Raline Publish time 24-11-2021 02:38 PM

Mahalnya harga baju Twice

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2021/11/TWICE-1536x975.jpg
KUMPULAN TWICE

Mahalnya harga baju Twice

KEMUNCULAN terkini kumpulan Twice di pentas Music Bank menerusi lagu Scientist baru-baru ini bukan hanya menangkap perhatian peminat kerana persembahan mereka.

Satu hal lain yang membuatkan persembahan kumpulan itu menjadi buah mulut ramai peminat adalah disebabkan busana yang digayakan mereka ketika itu.

Ketika persembahan, semua ahli Twice mengenakan pakaian pekerja pejabat seperti seluar ‘slack’ panjang dan skirt pendek yang dipadankan dengan baju kemeja polos daripada jenama pereka fesyen terkenal, Thom Browne.

Meskipun kelihatan serba ringkas, tetapi peminat tidak dapat menyembunyikan keterujaan apabila mengetahui harga sebenar pakaian yang digayakan Twice.

Daripada kesemua ahli kumpulan itu, seorang daripadanya iaitu Chae-young mengenakan set pakaian yang paling mahal iaitu berharga lebih AS$4,000 dolar atau RM16,715.

Dari atas kepala hingga ke hujung kaki, Chae-young menyarung persalinan lengkap jenama tersebut iaitu sehelai cardigan berharga AS$1,690 (RM7,062), skirt pendek AS$690 (RM2,883) dan kemeja putih AS$550 (RM2,298).

Pakaian tersebut dipadankan dengan stoking berharga AS$125 (RM522), ‘tie bar’ AS$425 (RM1,776), tali leher AS$190 (RM793) dan sepasang kasut AS$695 (RM2,904) yang menyaksikan jumlah kesemuanya bernilai AS$4,365.

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2021/11/24/mahalnya-harga-baju-twice/

musangbodoh Publish time 24-11-2021 04:26 PM

eh stokin rm522?? biaq betik kaki busuk jugakkk
Pages: [1]
View full version: Mahalnya harga baju Twice


ADVERTISEMENT