kerisnaga Publish time 22-11-2021 11:32 PM

8 kampung dilanda banjir kilat di Kulim

Edited by kerisnaga at 22-11-2021 11:33 PM

8 kampung dilanda banjir kilat di Kulim

Izad Thaqif Hassan
am@hmetro.com.my


https://assets.hmetro.com.my/images/articles/banjir_%281%29_1637594102.jpg
Anggota APM meninjau keadaan banjir di Kulim hari ini. Foto Ihsan APM


Kulim: Hujan lebat berterusan di daerah ini petang hari ini, menyebabkan lapan kampung di Mukim Karangan dan Terap dilanda banjir kilat malam ini.


Kawasan yang terjejas di Mukim Karangan adalah Kampung Banggol Penyengat, Kampung Padang Patung, Kampung Seberang Jaya, Kampung Selarong Panjang dan Kampung Padang Limau.


Kawasan di Mukim Terap pula membabitkan Kampung Kampung Gunung Bongsu, Kampung Terap dan Kampung Batu 10.


Sekretariat Pengurusan Bencana Daerah Kulim merangkap Pegawai Pertahanan Awam Daerah Leftenan (PA) Mohd Faizol Ab Aziz berkata, seramai 104 penduduk membabitkan 26 rumah dilaporkan terjejas.


Menurutnya, paras air naik sehingga mencecah satu meter selepas hujan lebat bermula 4 petang menyebabkan air bukit turun ke kawasan rendah.


"Kita menerima panggilan pada 7.45 malam dan anggota yang tiba di lokasi bertindak melakukan pemantauan serta bersiap sedia sekiranya air semakin naik.
"Bagaimanapun, hasil pemantauan mendapati air semakin surut dan hujan semakin reda menyebabkan tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka," katanya.


Mohd Faizol berkata, walaupun air surut namun pihakya tetap meneruskan pemantauan dan berharap penduduk yang kerap dilanda banjir kilat mengambil langkah berjaga-jaga.


"Penduduk yang mungkin sudah biasa dengan situasi banjir kilat diharap membuat persediaan dengan menyimpan dokumen dan barang berharga di tempat yang selamat.


"Sekiranya situasi semakin teruk, kita harap penduduk dapat mengikut arahan pasukan penyelamat dan segera berpindah ke PPS yang disediakan untuk mengelak sebarang kejadian tidak diingini," katanya.
Disiarkan pada: November 22, 2021 @ 11:15pm

sumber


kerisnaga Publish time 22-11-2021 11:34 PM

musim hujan skrg byk tmpt banjir kilat. semoga dipermudahkan semua urusan utk mereka yang terlibat.
Pages: [1]
View full version: 8 kampung dilanda banjir kilat di Kulim


ADVERTISEMENT