Cari-Saiful Publish time 24-11-2021 02:28 PM

Macam Raja Ilya, Tiara Jacquelina Tolak Offer Hollywood

Puan Sri Tiara Jacquelina mendedahkan dia pernah menolak tawaran untuk mengembangkan karier lakonan di Hollywood.


Kata Tiara, perbezaan budaya menjadi faktor dia melepaskan tawaran tersebut.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202111/24/142717d7qwu82akpwjaak8.jpgFoto: IG






"Sampai sekarang orang bertanya bila nak pergi Hollywood, sejujurnya memang ada ejen yang panggil untuk uji bakat watak orang Asia yang kita tengok sekarang ni. Tahun ni ada, tahun lepas pun ada... filem yang baru keluar pun ada tapi saya tak nak beritahu tajuk.


"Kalau 10 atau 20 tahun dahulu mungkin saya dah merasa berlakon filem Hollywood... sebenarnya tidak semudah seperti kita bayangkan sebab kadang-kadang budaya kita, saya ini old fashion sikit.


"Saya terfikir juga kalau ada babak suruh cium takkan saya nak cakap tak boleh buat. I don’t do kissing. Mungkin itu penghalang tapi saya tak terkilan," katanya seperti dipetik di mStar Online.




https://www.instagram.com/p/CWnZZeOhCH8/


Sementara itu Tiara sempat mengulas tentang kehadiran ramai muka baru dalam industri.


"Kena berdisiplin dan terus belajar, jangan cepat rasa bagus... kita kena sedar beratus lagi pelakon di luar sana, sekarang ini zaman media sosial banyak sangat pelakon cuma antara kualiti sajalah.


"Pelakon yang bagus dia ada seri dia sendiri, orang pandang dia bukan sebab lawa tapi kerja keras dan dedikasi.


"Saya terus-terang cakap jarang jumpa pelakon masa uji bakat yang tahu proses pembikinan sesebuah cerita atau filem... contohnya semasa uji bakat teater Puteri Gunung Ledang, apabila diberitahu mereka kena luangkan masa beberapa bulan, mereka terkejut!"


Tambahnya, "Kalau awak cuma nak fame dan glamor, jadi influencer di Instagram sahajalah, kalau nak jadi pelakon serius kena lalui peritnya, berkorban kehidupan sosial.


https://www.instagram.com/p/CWf1sLYByrf/


https://www.instagram.com/p/CWGo-6fBYKs/


"Tengok saya tak ada social life, kita pun pernah muda, tengok orang best hidup pergi sana-sini, clubbing keluar setiap malam tapi saya kena disiplinkan diri daripada melakukan hal itu.


"Ini kerana saya tak mahu ada kontroversi, saya kena pastikan diri saya keep clean supaya tak terpalit kontroversi. Selain itu tak boleh cepat melatah apabila berdepan sesuatu." -CARI

dudaberhias Publish time 24-11-2021 02:34 PM

Ok nek tiara ada point. Lagi2 yang dia bagitau dekat pelakon yang uji bakat teater tu... Tapi yihhh... Kalau sheols di panggil ujibakat casting untuk asia tenggara pun hujung hujungnya kena berkemban duduk dalam hutan saja buang masa jah... Filem sheols berlakon pun satu je popular celah mananya boleh ke hollywood... Yang senyap sunyi macam hero shang-chi, michelle yeoh dan henry golding jugak dapat menembusi pasaran sana walaupun lubsjubs dan lobjos kena dengan negro dalam filem apa tah henry berlakon tu, iols taktau... Tak kosser nak nengok. :mad:

KamikuP Publish time 24-11-2021 02:45 PM

TJ ni bagus.. bila meolls komen je kat ig beliau, cepat2 beliau balas.
Meolls rasa dia mmg menghargai peminat wpon komen meolss tu tahapahapntah... hahaha

chazey Publish time 24-11-2021 02:51 PM

Setuju dengan suma komen TJ.

SpyLeman Publish time 24-11-2021 03:09 PM

Betul TJ ni ada class dia tersendiri. Cara cakap pun very polished. Tak mcm mokcun yg seangkatan dgnnya. Cuma i harap anak2 sheols lebih beradat timur sket sbb nmpk TJ ni sgt terbuka. Maybe laki sheols pin x kesah sgt bab didikan agama ni

sharlenetexas Publish time 24-11-2021 03:42 PM

Tiara cantik sangat masa berlakon Mat Som. Imuda dah shave pun handsome.

sharlenetexas Publish time 24-11-2021 03:43 PM

SpyLeman replied at 24-11-2021 03:09 PM
Betul TJ ni ada class dia tersendiri. Cara cakap pun very polished. Tak mcm mokcun yg seangkatan dgn ...

Anak tiri sulung pun western habis.

sharlenetexas Publish time 24-11-2021 03:44 PM

Tak mau ada kontroversi. Tapi leh tahan gak kena tangkap kering dgn arwah. Cerai dgn arwah sbb nk laki kaya.

sharlenetexas Publish time 24-11-2021 03:47 PM

Lawa sangat masa ni

Perawankota Publish time 24-11-2021 03:48 PM

Suka tgk dia dlm puteri gunung ledang...

sharlenetexas Publish time 24-11-2021 03:51 PM



Pak.dolla Publish time 24-11-2021 03:54 PM

Time2 covid pun masih ada ygnk buat adegan bercium? Yek..

prince_marhaen Publish time 24-11-2021 03:54 PM

at least sheols tak berikan alasan tak nak berpakaian seksi sebagai sebab menolak tawaran seperti rumilah begum marvel kollywood tu, walhal rumilah tu lagi seksi daripada cara angelina jolie pakai baju menayang dekat IG sheols.....yihh sangat.

sharlenetexas Publish time 24-11-2021 03:57 PM



sharlenetexas Publish time 24-11-2021 03:59 PM



newyork Publish time 24-11-2021 04:00 PM

TJ Ni chindian eh ?

lasagna Publish time 24-11-2021 04:05 PM

she got all point laa.. tapi tu laa dlu lain skrg lain kan.

sharlenetexas Publish time 24-11-2021 04:07 PM

newyork replied at 24-11-2021 04:00 PM
TJ Ni chindian eh ?

Cina campur batak indonesia.

babelina Publish time 24-11-2021 05:24 PM

muka skrg dh buat..

Mawar91 Publish time 24-11-2021 05:51 PM

Cantik Sheols mse mude.
Pages: [1] 2 3 4
View full version: Macam Raja Ilya, Tiara Jacquelina Tolak Offer Hollywood


ADVERTISEMENT