kerisnaga Publish time 23-11-2021 12:30 PM

Ambil langkah tangani kenaikan harga sayur: CAP

Edited by kerisnaga at 23-11-2021 12:31 PM

Ambil langkah tangani kenaikan harga sayur: CAP

Zuhainy Zulkiffli
am@hmetro.com.my


https://assets.hmetro.com.my/images/articles/SAYUR_55141811_1637636428.jpg
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP


Georgetown: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) serta Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) mengambil langkah segera menangani kenaikan harga sayur-sayuran yang meningkat sehingga 200 peratus sejak dua minggu lalu.


Ia susulan aduan yang diterima CAP daripada peruncit mengenai kenaikan harga barangan berkenaan.


Presidennya Mohideen Abdul Kader berkata, beberapa peruncit mengadu bahawa pengedar dan pemborong sudah memberi amaran bahawa harga sayur-sayuran lain mungkin akan naik dalam beberapa minggu akan datang.


Katanya, sayuran itu membabitkan kubis bunga daripada harga RM7 kepada RM16 sekilogram, sawi pendek RM3 kepada RM9, brokoli RM8 kepada RM20 dan sawi RM5 kepada RM8.


"Turut mengalami kenaikan ialah kacang buncis dari harga RM8 kepada RM15 sekilogram, kubis RM4 kepada RM6, cili merah RM13 kepada RM19 dan cili hijau RM10 kepada RM14.


"Sehubungan itu, CAP menyeru Bahagian Penguatkuasa KPDNHEP supaya menyiasat kenaikan harga berkenaan memandangkan ia akan memberi kesan kepada golongan berpendapatan rendah," katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.


Menurut Mohideen lagi, tindakan tegas perlu diambil terhadap peniaga yang menaikkan harga secara berlebihan serta melanggar Akta Anti-Pencatutan 2010.


"CAP juga berulang kali menyeru supaya FAMA mengawal pemasaran dan pengedaran sayur-sayuran di negara ini tetapi seruan kami tidak didengari," katanya lagi.
Disiarkan pada: November 23, 2021 @ 11:01am

sumber


musangbodoh Publish time 23-11-2021 01:17 PM

ayam naik telur naik...yg lain bakal menyusul...aper susah kasi import lahhhh:P
Pages: [1]
View full version: Ambil langkah tangani kenaikan harga sayur: CAP


ADVERTISEMENT