Raline Publish time 21-11-2021 11:36 AM

Penemuan Kota Purba Terbesar Di Mesir, “Rise Of Aten” Direkodkan Berusia 3,000 Tahun

Penemuan Kota Purba Terbesar Di Mesir, “Rise Of Aten” Direkodkan Berusia 3,000 Tahun

https://i1.wp.com/iamlejen.com/wp-content/uploads/2021/04/Penemuan_Kota_Purba_Terbesar_Di_Mesir_Direkodkan_Berusia_3000_Tahun.jpg?w=1500&ssl=1
“Seperti baru ditinggalkan semalam,” ini yang dikatakan oleh Dr. Zahi Hawass, seorang ahli arkeologi terkemuka di Mesir. Beliau mencipta sejarah dengan penemuan hebat beliau bersama pasukan arkeologi melibatkan sebuah kota purba yang pernah didiami dan ditinggalkan sejak 3,000 tahun lepas.

Diberi nama The Rise of Aten, kota ini ditemui di bawah timbunan pasir di tebing barat Luxor. Ia dipercayai mula bertapak dari pemerintahan King Amenhotep III, pemerintah Mesir antara tahun 1391 dan 1353 SM.

https://i0.wp.com/iamlejen.com/wp-content/uploads/2021/04/Penemuan_Kota_Purba_Terbesar_Di_Mesir_Direkodkan_Berusia_3000_Tahun_2.jpg?w=727&ssl=1
sumber: CNN

Ahli arkeologi mendapati ia kelihatan seperti jalan kota yang diapit oleh rumah-rumah kediaman. Kota tersebut dibina dengan tembok utuh setinggi 10 kaki dan bilik-bilik yang dipenuhi dengan alat-alat kehidupan seharian. Turut dijumpai cincin, tembikar, periuk yang digunakan untuk membawa daging, dan alat untuk menenun serta membuat logam dan kaca.

Pasukan arkeologi juga menemui sebuah kedai bakeri, lengkap dengan ketuhar dan tembikar. Ukurannya menunjukkan bahawa ia digunakan untuk memenuhi sejumlah besar pekerja. Penemuan menarik lain adalah kerangka seseorang yang dikebumikan dengan tangan direntangkan ke sisi dan sebuah tali dililit mengelilingi lutut.

https://i2.wp.com/iamlejen.com/wp-content/uploads/2021/04/Penemuan_Bandar_Purba_Terbesar_Di_Mesir_Direkodkan_Berusia_3000_Tahun_1.jpg
sumber: facebook Dr. Zahi Hawass

“Lokasi dan posisi kerangka ini agak pelik, dan lebih banyak penyelidikan sedang dilakukan,” menurut pernyataan rasmi itu, yang menggambarkan ia sebagai sebuah “remarkable burial”.

“The Rise of Aten” ini merupakan penemuan kedua terpenting dalam sejarah arkeologi selepas penemuan makam Tutankhamun pada tahun 1922.

Apa sebenarnya yang berlaku 3,000 tahun lepas di kota ini?

Sumber: CNN

Tinot7 Publish time 22-11-2021 03:22 AM

pasni, voley la holiwud reka filem lap stori yg berjudul, the rise of aten..
https://en.wikipedia.org/wiki/Aten_(city)

wyatthazel193 Publish time 25-11-2021 11:53 AM

epullipan Publish time 1-12-2021 08:15 AM

Kota ni wujud selepas Nabi Musa or bila? sorry I lost sikit pasal timing SM tu
Pages: [1]
View full version: Penemuan Kota Purba Terbesar Di Mesir, “Rise Of Aten” Direkodkan Berusia 3,000 Tahun


ADVERTISEMENT