ameenarara Publish time 24-11-2021 11:11 AM

"Kes Culik Dan Bunuh Boleh Selesai 7 Hari,"-Netizen Persoal Kenapa Kes Ebit Lew Senyap?

Selepas netizen mempersoalkan kes Ebit Lew yang semakin hari semakin senyap seperti tiada tindakan susulan, pihak polis terus mengeluarkan kenyataan tentang siasatan tersebut.


Seperti yang dilaporkan MyMetro, pihak polis tidak menutup kes gangguan seksual Ebit Lew dan ianya masih dalam siasatan.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202111/24/110224qv40nb98bflb06a7.jpgFoto: Sumber Internet




Namun seperti yang dikatakan Datuk Seri Abd Jalil Hassan, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, pihaknya masih menanti maklumat terkini untuk membantu siasatan lanjutan.


Netizen dimaklumkan sekali lagi bahawa kes ini tidak pernah ditutup dan tidak ada rujukan untuk tiada tindakan lanjut (NFA) seperti yang didakwa oleh akaun Twitter Edisi Siasat.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202111/24/110355rf2q2almrmb50b5f.jpgFoto: Sumber Internet




Pengendali akaun Twitter Edisi Siasat menyindir pihak polis yang mengambil masa berbulan-bulan menyiasat kes Ebit Lew walaupun mempunyai bukti jelas berbanding kes culik dan bunuh yang boleh diselesaikan dalam masa tujuh hari sahaja.


https://twitter.com/edisi_siasatmy/status/1463156710865047559?s=20


Kes ini disiasat dibawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 serta Seksyen 23 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.


https://twitter.com/edisi_siasatmy/status/1463084975176269838?s=20


Apa kesudahan kes Ebit Lew agaknya? Mesti ada pihak tertentu cuba membantu Ebit Lew untuk menutup kesnya nanti supaya tidak didakwa. Ada 'kabel' besar? - CARI

Raline Publish time 24-11-2021 11:14 AM

dah ada

https://b.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=5006982&extra=

musangbodoh Publish time 24-11-2021 11:30 AM

Raline replied at 24-11-2021 11:14 AM
dah ada

https://b.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=5006982&extra=

tahniah anda rajin report...kt new tred nie boleh kte smpai 3 tred yg sama...malas nk report...kadang2 mod sendiri yg upload content sama...mod bod pun ramai tdo:dizzy:

CiliPadiSedap Publish time 24-11-2021 07:40 PM

pelik kes ni, mangsa report ada . kasihan mangsa

bungarose Publish time 24-11-2021 09:13 PM

Mahkamat dunia bley ler lepas
Simpati untuk mangsa2nyer

Kitty_catz Publish time 25-11-2021 09:24 AM

dia kan dewa tarap nabi ;P

puiiii

WargaMalaysia Publish time 25-11-2021 09:14 PM

hebat org malaysia...tiap2 hari membawang....serahkan pd polis....xyah le kumpul & share dosa....

makadek Publish time 26-11-2021 09:19 PM

Kepsi 1 kontena
Pages: [1]
View full version: "Kes Culik Dan Bunuh Boleh Selesai 7 Hari,"-Netizen Persoal Kenapa Kes Ebit Lew Senyap?


ADVERTISEMENT