Raline Publish time 23-11-2021 09:58 PM

Merakam Video Di Bumbung, Bintang TikTok Ini Temui Ajal Selepas Terjatuh

Merakam Video Di Bumbung, Bintang TikTok Ini Temui Ajal Selepas Terjatuh


https://i0.wp.com/iamlejen.com/wp-content/uploads/2021/08/Merakam-Video-Di-Atas-Bumbung-Bintang-TikTok-Ini-Temui-Ajal-Selepas-Terjatuh.jpg?resize=1536%2C864&ssl=1
Seorang bintang TikTok dari Turki meninggal dunia selepas terjatuh dari ketinggian 48 meter bersamaan sembilan tingkat bangunan.


Kubra Dogan, 23 tahun, dilaporkan pergi melawat sepupunya, Helen, di Istanbul dan terjatuh ketika merakam video untuk platform media sosial TikTok pada hari Jumaat (20 Ogos).

Insiden tragis itu sempat dirakam sepupunya. Semasa membuat rakaman, Kubra dilihat sedang duduk di bahagian tepi bumbung itu.

Dia melangkah dan memijak panel plastik berwarna kelabu yang menutupi bumbung. Plastik itu terkoyak dan Kubra jatuh terjunam ke bawah.

https://twitter.com/gunun_videosu/status/1429042958414794753?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1429042958414794753%7Ctwgr%5E%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fiamlejen.com%2Fmerakam-video-di-bumbung-bintang-tiktok-ini-temui-ajal-selepas-terjatuh%2F

Sepupunya, Helen, yang terkejut dengan kejadian itu berlari ke rumah keluarganya di mana dia menyampaikan berita tragis itu.

Perkhidmatan kecemasan tiba tidak lama kemudian. Paramedik melaporkan Kubra Dogan mati di tempat kejadian.

Menurut laporan, Kubra dan Helen telah meluangkan beberapa minit untuk membuat rakaman di bumbung dan mengambil gambar selfie sebelum kejadian maut itu berlaku sekitar jam 7:30 malam waktu tempatan.

Keluarga mangsa meluahkan rasa marah atas kemalangan yang ditimpa Kubra. Bukan sahaja terhadap aksi berisiko wanita itu, tetapi juga pada kontraktor yang bertanggungjawab memasang panel bumbung plastik pangsapuri tersebut.

Bapa saudara Kubra, Nebi Dogan, mendakwa dia akan mengemukakan saman ke atas kontraktor itu dan tidak akan mengalah sehingga dia dihadapkan ke pengadilan.

Nebi mengakui bahawa keluarga mereka telah menasihati Kubra dan Helen tentang membuat video TikTok di atas bumbung dan tempat-tempat berbahaya yang lain. Namun, amaran mereka diendahkan.

Menurut laporan, mayat mangsa akan dibawa ke kampung halamannya di Midyat – di wilayah Mardin, Turki – di mana dia akan dikebumikan.

Sumber:
Utusan Malaysia, The Star, Breaking Daily News

musangbodoh Publish time 24-11-2021 12:04 PM

ngerinya tmpt kejadian tu...

Farhaz Publish time 24-11-2021 03:55 PM

Scary...apa la perasaan sepupu dia tu,agak2 dia jenguk jap tak lubang tu..:L

bakingsoda Publish time 25-11-2021 08:39 AM

kenapa salah kontraktor pulak? bumbung tu utk dipijak terkinja2 ke?

Kitty_catz Publish time 25-11-2021 09:11 AM

lahai... cash le dhek... demi sesudu like..salam takziah dari hakak..

elok gak la,. berkurang sket warge tiktok yg takde sumbang apa2 kat masyarakat nehh

cmf_PariS Publish time 25-11-2021 11:17 AM

cash lagi sorg haihhhh mati sesia

Jitu Publish time 25-11-2021 06:54 PM

skerinya :funk:

tp atap plastik tu mmg tak kuat
kat rumah ni ada letak kat bilik air pastu ada kucing gemuk baring atas tu habis pecah
ganti lain letak 2 lapis baru kuat sikit

Carcosa Publish time 26-11-2021 09:43 AM

So? Best ke best? Semata nak Ber TikTok bongok tu, nyawa melayang dik. Ko sekolah tak? Kau dah mati ke tak?
#modeZolim

Supersirap Publish time 5-12-2021 08:45 AM

Salam takziah kepada keluarga mangsa

eyansss Publish time 7-12-2021 12:12 AM

bakingsoda replied at 25-11-2021 08:39 AM
kenapa salah kontraktor pulak? bumbung tu utk dipijak terkinja2 ke?

aku pun confuse bila apaknya nak saman kontraktor...

acik79 Publish time 29-12-2021 02:22 PM

eyansss replied at 7-12-2021 12:12 AM
aku pun confuse bila apaknya nak saman kontraktor...

Salah anak dia la… pijak kat situ mmg la tak boleh tampung berat badan. Tapi kesian juga pada keluarga kan? Semoga budak tu ditempatkan di kalangan org2 baik la…

eyansss Publish time 29-12-2021 02:45 PM

acik79 replied at 29-12-2021 02:22 PM
Salah anak dia la… pijak kat situ mmg la tak boleh tampung berat badan. Tapi kesian juga pada kel ...

memang kesian kat keluarga cuma tu la, kenapa mesti saman kontraktor...terang2 salah anak...

star_karat Publish time 1-1-2022 04:02 PM

Macam tak terperanjat pun sepupu tengok dia jatuh. Takda pekik2 pun. Diri tegak jer kan.

any42 Publish time 3-1-2022 01:36 AM

hmmm pegi lg tmpt bhya :(

anony-mous Publish time 5-1-2022 06:29 PM

Spoil la dia pegi alih kamera ke muka dia. Kalau x, mmg live dpt tgk jatuh. Xbest video ni, xpuas :lol: tp mmg lawa pemandangan atas tu

Kitty_catz Publish time 6-1-2022 01:07 PM

tered dah ada daaaaa sblm ni

last year lagii.. yennadeiii ;P
Pages: [1]
View full version: Merakam Video Di Bumbung, Bintang TikTok Ini Temui Ajal Selepas Terjatuh


ADVERTISEMENT