matahari789 Publish time 20-11-2021 07:51 PM

TikTok berunsur lucah -Jom ramai2 repot -

Saya meminta orang awam untuk repot isu TikTok pada pihak berkuasa seperti : suruhanjaya multimedia aduan : https://aduan.skmm.gov.my/
Jabatan Perdana Menteri : https://www.jpm.gov.my/ms/
Bukit Aman

PE: TikTok: kandungan video (content) yang berunsur negatif dan lucah
Saya ingin membuat aduan kepada pihak berkuasa mengenai aplikasi TikTok. Pada 2 bulan yang lepas, saya telah mendaftar akaun di aplikasi TikTok dengan tujuan untuk membuat promosi bagi produk-produk kecantikan. Walau bagaimanapun, saya mendapati bahawa terdapat penyebaran beberapa kandungan video (content) yang berunsur negatif dan lucah di dalam aplikasi TikTok tersebut. Pada pendapat saya, kandungan yang dikongsikan di platform perkongsian video itu adalah tidak sesuai atau tidak boleh diterima oleh masyarakatMalaysia.
Berikut merupakan antara contoh ‘content’ video yang berunsurkan negatif:
•    Cikgu yang sedang mengajar dan menulis di papan tulis, sambil membuang angin (kentut).
•   
•    Seorang isteri (beragama Islam) yang sedang kentut sambil menunjukkan punggungnya kepada
•    suaminya yang sedang makan.
•   
•    Pekerja 3gadis bertudung menunjukkan punggungnya sambil membuang angin(kentut)
•   
•    Perkahwinan sama jantina dan berbangga dengan tindakan mereka; aksi cium sesama jantina.
•   
•    Seorang nenek tua yang beragama Islam dengan berpakaian yang menutup aurat, namun menunjukkan aksi tarian yang kurang sopan sambil menjelirkan lidahnya.
•   
•    Wanita berpakaian seksi sehingga nampak buah dada
•   
•    Anjing dan tikus dipanggang sebagai hidangan untuk dimakan dan berapa elemen negatif yang lain.
•   
•    Ayat2 lucah seperti ‘fuck you” olehpramugari penerbangan kepada penumpang yang sedang keluar
•   
•    Ayat2 lucah “pundek” dan banyak lagi video yang kurang baik
•   
•    Menghidu bau ketiak- mengambil gambar alat sulit wanita-menghidu bau kentut

Namun begitu, video yang berunsurkan nilai positif seperti ceramah dari berbilang agama seperti Islam-Buddha dan Kristiandisekat pula.

TikTok merupakan aplikasi yang berasal dari negara China. Budaya di negara komunis seperti China adalah sangat berbeza berbanding dengan negara ini. Masyarakat negara China mungkin gemar dengan budaya seperti membuang angin dihadapan orang lain, makanan eksotik, dan pelbagai tindakan asing yang dianggap negatif dan tidak sesuai dengan budaya rakyat Malaysia.
                                                                        
Aplikasi TikTok ini boleh diakses oleh semua golongan usia. Sekiranya golongan berumur 17 tahun ke bawah melayari TikTok dan menonton video-video tersebut, saya berpendapat bahawa ia akanmempengaruhi minda anak–anak dan memberi kesan buruk terhadap mereka.

Selain itu, unsur perkauman dan agama yang ditonjolkan oleh warga Bangladesh di Malaysia juga membawa kesan yang buruk. Baru-baru ini, terdapat seorang warga Bangladesh yang bekerja di Malaysia memuat naik video berkenaan isu perayaan Deepavali. Hal ini telah mengundang kemarahan kepada mereka yang beragama Hindu kerana warga Bangladesh tersebut cuba mencampuri urusan negara dan tidak memahami rukun negara negara ini. Walhal, mereka berada di Malaysia hanya atas urusan pekerjaan.

Persoalan utama saya ialah, adakah TikTok ini sebenarnya mempunyai motif untuk menyebarkan video-video negatif seperti ini lantas merosakkan minda anak-anak muda di Malaysia secara halus? Hairannya, profil akaun yang memiliki jumlah ‘likes’ dan ‘followers’ yang tinggi diberikan ganjaran yang besar. Ganjaran tersebut akhirnya menjadi penggalak untuk mereka mencipta lebih banyak video berunsurkan negatif. Maka, hasilnya hal ini akan merosakkan lagi minda anak-anak muda. Adakah perkara ini yang kita mahukan untuk generasi-generasi pada masa akan datang?

Seperti yang kita maklum, berapa negara sudah bertindak untuk menyekat akses TikTok di negara mereka. Antara negara-negara yang terlibat adalah seperti Amerika Syarikat, Pakistan, India, dan Bangladesh.

Sekiranya aplikasi TikTok ini diperhatikan dengan lebih teliti, ternyata ia memiliki lebih kesan negatif berbanding positif terhadap masyarakat; khususnya kepada generasi muda. Penggunaan TikTok setiap hari boleh menimbulkan rasa ketagih dan kesannya ternyata tidak baik kepada golongan muda. Perkara ini boleh disokong berdasarkan satu artikel yang bertajuk “Kanak-kanak bebas ‘ber-TikTok’ boleh ketagih, jadi sasaran pedofil”. Menurut artikel tersebut, “pengguna yang berusia di bawah 13 tahun boleh melihat versi TikTok yang ditapis, tetapi ada yang bimbang kanak-kanak mungkin berbohong tentang umur mereka untuk melihat kandungan yang tidak ditapis.” Berikut adalah pautan kepada artikel yang dibincangkan:
https://ismaweb.net/2021/06/01/kanak-kanak-bebas-ber-tiktok-boleh-ketagih-jadi-sasaran-pedofil/

Di sini saya lampirkan berapa ‘content’ video yang tidak sesuai bagi tontonan masyarakat Malaysia:

https://vt.tiktok.com/ZSekUoodr/


https://vt.tiktok.com/ZSekUotPe/


https://vt.tiktok.com/ZSekfApRu/


https://vt.tiktok.com/ZSekfJGMs/


https://vt.tiktok.com/ZSekfrpnf/


https://vt.tiktok.com/ZSekf6Rbw/


https://vt.tiktok.com/ZSekfYL3s/


https://vt.tiktok.com/ZSekfdAXT/


https://vt.tiktok.com/ZSekPWqSv/


https://vt.tiktok.com/ZSekPWgqp/


https://vt.tiktok.com/ZSek5xgYb/


https://vt.tiktok.com/ZSekmm5n7/


https://vt.tiktok.com/ZSekmK5cF/


https://vt.tiktok.com/ZSekuUxnX/


https://vt.tiktok.com/ZSekmo4f4/


https://vt.tiktok.com/ZSekueMHW/


https://vt.tiktok.com/ZSekuRNa2/


https://vt.tiktok.com/ZSekujmvT/


https://vt.tiktok.com/ZSekudPLK/


https://vt.tiktok.com/ZSeku8w1B/


https://vt.tiktok.com/ZSekuRV5p/


https://vt.tiktok.com/ZSekuRUkr/


https://vt.tiktok.com/ZSekurj9b/


https://vt.tiktok.com/ZSekmod15/


https://vt.tiktok.com/ZSeku8pUv/


https://vt.tiktok.com/ZSekuBcLn/


https://vt.tiktok.com/ZSekxmLKg/


https://vt.tiktok.com/ZSekxfJgA/


https://vt.tiktok.com/ZSekQJ5X4/


https://vt.tiktok.com/ZSekbJJYy/


https://vt.tiktok.com/ZSekbPYgd/



https://vt.tiktok.com/ZSekb8saA/


https://vt.tiktok.com/ZSekvPEyp/


https://vt.tiktok.com/ZSekvjyaP/


https://vt.tiktok.com/ZSeB1QMJg/


https://vt.tiktok.com/ZSeB1GrKB/


https://vt.tiktok.com/ZSeB1Q4Ks/


https://vt.tiktok.com/ZSeBdnA9k/


https://vt.tiktok.com/ZSeBRCd8v/


https://vt.tiktok.com/ZSeBRpjYy/


https://vt.tiktok.com/ZSeB8jwME/


https://vt.tiktok.com/ZSeB8Dam1/


   

Oleh yang sedemikian, saya meminta jasa baik pihak berkuasa kerajaan Malaysia untuk menyekat aplikasi TikTok ini kerana ia tidak membawa sebarang faedah kepada masyarakat di negara ini.
Saya juga dalam proses untuk membuat aduan pada negara-negara lain seperti Indonesia-Australia-New Zeland untuk sekat Tiktok.






Pages: [1]
View full version: TikTok berunsur lucah -Jom ramai2 repot -


ADVERTISEMENT