kerisnaga Publish time 20-11-2021 07:59 PM

TLDM tahan 3 lelaki seludup rokok di perairan selatan Johor

TLDM tahan 3 lelaki seludup rokok di perairan selatan Johor

Oleh Noor Hidayah Tanzizi - November 20, 2021 @ 7:51pmbhnews@bh.com.my



https://assets.bharian.com.my/images/articles/tldm_1637409076.jpg
Tiga warga asing yang ditahan oleh TLDM ketika cuba menyeludup rokok menerusi perairan Tanjung Bidara



LUMUT: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menggagalkan cubaan menyeludup rokok dan menahan tiga lelaki warga Indonesia di selatan perairan Tanjung Setapa, Johor, awal pagi tadi.


Bahagian Komunikasi Strategik Markas Pemerintahan Armada Barat Lumut dalam kenyataannya, berkata Fast Combat Boat (FCB) 1124 TLDM yang sedang melaksanakan rondaan mengesan sebuah bot mencurigakan di selatan perairan berkenaan pada 1.05 pagi.


Katanya, maklumat pencerobohan seterusnya disalurkan kepada bot RHIB Cerdik dan RHIB Lepau di lapangan untuk bantuan lanjut dan pemintasan.


"Menyedari kehadiran bot FCB TLDM, bot itu memecut laju dan berpatah balik untuk keluar dari perairan negara. Dalam kekalutan melarikan diri, beberapa buah bungkusan telah tercampak keluar dari bot yang dicurigai itu ke laut.


"RHIB Lepau menyita bungkusan berkenaan untuk pemeriksaan dan siasatan lanjut mengesahkan bungkusan yang disita itu mengandungi 2,190 kotak rokok dianggarkan bernilai RM15,330," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di Lumut, hari ini.


Kenyataan itu menyebut, tiga lelaki dipercayai warga Indonesia berusia antara 20-an hingga 40-an ditahan atas kesalahan menceroboh negara melalui jalan laut yang tidak diwartakan.


"Ketiga-tiga lelaki berkenaan tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah bersama kesemua barangan yang diperiksa seterusnya diserahkan kepada Tim Op MERPATI dari Rejimen ke-7 Artileri Diraja (RAD) untuk tindakan lanjut," katanya.


Kenyataan itu berkata, penyaluran maklumat dan koordinasi yang pantas oleh aset terbabit memastikan setiap cubaan menceroboh akan dipatahkan baik di laut mahupun di darat.


Katanya, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak akan berkompromi terhadap sebarang ancaman membabitkan keselamatan dan kedaulatan negara.


"TLDM sentiasa komited dan siap siaga melindungi perairan negara setiap masa," katanya.




sumber




Pages: [1]
View full version: TLDM tahan 3 lelaki seludup rokok di perairan selatan Johor


ADVERTISEMENT