mattzzx Publish time 23-11-2021 04:21 PM

Park Shin Hye hamil, bakal kahwin dengan Choi Tae Jun

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/Untitled-1sss_1637653312.jpg
Park Shin Hye (kiri) dan Choi.

Seoul: Pelakon Park Shin Hye, 31, mengumumkan dirinya hamil dan bakal berkahwin dengan kekasihnya yang juga pelakon, Choi Tae Jun, 30, pada Januari tahun depan.

Berita gembira itu disahkan agensinya SALT Entertainment yang memaklumkan pasangan terbabit sudah bercinta sejak 2017.

Perkahwinan mereka akan dilangsungkan di Seoul tetapi butirannya dirahsiakan.

Menurut pelakon drama Sisyphus itu, Choi Tae Jun adalah jodoh tepat buatnya dan sentiasa berada di sisi ketika waktu susah mahupun senang.

"Dia adalah tulang belakang saya selama ini dan sentiasa menerima seadanya segala kekurangan diri saya. Jadi, saya rancang mulakan hidup baharu dengannya sebagai pasangan suami isteri.

"Walaupun sedikit ragu-ragu berkongsi mengenai ini disebabkan masih di fasa awal. Namun, dalam pada membuat persiapan kahwin, sebutir permata berharga (hamil) datang dalam hidup kami. Saya mahu anda semua tahu," katanya.

Shin Hye juga tidak sabar untuk menempuh alam berumah tangga dan menjadi isteri serta ibu terbaik.

"Saya janji akan sentiasa memberi contoh terbaik diri saya selepas membina keluarga kelak. Jutaan terima kasih kerana menyayangi dan menyokong saya walaupun serba-serbi ada kekurangan.

"Pastinya ia akan ambil masa tapi saya mahu lakukan yang terbaik untuk kembali berlakon secepat mungkin tanpa membuatkan anda tertunggu-tunggu," katanya.

wtvmjls Publish time 23-11-2021 07:35 PM

Tak expect dia pregnant dulu. Tapi untung la laki tu, dia sendu je

acikhan Publish time 23-11-2021 09:33 PM

laki nie actor x bape pemes sgt la...pernah tgk laki nie nerlakon Kat kbs drama astro aduhai kayu sgt lerrr

nadie90 Publish time 23-11-2021 11:03 PM

Congrats for both....pelakon2 yang nak kahwin ni kebanyakannya kurg tekanan berbanding penyanyi2 berkumpulan lagi2 pelakon wanita.....CTJ ni byk berlakon dlm drama sebagai 2nd male lead....tu nama kurg menyerlah....ceq pun xtgk drama2 lakonan dia jd xtau mcm mana lakonannya....apapun sepadan ja 2 org ni

my_irina Publish time 24-11-2021 11:30 AM

bakal husband dia ade berlakon dlm cite "so i married an anti-fan"....bole laaa lakonannya....takde la kayu sgt...bole la

Olleo Publish time 24-11-2021 11:58 AM

Kalau tak peknen mungkin tak kawin lg kot;P
Dah peknen tu, so trpaksa la buat persiapan kawin..shotgun marriage ni da biasa sgt sgt sana

helicornia Publish time 24-11-2021 12:13 PM

Olleo replied at 24-11-2021 11:58 AM
Kalau tak peknen mungkin tak kawin lg kot
Dah peknen tu, so trpaksa la buat persiapan kawin..shotg ...

klu tak peknen biasanya agensi depa tk bagi kawin
katanya nti jatuh populariti. teruk betul korean entertainment industry
btw iols baca katanya depa dah kenal lama, masa kecik penah berlakon sekali
then pi Uni yg sama tp pompuan senior setahun
so dr kawan jd kapel
sapa kt atas kata lelaki tak femes, femes je wei. last drama dia aku tengok so i married an anti fan tahun ni punya drama

Whatsofunnyth Publish time 24-11-2021 04:13 PM

helicornia replied at 24-11-2021 12:13 PM
klu tak peknen biasanya agensi depa tk bagi kawin
katanya nti jatuh populariti. teruk betul korean ...

If kita nk compare dorang berdua ni mmg la ctj ni x femes sangat mcm psh. Ni mcm psh actress class A, yg laki ni actor class B.

But iolss suka la tengok ctj ni masa heollss join tv show hello counselor, mature sangat heolss kt situ. Tengok dia kt drama so-so je la.

gideoncross Publish time 28-11-2021 02:02 AM

Olleo replied at 24-11-2021 11:58 AM
Kalau tak peknen mungkin tak kawin lg kot
Dah peknen tu, so trpaksa la buat persiapan kawin..shotg ...

Sma mcm EXO Chen dgn gf bliau, gf nya pun tr-pregnant dlu pastu Chen pun upload gmbr surat yg bliau tulis yg c prmpuan dh tr-pregnant & dorg akn brkhwin. Lgipun dorg non Muslim kn? So bukn hal bsar bgi dorg.

gideoncross Publish time 28-11-2021 02:03 AM

acikhan replied at 23-11-2021 09:33 PM
laki nie actor x bape pemes sgt la...pernah tgk laki nie nerlakon Kat kbs drama astro aduhai kayu sg ...

Plakon2 SK klau llaki, kayu2 pun ttap d puja hahahaha. Klau retis Mulayu Meleis kayu, 7 hri 7 mlm kna maki.

Olleo Publish time 28-11-2021 01:24 PM

gideoncross replied at 28-11-2021 02:02 AM
Sma mcm EXO Chen dgn gf bliau, gf nya pun tr-pregnant dlu pastu Chen pun upload gmbr surat yg blia ...

Even non muslim,culture korea ni mash belum 100% western lg..itu yg depa klau dah terbunting tu kena kawin jgk..klau tak kawin, kena tahan jgk la hencapan makcik pakcik bawang deme tu..
Culture deme, even cara berpakaian pun masih lg kena ada kesopanan dan kesusilaan.
Yg tahap nk berbogel nampak segala lurah tu, itu mcm constume on stage saja..pakai mcm tu dkt luar dr event masih dipandang serong oleh sebilangan org ye.

gideoncross Publish time 1-12-2021 01:14 PM

Olleo replied at 28-11-2021 01:24 PM
Even non muslim,culture korea ni mash belum 100% western lg..itu yg depa klau dah terbunting tu...

Ertinya btullah tanggapan iol, dorg pun msih backwards tpi brani jugak dorg nak pregnant dlu sdgkn mkcik/pkcik bwg dorg lgi hebat.
Pages: [1]
View full version: Park Shin Hye hamil, bakal kahwin dengan Choi Tae Jun


ADVERTISEMENT