CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2123|Reply: 3

[MITOS] Kisah Hantu Janet yang kini makin dilupakan

[Copy link]
Post time 24-11-2021 02:56 AM | Show all posts |Read mode
Pernahkah anda mendengar kisah Hantu Janet yang popular di Sarawak sekitar tahun 70an dan 80an?

Terdapat banyak versi mengenai Hantu Janet yang sering dibualkan tetapi mempunyai persamaan yang mana hantu seorang wanita yang mengganggu orang ramai terutamanya di Kuching.

Janet dikatakan ialah seorang gadis Tionghua yang telah diculik pada penghujung tahun 60an. Difahamkan dia ialah seorang jururawat yang bekerja di Hospital Umum Sarawak. Janet dikatakan baru sahaj selesai bertugas dan dalam perjalanan pulang pada waktu malam ketika diculik.

Pada waktu itu, kejadian penculikan kerap berlaku di Kuching dan ramai orang percaya ini disebabkan oleh ritual korban semah yang sering dilakukan mengikut kepercayaan masyarakat dahulu.

Kebiasaannya, ritual ini akan dilakukan sebagai sembahan bagi mengelak diganggu penunggu ataupun untuk menguatkan binaan ketika kerja-kerja pembinaan sedang dijalankan. Apabila pembinaan struktur itu tergendala akibat gangguan makhluk halus, mereka percaya bahawa perlu melakukan upacara semahan ini untuk menenangkan penunggu di situ.

Mangsa yang dicari ialah gadis perawan untuk dijadikan korban. Hanya bahagian kepala sahaja yang akan digunakan. Kepala mangsa akan dipenggal dan ditanam di dalam struktu binaan seperti tiang konkrit.

Mayat Janet ditemui tanpa kepala tidak lama kemudian. Orang tuanya bersedih dan mengebumikan anak mereka dengan pakaian berwarna merah (hat kepercayaan nih benar, tapi slalunya kena letak gunting kat tangan dia sbb nak kejar penjahat tuh dan tikam dengan gunting. kisah janet ni tak tau pula kalau dia ditanam dgn gunting ke dakk..).
Kaum Cina percaya jika seseorang wanita dikebumikan dengan pakaian berwarna merah, roh mereka akan kembali untuk membalas dendam. Mungkin keluarga Janet ingin menuntut bela ke atas kematian Janet.

Tidak lama kemudian, Hantu Janet mula mengganggu orang ramai. Banyak cerita mengenai wanita berpakaian merah, berkasut merah dan membawa payung merah sering kelihatan pada waktu malam, merayau-rayau seorang diri terutamanya di antara Kampung Kudei dan Kampung Bintangor yang terletak di kawasan Satok.

Hantu Janet juga dikatakan kerap menahan kereta dan meminta untuk ditumpangkan ke sesuatu kawasan. Setibanya di kawasan yang dimaksudkan, wanita berpakaian serba merah itu akan hilang dalam sekelip mata dan meninggalkan bau yang busuk.

Malah, Hantu Janet gemar menahan pemandu lelaki dan akan mengajak untuk menonton wayang tengah malam di pawagam kerana Janet gemar menonton wayang selepas bekerja ketika masih hidup.

Ada juga dakwaan lain mengatakan wanita berpakaian serba merah sering kelihatan menaiki feri pada waktu malam untuk merentasi SUngai Sarawak. Setibanya feri di seberang sungai, wanita itu akan hilang dan wang kertas palsu akan bertukar menjadi daun kering ataupun duit neraka (wang kertas palsu yang digunakan oleh kaum Cina untuk dibakar pada upacara kematian).

Sehingga ke hari ini, operator feri enggan meneruskan perkhidmatan selepas jam 10 malam. Pada masa kini, mungkin kerana tiada permintaan dan mungkin juga kerana perintah kawalan pergerakan dek pandemik kobid.

Ada juga yang memberitahu terlihat Hantu Janet berlegar-legar di kawasan Hospital Umum Sarawak. Sehingga ini, penduduk di Kuching takut untuk menyebut namanya kerana dikhuatiri akan diganggu Hantu Janet. Betul ataupun tidak, harap poremer Sarawak voley tolong confirmkan.

Hantu Janet bukan sekadar glamer di Sarawak ataupun di Malaysia, malah di negara lain juga. Komik Jepun/Manga memuatkan kisah Hantu Janet dalam komik 3x3 Eyes dalam babak The Red Rain of Malaysia sebanyak 3 jilid. Komik ini ditulis dan diilustrasikan oleh Yuzo Takada dan diterbitkan dari 1987 hingga 2002 merangkumi 40 jilid. Pada tahun 1993, komik ini telah memenangi anugerah kodansha manga.

Komik 3x3 Eyes itu mengisahkan seorang lelaki bernama Yakumo Fuuji yang bekerja untuk satu entiti bernama Immortal. Dia dipanggil ke Sarawak untuk menangkap roh jahat Hantu Janet yang sering mengganggu penduduk dan membalas ke atas kematiannya. Namun, jalan cerita mengenai Hantu Janet diolah mengikut imaginasi penulis dan pelukis komik tersebut.

Namun, Hantu Janet makin dilupakan dek orang ramai. Nama dia tak termasuk dalam wikipedia pada hari ini.
https://en.wikipedia.org/wiki/Lady_in_Red_(ghost)

Asia
In Malacca, a Lady in Red has been reported on the ninth floor of the nine-storey apartments in Little India, Malacca. The area is known for jumpers.

In Thailand, there is a story of a Lady in Red that is believed to be a spirit who drowned in the Bang Pakong River. Witnesses claim to see her while driving their cars across the bridge of the Bang Pakong River at night.


https://iluminasi.com/bm/hantu-dari-malaysia-yang-terkenal-di-banyak-negara.html

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2021 11:24 AM | Show all posts
Rasanya yang umur 30tahun ke atas masih ingat lagi hantu Janet ni..
Sebab famous..
Bukan hari tu macam nak difilemkan ceta Hantu Janet ni?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-11-2021 01:49 PM | Show all posts
Mooverine replied at 24-11-2021 11:24 AM
Rasanya yang umur 30tahun ke atas masih ingat lagi hantu Janet ni..
Sebab famous..
Bukan hari tu mac ...

ada filem ke?
tak pernah dgr lerr..
iols sendiri tak pernah dgr.. ni kali pertama.. tapi pasal semah utk jambatan, pakai baju merah utk jadi revenge hantu, tuh sumer pernah dgr laa..
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2021 05:03 PM | Show all posts
baru tau psl ni..tq for sharing

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:46 PM GMT+8 , Processed in 0.059098 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list