Raline Publish time 21-11-2021 08:05 PM

Salman Khan Mengaku Menganut Dua Agama Dalam Satu Masa

Undang Kritik! Salman Khan Mengaku Menganut Dua Agama Dalam Satu Masa

https://murai.my/wp-content/uploads/2021/11/via-Daily-Motion.jpg
Nama dan bakat Salman Khan dalam filem Bollywood tidak dapat disangkal lagi. Sejak dari dahulu, namanya sering disebut walaupun pelakon baru telah muncul dalam seni perfileman. Tahukah anda, menurut Intep Seleb, Salman Khan adalah penganut kepada dua agama sekaligus.

Dibesarkan Dengan Dua Agama

https://murai.my/wp-content/uploads/2021/11/via-Daily-Motion.jpg
via Daily Motion
Umum mengetahui Salman Khan dibesarkan dengan dua kepercayaan berbeza. Ayah Salman Khan beragama Islam manakala ibunya beragama Hindu. Di India, lazimnya anak-anak kebanyakannya mengikut kepercayaan bapa. Namun tidak menolak ada juga yang mengikut ibu.


Berpegang Kepada Dua Agama Sekaligus.

https://murai.my/wp-content/uploads/2021/11/Via-India-Times.jpg
Via India Times

Namun berbeza pula dengan Salman Khan, dia tidak mahu memilih mengikut agama bapa atau ibunya. Seperti yang dinyatakan di Khaleej Times pada 20 November 2021, Salman Khan sebenarnya mengakui bahawa dia berpegang kepada dua agama sekaligus.

Saya Hindu dan Islam, kedua-duanya. Saya Bhartiya (parti politik nasionalis di India). Saya orang India.

Mengundang Kritikan

https://murai.my/wp-content/uploads/2021/11/via-Intep-Seleb-1.jpg
via Intep Seleb

Pengakuan Salman Khan terhadap kepercayaannya memeluk dua agama sekaligus mengundang kontroversi kepada orang ramai. Netizen menganggap Salman Khan telah menduakan tuhan.

Menurut Intep Seleb, rentetan dari kejadian tersebut, video lama mengenai Salman Khan mula memenuhi media sosial. Ada juga yang memuji Salman Khan apabila satu video dia segera memberhentikan MC dalam satu majlis dan memintanya meneruskan program apabila azan selesai. Ini lantas memberi reaksi positif netizen terhadap aktor Bollywood ini.

Sumber:https://murai.my/2021/132022/undang-kritik-salman-khan-mengaku-menganut-dua-agama-dalam-satu-masa/

potsshine Publish time 22-11-2021 05:13 PM

semoga kembali kpd fitrah...aminnn
Pages: [1]
View full version: Salman Khan Mengaku Menganut Dua Agama Dalam Satu Masa


ADVERTISEMENT