Raline Publish time 24-11-2021 02:40 PM

Beli ubat kurus, Wika Salim kena ditipu

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2021/11/Wika-Salim-e1637661434740.jpg
WIKA SALIM

Beli ubat kurus, Wika Salim kena ditipu

PELAKON cantik Wika Salim mendedahkan bahawa dia pernah berasa tertipu ketika mengambil ubat untuk menurunkan berat badan bagi mendapatkan bentuk tubuh yang lebih langsing.

Ujar pelakon berusia 29 tahun itu, beberapa tahun lalu, dia pernah mengambil ubat untuk menguruskan badan dalam tempoh singkat.

“Saya pernah diet dan mengambil ubat untuk menguruskan badan. Berat saya ketika itu hampir 50 kilogram. Tapi saya terus jatuh sakit dan terpaksa dimasukkan ke hospital,” katanya.

Enggan kejadian sama berulang, pelakon sinetron ABG Jadi Manten itu lebih berhati-hati walaupun mengakui masih mengambil ‘sesuatu’ untuk membantu menurunkan berat badannya.

“Sekarang saya cuma mengamalkan teh pelangsing yang diperbuat daripada ramuan herba.

“Ternyata lebih selamat dan berkesan,” katanya.

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2021/11/24/beli-ubat-kurus-wika-salim-kena-ditipu/

Pages: [1]
View full version: Beli ubat kurus, Wika Salim kena ditipu


ADVERTISEMENT