kerisnaga Publish time 22-11-2021 08:52 PM

CAP gesa Maritim segera atasi pencerobohan bot pukat tunda

CAP gesa Maritim segera atasi pencerobohan bot pukat tunda
SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI | | 22 November 2021

https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2021/11/22/1276441.jpg
Pangkalan bot pukat tunda di Teluk Bahang.

GEORGETOWN - Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Jabatan Perikanan dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) menyiasat dan mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah pencerobohan bot pukat tunda di kawasan tangkapan nelayan pantai di Pulau Betong, Balik Pulau di sini.


Presidennya, Mohideen Abdul Kader berkata, aktiviti yang menjejaskan kira-kira 200 nelayan pantai di kawasan tersebut telah lama berlaku, namun tiada tindakan berkesan yang diambil oleh pihak berkenaan sehingga kini.


Menurutnya, difahamkan, selain ancaman oleh bot-bot pukat tunda yang berpangkalan di Batu Maung dan Teluk Bahang, aktiviti nelayan dari Pulau Pangkor, Perak yang menggunakan lampu (spot light) berkuasa tinggi turut memberi kesan buruk ke atas hidupan laut di perairan ini.


"Menerusi tinjauan yang dijalankan, kita dimaklumkan oleh nelayan pantai yang terbabit bahawa masalah itu telah menyebabkan hasil tangkapan mereka merosot sehingga 50 peratus setiap kali turun ke laut.


"Mereka juga mendakwa, bot pukat tunda dan nelayan dari Pulau Pangkor, Perak kerap menjalankan aktiviti pada waktu malam. Banyak benih atau anak ikan termasuk yang berkualiti tinggi mati dan musnah. Antara anak ikan yang menjadi mangsa ialah ikan kembung; bawal hitam, jenahak, tenggiri dan anak sotong," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.


Mengulas lanjut, pihaknya kesal dan bimbang terhadap perkara itu berikutan ia dilihat gagal ditangani oleh pihak berkuasa terlibat walau pun telah banyak aduan dibuat oleh nelayan terbabit sejak puluhan tahun lalu.


"CAP meminta Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) menyiasat punca perkara ini boleh berlaku sehingga sekarang tanpa sebarang tindakan diambil. Kita percaya, jika keadaan ini dibiarkan, bukan saja kehidupan nelayan pantai di sini akan terjejas teruk malah sumber perikanan negara juga mungkin mengalami kepupusan pada masa akan datang.


"Ini kerana, sebuah bot pukat tunda mampu memerangkap dan membunuh lebih 60 peratus anak ikan (benih) selain mencemarkan laut dan memusnahkan tempat pembiakan ikan," katanya.


Tambahnya lagi, demi menyelamatkan sumber bekalan makanan dan masa depan sektor perikanan, CAP berharap Jabatan Perikanan dan Maritim Malaysia menguatkuasakan Akta Perikanan 1985 dengan berkesan dan menggesa kerajaan mengharamkan penggunaan pukat tunda dan lampu berkuasa tinggi (spot light) di negara ini dengan segera.



Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/173838/BERITA/Semasa/CAP-gesa-Maritim-segera-atasi-pencerobohan-bot-pukat-tunda
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

musangbodoh Publish time 23-11-2021 03:10 AM

kwn tu pakai bot besar p lh jauh skit...nie semua tmpat main sebat je...

pihak berkuasa ader report buat bodo je...:dizzy:

sekian dan kesian
Pages: [1]
View full version: CAP gesa Maritim segera atasi pencerobohan bot pukat tunda


ADVERTISEMENT