mattzzx Publish time 22-11-2021 02:49 PM

BTS dinobatkan Artis Terbaik di AMAs 2021

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/btasabtts1_1637559388.jpg
BTS

Los Angeles: BTS mencipta sejarah menjadi artis Asia pertama menang trofi Artis Terbaik di Anugerah Muzik Amerika (AMAs) 2021 yang berlangsung di Microsoft Theater in Los Angeles, hari ini.

Kumpulan terbabit menewaskan nama-nama besar yang bersaing dalam kategori itu termasuk Ariana Grande, Drake, Olivia Rodrigo, Taylor Swift dan The Weeknd.

Selain itu, kumpulan terkenal dari Korea Selatan berkenaan turut menang besar apabila membawa pulang trofi kategori Lagu Pop Kegemaran menerusi Butter dan Duo Pop/Kumpulan Kegemaran.

Sekali gus, BTS memenangi dua kategori terbabit untuk tiga tahun berturut-turut.

Sewaktu menerima trofi, anggotanya J-Hope sempat berterima kasih kepada kelab peminat mereka ARMY.

"Terima kasih ARMY, dan terima kasih AMAs sangat-sangat untuk ini. Untuk tahun ketiga berturut," katanya.

RM pula menyifatkan kemenangan itu begitu besar maknanya memandangkan ia mengambil masa bertahun-tahun untuk mereka meraih anugerah berkenaan.

"Ia mengambil masa empat tahun untuk berada di pentas ini dan mendapat trofi ini. Jutaan terima kasih. Sebenarnya ia lebih bermakna kerana kami cuma band kecil dari Korea Selatan.

"Kita dapat disatukan dengan cinta terhadap muzik kami, dan kami cuma mahu sebarkan kasih sayang, aura bagus dan tenaga menerusi muzik dan persembahan. Namun tanpa kamu semua, ARMY, kami takkan dapat berbuat apa-apa," katanya.

Pada anugerah berprestij tahunan itu, BTS turut menampilkan persembahan penuh bertenaga menyanyikan lagu My Universe bersama Coldplay.


Pages: [1]
View full version: BTS dinobatkan Artis Terbaik di AMAs 2021


ADVERTISEMENT