Raline Publish time 21-11-2021 08:40 PM

Mak cik tebang pokok marah jalan tidak dibaiki

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2021/11/emak-emak-jalan.jpg
Tular sekumpulan wanita menebang pokok dan menumbangkannya. – Instagram.

Mak cik tebang pokok marah jalan tidak dibaiki

JAKARTA – Tular sebuah klipvideo memperlihatkan beberapa wanita berpangkat ‘mak cik’ bertindak menebang beberapa batang pokok sehingga menutupi sebatang jalan di Indonesia, lapor laman berita Suara.com hari ini.

Video tersebut dimuat naik di laman perkongsian gambar Instagram pada akaun bernama @peristiwa_sekitar_kita.

Kumpulan wanita itu bergilir-gilir menebang pokok dan menumbangkannya di jalan berhampiran menggunakan kapak dan gergaji.

Rupa-rupanya, mereka melakukan sedemikian sebagai satu protes disebabkan keadaan jalan yang sudah lama rosak teruk tetapi tidak dibaiki pihak berkuasa tempatan.

Kejadian itu berlaku di wilayah Sulawesi Tenggara.

Video itu mendapat perhatian netizen yang membanjiri ruangan komen.

“Mak kalau marah memang seram,” kata seorang netizen.

‘’Ibu adalah yang terbaik,’’ kata seorang netizen yang lain. – Agensi

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2021/11/21/makcik-tebang-pokok-marah-jalan-tidak-dibaiki/

namemysoul Publish time 21-11-2021 10:57 PM

Wow....mokcik gune gergaji rantai ke tu.......hehehehehehehehe

Artemesiaa Publish time 22-11-2021 09:52 AM

Acik2 kalau dah angin jangan buat pasal di chain saw kan je
Pages: [1]
View full version: Mak cik tebang pokok marah jalan tidak dibaiki


ADVERTISEMENT