Raline Publish time 22-11-2021 08:18 PM

BTS Artis Sepanjang Tahun ‘Asia’ pertama AMA 2021

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2021/11/0f28fa01-fc92-4a3d-9b9e-3d8c1df64ac1-AP_2021_American_Music_Awards_-_Press_Room_1-e1637572203304.jpg
BTS membawa pulang tiga trofi termasuk Artis Sepanjang Tahun pada American Music Awards 2021 (AMA 2021).

BTS Artis Sepanjang Tahun ‘Asia’ pertama AMA 2021

KUMPULAN K-pop, BTS mencatat sejarah apabila dinobatkan sebagai Artis Sepanjang Tahun pada acara muzik berprestij Amerika Syarikat (AS), American Music Awards 2021 sekali gus merupakan artis pertama Asia meraih kejayaan tersebut.

Kejayaan berkenaan menyaksikan kumpulan asal Korea Selatan itu mengenepikan saingan hebat penyanyi ternama dunia seperti Drake, Ariana Grande, Olivia Rodrigo, Taylor Swift dan The Weeknd dalam kategori yang dimenangi.

Kumpulan asal Korea Selatan yang dianggotai Jin, Suga, J-Hope, RM, Jimin, V dan Jungkook itu turut membawa pulang dua trofi utama lain iaitu Dua Berkumpulan Pop Pilihan dan Lagu Pop Pilihan menerusi hit mereka, Butter.

“Kami sangat teruja dan gemuruh pada waktu yang sama. Satu perjalanan (karier) yang sangat hebat dan ‘gila’ sejak kami bermula tetapi, tiada siapa sangka kami akan berada di sini menerima trofi ini melainkan Army (kelab peminat),” kata RM dalam ucapannya.

Dalam pada itu, Suga dalam ucapannya mengenang debut perjalanan mereka di industri muzik negara Uncle Sam itu empat tahun lalu yang akhirnya disudahi dengan kemenangan yang tidak dijangka.

“Empat tahun lalu, kami melakukan persembahan debut di pentas AMA dengan lagu DNA. Tak sangka kami akan terima trofi ini (Artis Sepanjang Tahun). Semua ini berlaku disebabkan Army!,” katanya.

AMA 2021 berlangsung di Microsoft Theater, Los Angeles, California, AS pukul 9 pagi (waktu Malaysia) dan diacarakan oleh penyanyi rap wanita, Cardi B.

BTS turut membuat persembahan termasuk mendendangkan hit nombor satu mereka, Butter selain buat pertama kalinya, menyanyikan lagu kolaborasi dengan Coldplay, My Universe secara langsung dalam acara tersebut.

Turut mencuri tumpuan apabila Taylor Swift memenangi trofi Artis Pop Wanita Pilihan untuk kali ketujuh sekali gus mencipta sejarah sebagai penyanyi yang paling banyak menggondol trofi kategori berkenaan.

Taylor turut membawa pulang trofi Album Pop Pilihan menerusi diskografi berjudul Evermore. Kejayaan membawa pulang dua trofi itu turut mengukuhkan kedudukan Taylor sebagai artis paling banyak menang anugerah AMA iaitu sebanyak 34 trofi sepanjang penganjuran. – K! ONLINE

Senarai Pemenang AMA 2021:

Artis Sepanjang Tahun
BTS

Artis Baharu Sepanjang Tahun
Olivia Rodrigo

Kolaborasi Sepanjang Tahun
Kiss Me More – Doja Cat ft. SZA

Muzik Video Pilihan
MONTERO (Call Me By Your Name) – Lil Nas X

Artis Pop Lelaki Pilihan
Ed Sheeran

Artis Pop Wanita Pilihan
Taylor Swift

Dua Berkumpulan Pop Pilihan
BTS

Album Pop Pilihan
Evermore – Taylor Swift

Lagu Pop Pilihan
Butter – BTS

Artis Country Lelaki Lelaki Pilihan
Luke Bryan

Artis Country Wanita Lelaki Pilihan
Carrie Underwood

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2021/11/22/bts-artis-sepanjang-tahun-asia-pertama-ama-2021/

Pages: [1]
View full version: BTS Artis Sepanjang Tahun ‘Asia’ pertama AMA 2021


ADVERTISEMENT