Raline Publish time 20-11-2021 06:13 PM

Jin Yang Mungkin Berdamping Dengan Manusia

Jin Yang Mungkin Berdamping Dengan Manusia

https://penunggu.com/wp-content/uploads/2021/01/jin.png

Manusia kalau sebut pasal jin atau hantu je mesti automatik akan jadi takut, tak kiralah ianya hanya bercerita atau nampak sendiri benda tu.

Tapi tahu tak sebenarnya, manusia ni ada jin yang berdamping dengan dorang dan menghasut dorang untuk buat benda yang melanggar perintah Allah.

Mudah mengantuk


Perasan tak, kalau korang tengah buat kerja, kadang-kadang akan rasa mengantuk, lagi-lagi kalau buat benda baik, lagi berganda ngantuknya, betul tak? Sebenarnya rasa mengantuk ni datang daripada satu jin, namanya Wasnan.

Tugas Wasnan ni memang untuk melemahkan otot mata manusia, yang mana akan membuatkan seseorang tu mudah sangat rasa ngantuk, lagi-lagi time tengah buat kerja-kerja yang baik.Jadi kalau korang rasa mengantuk masa tengah solat ke atau buat kerja ke, tu tanda korang tengah didampingi oleh Wasnan lah tu.

Lapar sentiasa

Manusia ni sifat dia memang suka makan dan rasa lapar tapi kalau dah makan, lepas tu tiba-tiba rasa lapar lagi, tu sebenarnya bukan lapar dah tu tapi ada jin yang tengah hasut korang untuk makan lagi ikut nafsu.

Jin yang hasut korang suruh makan lagi tu namanya Dasim dan memang tugasnya buat manusia rasa lapar memanjang walaupun perut time tu tengah kenyang. Tapi tugas Dasim bukan setakat tu je, jin ni jugalah yang suka memecah belahkan pasangan suami isteri ataupun ahli keluarga, sampailah hubungan dorang ni putus.

Malas solat


Sebagai umat Islam, solat tu memang wajib dan merupakan tiang agama tapi korang mesti pernah rasa malas nak solat, kadang-kadang memang suka lambatkan waktu solat walaupun time tu tengah free dan tak busy.

Itu maknanya korang tengah dihasut oleh jin Khoznab, yang memang tugasnya membuatkan seseorang tu rasa berat nak solat dan rasa solat itu sesuatu yang amat membebankan sampailah ditunda-tunda atau terus tinggalkan solat.

Boros berbelanja

Berbelanja tu memang sifat manusia tapi kadang-kadang manusia tu suka berbelanja sehingga boros. Walaupun dah boros korang tetap rasa tak bersalah berbelanja. Itu petandanya jin Zalanbur tengah buat tugas dia lah tu, memastikan seseorang itu sentiasa boros berbelanja tanpa rasa bersalah.

Wang dan gaji simpanan yang ada akan dihabiskan dengan membeli barangan atau benda yang tidak berfaedah. Jin ni juga ditugaskan untuk menghasut para peniaga untuk tidak jujur dalam berniaga atau dalam erti kata lain menipu.

Jadi, lepas dah baca semua ni, agak-agak jin mana yang selalu berdamping dengan korang? Apa pun, tahun baru ni boleh dah slow-slow ubah mana yang patut, beristighfar dan insaflah.

Sumber:https://penunggu.com/asal-usul/jin-yang-mungkin-berdamping-dengan-manusia/

Pages: [1]
View full version: Jin Yang Mungkin Berdamping Dengan Manusia


ADVERTISEMENT