kaum hawa memang akan doa nak ruang ni.. Aku doakan semoga kau orang semua dilimpahkan rezeki yang tidak disangka-sangka… Paling penting bila ada rezeki jangan lupa “orang tepi”…. (emoji hati)” Dedah Ozlynn


Melihat pelbagai jenis makanan dan barangan pada rak tersebut, rata-rata netizen meluahkan rasa terkejut serta cemburu. Malah ada diantara mereka yang berseloroh menyamakan ia seperti kedai runcit.




https://www.instagram.com/p/CSxkOcApfFA/


https://www.instagram.com/p/CUxidsHJtQy/


“Serupa kedai runcit kat kampung dah haaa, dia punya rak makanan.”


“Dodol ke tu, bertingkat-tingkat 6 mangkuk kecil comel?”


“Fuhhh bestnya macam ni…”


“Rambang mata…”


“MasyaAllah.. Rezeki.. Syukur alhamdulillah… Semoga di luaskan rezeki amin..” Komen netizen


“Mini runcit.”


“Huishh banyaknya..”


“Dah macam Speedmart, ke Tesco, ke AEON ehh? Tapi inilah syurga idaman bagi semua isteri di dunia ini termasuklah saya, heaven kot. Mak-mak je faham perasaan tersebut.”


“Ini yang kita panggil syurga untuk mak-mak yang rajin masak… Doakan saya pun dapat macam ni juga @jozlynnhanania ya.”


Syurga betul ni kak @jozlynnhanania…. Senang capai… Cuma tak ada kaunter cashier je.” Komen mereka lagi




https://www.instagram.com/p/CRjahVHtPTD/


https://www.instagram.com/p/CQLWXm_NKtv/


Memang syurgalah bagi wanita yang gemar memasak, dan menyimpan stok makanan dan barang-barang keperluan ni. -CARI


Sumber: Murai.my

Raline Publish time 25-11-2021 11:25 AM

dah ada rasanya semalam

Nenolen Publish time 25-11-2021 11:26 AM

Ramai jer yg ada pantry mcm nie...kenapa dia ingat kaum hawa lain tak mampu ker...

sukacactus Publish time 25-11-2021 11:44 AM

Tu namanya pantry
Huh! Rumah aku pun ada :lol:

faiz-za Publish time 25-11-2021 11:57 AM

iols suka simpan stok dishwash dengan detergent
Beli time sale 11/11 ke, 10/10 ke, 9/9 ke
Then simpan dan tak order utuk few months

johan-adx Publish time 25-11-2021 12:06 PM

bagus pasangan ni...sentiasa nampak yg +ve jer..anak2 pun tgk tertib,beradab dan berdisiplin..

Loh_83 Publish time 25-11-2021 12:07 PM

Apakah????? Kebanyakkan rumah semua ada pantry ... paling x pon letak dalam cabinet lorrr...

annehuda Publish time 25-11-2021 12:11 PM

Tak leh lawan dapur kim kardashian.

bottombikini Publish time 25-11-2021 12:12 PM

eh aku rasa semua rumah ada lah
aku convert stor buh segala stok makanan
yihhhh

Orangelily Publish time 25-11-2021 12:13 PM

winky1 replied at 24-11-2021 02:15 PM
Kenapa mcm ni... Nak ckp bab doa ke nak tunjuk mewah... Tau dak ramai yg tak mampu beli barang byk m ...

kannn..aku pun terpk mcm tu...

CardiGans85 Publish time 25-11-2021 12:40 PM

Logik la rumah ramai orang macam ni. Kalau dah ramai tapi ada meggi sebungkus, susu setin, peti ais pun kosong tu yg problem.

dejure Publish time 25-11-2021 12:41 PM

Ingat kau buka kedai runcit lps tu kau bg org amik barang dlm kedai kau tu..setakat pantri mcm ni pon nak kecoh..nasiblah anak pertama tu ikut gen sebelah FK pandai..klu ikut gen ozlyn ni ntah apa jadi kat budak tu

prettyuglybabe Publish time 25-11-2021 12:47 PM

pada i ini adalah pembaziran..
i percaya dalam banyak-banyak tu, mesti ada yang akan kena buang sebab expired..
melainkan dia manage untuk bagi kat sapa-sapa sebelum expired..

she Publish time 25-11-2021 01:09 PM

Apa yang advance sgt Ozlyn oiii

Umah macik pn hadooooo stok gitu
Ko sembang tu cuma belajar merendah diri sikit

Cik_jantung Publish time 25-11-2021 01:19 PM

Edited by Cik_jantung at 17-1-2022 07:58 AM

..............

Mamason Publish time 25-11-2021 01:28 PM

Artiss...begini pun jadi luar biasa.Mak2 dulu pun ada simpan stock...cuma bezanya stock zaman dulu tak hipster mcm zaman laaa ni... apooo

makton Publish time 25-11-2021 01:34 PM

aiyoo mcm ni aku pun ada.. cuma takde la aku offer sape2 suh dtg amik:lol:

CiliPadiSedap Publish time 25-11-2021 01:44 PM

rumah akak lg besar cm rak speed mart lebar speed marttinggi speed martmenu speed mart beli pun dari speedmart

ophillea Publish time 25-11-2021 01:44 PM

Dia nie rakyat byk rajin masak kenyangkn perut anak. Kalau keknis masak tunjuk lauk pg ptg mlm ku kagum

CiliPadiSedap Publish time 25-11-2021 01:45 PM

rumah banyak barang cmni kena bela tenggiling kalau tak semut hurung. semut mmg suka rak pantri cmni.
Pages: 1 [2] 3 4 5 6
View full version: Ozlynn ada kedai runcit senyap-senyap...


ADVERTISEMENT