Raline Publish time 22-11-2021 08:28 PM

Nampak kelibat ‘hantu bertudung’ dalam gambar memancing

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2021/11/kelibat-hantu.jpg
Dua nelayan berswafoto setelah memancing di Sungai Mojotoro. - Newsflash

Nampak kelibat ‘hantu bertudung’ dalam gambar memancing

SALTA, ARGENTINA – Dua nelayan terkejut melihat imej menakutkan ‘hantu bertudung’ sedang memerhati mereka dalam gambar swafoto yang dirakam ketika kedua-duanya memancing di Sungai Mojotoro, Argentina, lapor akhbar Daily Star semalam.

Kelibat menyeramkan itu muncul di sebalik pokok. Gambar tersebut pula dirakam ketika mereka keluar memancing bersama dua rakan lain pada 16 November lalu.

“Kami pergi memancing di Sungai Mojotoro dari jam 5 petang (waktu tempatan) dan tinggal di sana sehingga pukul 10 malam. Kami melihat gambaritu apabila pulang ke rumah dan sukaruntuk kami mempercayainya,” kata mereka kepada Cronica News.

Menurut akhbar tempatan, sungai itu terkenal dengan aktiviti paranormal menyeramkan. Sebelum ini, banyak dakwaan mengenai insiden barang bergerak sendiriatau bayang-bayang muncul secara tiba-tiba di lokasi tersebut.

Gambar itu telah dimuat naik di Internet denganramai netizen cuba membuat penjelasan tentang apa yang boleh berlaku.

Pegawai tempatan belum mengesahkan kepada Cronica News sama ada kejadian itu akan disiasat walaupunlaporan mengenai insiden pelik di lokasi itumeningkat dari tahun ke tahun.

Pada 2008, sekumpulan budak lelaki yang selesai memancing mendakwa bahawamereka menyangka seseorang sedang membaling batu ke arah mereka, namun mendakwaperbuatan itu dilakukan oleh jembalang. – Agensi

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2021/11/22/nampak-kelibat-hantu-bertudung-dalam-gambar-memancing/

Pages: [1]
View full version: Nampak kelibat ‘hantu bertudung’ dalam gambar memancing


ADVERTISEMENT