CARI-MRO Publish time 24-11-2021 10:12 AM

Ari Lasso Pernah Buat Konsert Di Depan Beribu Jin

Jakarta: Penyanyi popular Indonesia, Ari Lasso mengalami pengalaman seram membuat persembahan di depan jin dalam salah satu konsertnya di sebuah bandar di Indonesia pada 2005.


Ari yang juga penyanyi kumpulan Dewa 19 berkongsi pengalaman seram itu menerusi saluran YouTube Raditya Dika.


Cerita mistik itu kembali tular di TikTok yang menurut Ari konsert itu ditonton oleh jin.


Ketika persembahan, Ari bersama pemuziknya juga diminta untuk tidak menghiraukan apa-apa kejadian aneh yang berlaku.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202111/24/101151it11m1zy1rmcccwc.pngFoto: IG




Ari berkata, dia melihat beberapa individu yang menari mengikut alunan lagu yang tidak sepatutnya.


Ia menjadi lebih pelik apabila penonton seramai 15,000 di dalam stadium itu didapati tidak berada di perkarangan stadium selepas selesai persembahan.


"Stadium hanya ada satu pintu yang digunakan penonton dan anggota band untuk keluar masuk. Ketika saya turun ke kereta stadium itu lengang.


"Ada orang tapi tak sama keadaan ketika saya buat persembahan. Saya rasa hebat penonton kota ini, keluar satu pintu dengan cepat dan beratur.


"Di luar stadium sepi dan keadaannya tak masuk akal. Saya juga dinasihatkan untuk tidak memikirkan perkara itu," katanya.


Ari berkata, mereka juga dinasihatkan supaya tidak mandi apabila pulang ke hotel penginapan.


Namun, pengurusnya dan kru produksi yang melanggar pantang itu ditimpa nasib malang.


"Pengurus saya mandi apabila sampai di hotel dan salah seorang kru produksi yang keluar dari hotel lima minit kemudian mengalami kemalangan dan patah tangan. Saya dapat rasa sesuatu tidak kena," katanya.


Dalam ruangan komen, rata-rata netizen memaklumkan kejadian itu mungkin berlaku di Kota Baru, Kalimantan. Kawasan itu dipercayai masyarakat sebagai kota jin. -CARI


Sumber: Harian Metro

prince_marhaen Publish time 24-11-2021 11:56 AM

macam cedok cerita zaman 80-an, penyanyi wedding tersohor Arab Noura Takkakah (Fatima / Nura Al-Taqaqa) je, team muzik dia diundang ke majlis perkahwinan di istana jin...macam-macam benda jadik & jin-jin berjoget menggila tak ikut rentak, ada yang sesat kat bilik rehat, kena tutup mata masa perform, tak sanggup tengok wajah sebenar jin, sampai team dia trauma & berhenti jadi penyanyi..

babelina Publish time 24-11-2021 02:13 PM

omg.. scary btl.. sebaik di malaysia xde..

makneng Publish time 24-11-2021 04:37 PM

prince_marhaen: macam cedok cerita zaman 80-an ...
Yang ini pernah dengar..tapi masa dengar citer Nura mcm nak percaya tak percaya je.

Belibis Publish time 24-11-2021 05:09 PM

Udah nama band pun dewa..apa salahnya jin yang nonton in..

AvengersPanther Publish time 24-11-2021 07:27 PM

Seriouslah. Agak scary

grassjelly Publish time 24-11-2021 09:21 PM

Belibis replied at 24-11-2021 05:09 PM
Udah nama band pun dewa..apa salahnya jin yang nonton in..

ahahaha.. lgpun lagu dewa19 mmg best..

Mulotkoyak Publish time 24-11-2021 11:28 PM

Xsangka jin pun nk berpesta jemput artis indonesia... Apakah mereka tiada artis dr golongan jin?Spt jin samsuddin?

Ayda89 Publish time 25-11-2021 12:48 AM

Seriously??

sarah_ary2 Publish time 26-11-2021 08:30 AM

prince_marhaen replied at 24-11-2021 11:56 AM
macam cedok cerita zaman 80-an, penyanyi wedding tersohor Arab Noura Takkakah (Fatima / Nura Al-Taqa ...

Femes citer Noura tuekan sampai dia berenti nyanyi walaupun masa tue dia di puncak kegemilangan

prince_marhaen Publish time 26-11-2021 09:29 AM

sarah_ary2 replied at 26-11-2021 08:30 AM
Femes citer Noura tuekan sampai dia berenti nyanyi walaupun masa tue dia di puncak kegemilangan

tu lah...bila baca / dengar details ceritadia tu meremang gila, sebab mmg details dia cerita. itupun dia berpuluh kali elak nak cerita selepas beberapa tahun kan.. :funk::funk::funk:

SweetRehan Publish time 26-11-2021 03:08 PM

Apapun suara Ari Lasso ni mmg sdap...lagu ms ngan Dewa 19 dulu2 byk yg best2

jo_je Publish time 26-11-2021 10:15 PM

prince_marhaen replied at 24-11-2021 11:56 AM
macam cedok cerita zaman 80-an, penyanyi wedding tersohor Arab Noura Takkakah (Fatima / Nura Al-Taqa ...

iyelah.. sama je.. seramnya

AnnaSendin Publish time 27-11-2021 02:36 AM

prince_marhaen replied at 24-11-2021 11:56 AM
macam cedok cerita zaman 80-an, penyanyi wedding tersohor Arab Noura Takkakah (Fatima / Nura Al-Taqa ...

Yendon.. Maling citer orang ajer. Iols pon pernah dengar citer nora at taqaqa tuew tapi ramai kata citer tuew tak betul. Hoax gittuew. Citer tuew tersebar dari satu generasi ke generasi seterusnya, ibarat citer asrama malaya.

Artemesiaa Publish time 27-11-2021 11:50 AM

Menarik kesahnya satu pengalaman buatnya

prince_marhaen Publish time 29-11-2021 10:02 AM

AnnaSendin replied at 27-11-2021 02:36 AM
Yendon.. Maling citer orang ajer. Iols pon pernah dengar citer nora at taqaqa tuew tapi ramai kata ...

khens... macam urban lagend gituuu... pastu pulak kena maling dengan ummah yindon yang mendambakan cerita berbaur mastika ni... bbnu tik tok pulak mudah kagummmm.. hihihi ;P

AnnaSendin Publish time 29-11-2021 02:16 PM

prince_marhaen replied at 29-11-2021 10:02 AM
khens... macam urban lagend gituuu... pastu pulak kena maling dengan ummah yindon yang mendambakan ...

Sama cam citer sheilaon7 lagu sephia. Muhung ajer.

DianaSaksen Publish time 2-12-2021 06:12 PM

Seram pulak aku baca
Pages: [1]
View full version: Ari Lasso Pernah Buat Konsert Di Depan Beribu Jin


ADVERTISEMENT