Raline Publish time 20-11-2021 05:45 PM

7 Artis Ini Meletakkan Syarat Khas Sebelum Menjalankan Penggambaran

7 Artis Ini Meletakkan Syarat Khas Sebelum Menjalankan Penggambaran

https://murai.my/wp-content/uploads/2021/11/Syarat-khusus-dan-unik-7-artis-Bollywood-sebelum-syuting-1-930x500-1-750x403.jpg
Beberapa selebriti ini sama sekali tidak berdepan dengan apa-apa masalah tawaran berlakon walaupun mereka perlu meletakkan beberapa syarat-syarat tertentu sebelum memulakan penggambaran.

Kebiasaanya mereka perlu bersedia untuk melakonkan watak dan adegan mengikut arahan yang diberikan oleh pengarah dan pihak produksi. Bermula dari melakukan adegan biasa, berbahaya sehinggalah adegan romantik dan bersentuhan. Tetapi sebagai artis, sudah tentu mereka juga mempunyai standard yang tersendiri.

Sama seperti 7 selebriti Bollywood yang akan kami senaraikan ini, mereka juga tidak terkecuali dan mempunyai permintaan khusus sebelum menerima tawaran kerja. Permintaan mereka tentu saja berbeza-beza seperti tidak mahu melakukan adegan tertentu dan sebagainya. Jom kita tengok!

1. Hrithik Roshan

https://murai.my/wp-content/uploads/2021/11/WhatsApp-Image-2021-11-15-at-3.26.52-PM-818x1024.jpeg

Hrithik Roshan adalah selebriti yang dikenali sebagai seseorang yang sangat menghargai masa. Oleh itu, jika jadual penggambaran ditangguhkan mengikut perjanjian yang telah ditetapkan, dia tidak akan teragak-agak untuk meminta bayaran tambahan atas sebab ini.

2. Shah Rukh Khan

https://murai.my/wp-content/uploads/2021/11/WhatsApp-Image-2021-11-15-at-3.26.37-PM-819x1024.jpeg

Shah Rukh Khan pernah mengalami kemalangan ketika menunggang kuda sewaktu menjalankan penggambaran. Oleh sebab itu, sehingga kini, Shah Rukh Khan meletakkan syarat untuk tidak melakukan adegan menunggang kuda lagi selepas kejadian tersebut.

3. Salman Khan

https://murai.my/wp-content/uploads/2021/11/WhatsApp-Image-2021-11-15-at-3.27.12-PM-821x1024.jpeg

Boleh dikatakan, setiap lakonan dan filem yang dibintangi oleh selebriti popular Bollywood, Salman Khan sentiasa mendapat Box office dan berjaya memperoleh kutipan yang tinggi.

Namun, siapa sangka bahawa Salman Khan juga mempunyai pantang larang yang tidak boleh dilanggar iaitu tidak mahu melakukan adegan bercium dengan perempuan. Sehingga kini, syarat tersebut masih digunakan oleh pelakon yang berusia 55 tahun.

4. Sunny Leone

https://murai.my/wp-content/uploads/2021/11/WhatsApp-Image-2021-11-15-at-3.27.52-PM-826x1024.jpeg

Bukan rahsia lagi, bintang filem Sunny Leone tidak mahu menjadikan bentuk badannya sebagai cagaran untuk melakonkan watak-watak tertentu selepas mengambil keputusan untuk menceburi industri hiburan Bollywood.

Selebriti yang berusia 40 tahun ini juga telah meletakkan syarat untuk tidak melakukan adegan ranjang dan bercium didalam setiap lakonannya.

5. Akshay Kumar

https://murai.my/wp-content/uploads/2021/11/Akshay-Kumar-applauds-kid-who-broke-the-cars-window-and-saved-his-family-.jpeg

Akshay Kumar layak digelar ‘Family Man’ kerana walau sesibuk mana pun, dia sentiasa mengutamakan keluarganya. Suami kepada pelakon dan pengarah, Twinkle Khanna ini membuat syarat khas sebelum memulakan penggambaran bahawa dia tidak akan bekerja pada hari Ahad bagi meluangkan masa untuk berkumpul bersama isteri dan anak-anaknya.

6. Tanuj Virwani

https://murai.my/wp-content/uploads/2021/11/WhatsApp-Image-2021-11-15-at-3.28.17-PM-826x1024.jpeg

Tanuj Virwani adalah penghidap herpetophobia atau lebih senang disebut fobia terhadap reptilia.

Disebabkan perkara itu, pelakon ini akan menolak untuk tidak melakukan aksi-aksi bersama haiwan reptilia atau berlakon di dalam hutan.

7. Kangana Ranaut

https://murai.my/wp-content/uploads/2021/11/WhatsApp-Image-2021-11-15-at-3.28.29-PM-819x1024.jpeg

Selebriti Bollywood cantik manis yang kini berusia 34 tahun ini juga tidak terkecuali dari meletakkan peraturan yang ketat di dalam kerjaya lakonannya.Dia tidak akan membiarkanfilem yang dilakonkannya ditayangkan sebelum bayarannya sebagai artis telah selesai.

Sumber:https://murai.my/2021/131530/7-artis-ini-meletakkan-syarat-khas-sebelum-menjalankan-penggambaran/

Pages: [1]
View full version: 7 Artis Ini Meletakkan Syarat Khas Sebelum Menjalankan Penggambaran


ADVERTISEMENT