Viral Foto Kucing Duduk Tunggu ‘Giliran’ Nak “Swab”, Dah Puas Hati Baru Beredar
Kucing sememangnya dikenali sebagai haiwan yang sangat comel dan mencuit hati. Ia seakan mempunyai ‘aura’ yang membuatkannya menjadi tumpuan ramai walau di mana saja ia berada.Seperti seekor kucing di China yang menjadi tular di media sosial baru-baru ini.
Memetik laporan Mothership, kucing itu dilihat duduk di atas kerusi sambil memandang tepat ke arah petugas kesihatan yang menjalankan ujian swab di sebuah universiti di Chongqing.
Kucing itu seakan-akan sedang menunggu giliran untuk turut menjalani ujian tersebut.
Mungkin tidak tahan melihat kecomelan kucing itu, petugas tersebut telah ‘menjalankan ujian swab‘ terhadap kucing itu.
Difahamkan, kucing itu sememangnya dikenali oleh semua orang di universiti itu. Menurut seorang pelajar yang menyaksikan kejadian tersebut, kucing itu telah duduk di kerusi ketika tiada orang dan telah memandang petugas kesihatan dengan penuh mendalam.
Selepas ‘berpuas hati’ ‘diperiksa’ oleh petugas kesihatan, kucing itu dilihat melarikan diri.
Sumber: Mothership
Ala.. comelnya dia... budak baik ni.. Dia pandai berpura dan pandai bermain kata.
setahun bersama bak seribu tahun tersiksaaaaaaaaaa kadang2 aku pon tertanya2 betul ke kucing takde akal :o bakingsoda replied at 25-11-2021 07:44 AM
kadang2 aku pon tertanya2 betul ke kucing takde akal
A ah kan.. kalau dia buat salah.. kucing tak akan tengok direct mata kita.. dia akan takut-takut.. layaknya seperti seorang budak yang takut kena marah..
muat ke stick swab tu masuk hidung beliau :lol:
harap-harap petugas tu takat main-main dan tak cocok sampai dalam..
kesian pulak kat dia.. Eee comelnya awak {:childlikeo
Jenis tak takut orang, trust human. Mungkin sebab selama ni dia dilayan dengan kasih sayang oleh warga universiti tu. so comel ... clever kitty ... Nak swab sebab tadi pesakit positif usap dia :lol: auwwww that's cute ..... Godek2 stick swab tu kt misai je pun jadik lah..nk merasa juga dia halah pandai sgt dia :loveliness: baiknya petugas layan kerenah bdk bulus ni Adik, kenapa tinga adik cenget sebelah?? :lol:
Oloooo adik ni mel mel lah. Gewammm tgk adik.
(motip aku jadi pelat once nampak kucing?? :lol: ) Roan replied at 25-11-2021 08:56 AM
A ah kan.. kalau dia buat salah.. kucing tak akan tengok direct mata kita.. dia akan takut-takut.. ...
pastu telinga ke blakang hahahaahhaha
xkot la tu kena tempikk
Comelnya buat muka macam tu tampo jugak budak comel ni kamngg result dah keluar blum?positif ke negatif tu kucen? i kenot!!! too cute!!! mmg menceriakan hari la si bulus nih Ee dah lah telinga senget. Cubittt!!
Pages:
[1]