mattzzx Publish time 21-11-2021 09:26 AM

Empat bulan menduda, Aamir Khan bakal umum kahwin

https://www.mstar.com.my/image/830/553?url=https%3A%2F%2Fapicms.mstar.com.my%2Fuploads%2Fimages%2F2021%2F11%2F21%2F1375364.jpg
Aamir Khan digosipkan bakal berkahwin dengan seorang wanita pelakon filem.

KECOH khabar angin mengatakan pelakon Bollywood Aamir Khan bakal kembali mendirikan rumah tangga buat kali ketiga selepas empat bulan menduda.

Aamir dilaporkan media tempatan bakal berkahwin dengan seorang wanita yang merupakan seorang pelakon filem.

Memetik laporan Bollywoodlife, Aamir akan mengumumkan keputusannya untuk berkahwin sejurus selepas Laal Singh Chaddha di tayangkan.

Menurut sumber, dia tidak mahu berita perkahwinannya akan mengalihkan perhatian penonton terhadap filem terbaharunya itu.

Walau bagaimanapun, khabar angin itu masih belum mendapat sebaran pengesahan daripada pelakon tersebut.

Sebelum ini, pelakon filem Dangal iaitu Fatima Sana Shaikh pernah dituduh sebagai punca keruntuhan rumah tangga aktor itu.

Namun kedua-dua menafikan gosip berkenaan dan Fatima hanya menganggap Aamir sebagai mentor dalam bidang lakonan.

Pelakon Bollywood terkenal Aamir Khan dan isterinya Kiran Rao bercerai selepas 15 tahun mendirikan rumah tangga.

Pasangan ini berkahwin pada 28 Disember 2005 dan mendapat cahaya mata pertama, Azad Rao Khan pada 2011.

Aamir sebelum itu pernah mendirikan rumah tangga dengan Reena Duta dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ira Khan dan Junaid Khan.
Pages: [1]
View full version: Empat bulan menduda, Aamir Khan bakal umum kahwin


ADVERTISEMENT