kerisnaga Publish time 23-11-2021 02:22 PM

Mayat bayi membusuk dijumpai di sawah

Mayat bayi membusuk dijumpai di sawah
NORMAWATI ADNAN | | 23 November 2021

https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2021/11/23/1277402.jpg
Gambar hiasan

BAGAN SERAI - Mayat bayi perempuan ditemui dalam keadaan membengkak dan membusuk dipercayai dibuang di sebuah kawasan sawah berdekatan lorong Taman Serai Muda ke Kampung Padri di sini pada Isnin.


Keadaan bayi tidak berbaju dianggarkan berusia lebih kurang sembilan bulan itu disedari seorang lelaki yang juga pemilik tanah sekitar jam 8.30 pagi.


Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mazuki Mat berkata, siasatan di lokasi kejadian tidak menemui sebarang dokumen atau kain balutan berkaitan kes itu.


"Status hidup atau mati semasa dilahirkan tidak dapat dipastikan kerana organ dalaman mayat bayi berkenaan telah hancur.


"Setakat ini punca kematian bayi tidak dapat dipastikan dan polis sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung perkara itu," katanya ketika dihubungi di sini pada Selasa.


Menurutnya, kali terakhir pemilik tanah melalui kawasan itu pada Ahad sekitar jam 4.30 petang untuk menjalankan kerja membaja, tetapi masih belum terlihat mayat bayi tersebut.


"Mayat bayi telah di bawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk tujuan bedah siasat.


"Kes disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan dan membuang mayat," katanya.


Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/173995/BERITA/Semasa/Mayat-bayi-membusuk-dijumpai-di-sawah
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

kerisnaga Publish time 23-11-2021 02:22 PM

Allahu akbar. kenapalah kejam sangat:(

NekNgah Publish time 24-11-2021 01:57 PM

Kalau tak mahu anak tu sila hantar ke baby hatch, ke pintu rumah kelamin, ke masjid.. tempat-tempat yang kita yakin anak itu akan diuruskan dengan baik.

Dah buat salah sekali, jangan ditambah lagi dosa itu.Sedihnya.
Pages: [1]
View full version: Mayat bayi membusuk dijumpai di sawah


ADVERTISEMENT