kerisnaga Publish time 20-11-2021 01:56 PM

2 negeri Jerman batal pasar Krismas, umum sekatan drastik

2 negeri Jerman batal pasar Krismas, umum sekatan drastik

November 20, 2021 @ 1:24pm


https://assets.bharian.com.my/images/articles/health-GERMANY-HEALTH-VIRUS-VACCINES_1637385989.jpg
Penduduk beratur untuk mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 di perkampungan kecil, Unterschleissheim, di Jerman. - FOTO AFP


MUNICH: Dua negeri Jerman, Bavaria dan Saxony, semalam membatalkan pembukaan semua pasar Krismas dan mengumumkan sekatan drastik susulan lonjakan kes COVID-19 yang semakin membimbangkan di negara ini.


"Keadaan amat, amat serius serta sukar kini," kata Ketua Menteri Bavaria, Markus Soeder yang turut mengumumkan penutupan kelab, bar dan perkhidmatan malam di restoran.


Sementara itu, Saxony bukan saja mengambil langkah sama, malah turut menutup semua venue sukan dan kebudayaan.


Selain itu, melarang pelancongan dan pengambilan alkohol di tempat awam, serta menyekat individu belum divaksin daripada memasuki kedai tidak penting dan kedai gunting rambut.


Saxony adalah negeri yang mencatat kadar vaksinasi terendah di Jerman membabitkan kurang 60 peratus daripada populasinya.


Ketua Menteri Saxony, Michael Kretschmer bagaimanapun mengaku banyak sekatan terbabit akan turut menjejaskan golongan sudah divaksin.


Namun, beliau berkata, tindakan tegas perlu diambil bagi mengelakkan kebanjiran pesakit COVID-19 di hospital, sekali gus menggesa 'solidariti' daripada seluruh penduduk.


Bavaria dan Saxony ialah antara wilayah paling terkesan dalam gelombang keempat penularan COVID-19 yang mengganas di Jerman. - AFP




credit




Pages: [1]
View full version: 2 negeri Jerman batal pasar Krismas, umum sekatan drastik


ADVERTISEMENT