kerisnaga Publish time 19-11-2021 11:28 PM

Dua maut, MPV rempuh pokok

Edited by kerisnaga at 19-11-2021 11:29 PM

Dua maut, MPV rempuh pokok

Oleh Hamzah Osman - November 19, 2021 @ 10:46pmbhnews@bh.com.my



https://assets.bharian.com.my/images/articles/kestent_1637333184.jpg
Keadaan kereta Toyota Avanza yang remuk selepas terbabit dalam kemalangan yang mengorbankan dua nyawa dan empat cedera parah di Kampung Kilim, Mukim Ayer Hangat, Langkawi. NSTP/IHSAN POLIS



LANGKAWI: Seorang anggota tentera dan pelajar maut, manakala empat penumpang lain parah, selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka terbabit kemalangan di Kampung Kilim, Ayer Hangat, di sini, hari ini.


Dalam kejadian 4.05 petang itu, anggota tentera yang juga pemandu kereta, Mohd Firdaus Nor Shaidi, 23, meninggal dunia di Hospital Sultanah Maliha, manakala seorang lagi mangsa, Maizatul Hana Mohd Rosdan, 21, meninggal dunia di tempat kejadian.


Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari, berkata mangsa berusia antara 21 hingga 27 tahun ialah pelancong yang bercuti di pulau itu.


Katanya, mangsa terdiri daripada tiga lelaki dan tiga perempuan dalam perjalanan dari Kuah menghala ke Ayer Hangat.


"Sebaik tiba di lokasi kejadian, pemandu kenderaan dipercayai hilang kawasan sebelum terbabas dan merempuh pokok di bahu jalan Kampung Kilim.


"Kenderaan terbabit dipercayai dipandu laju di jalan lurus, ketika cuaca hujan renyai," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.


Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.




sumber




kerisnaga Publish time 19-11-2021 11:31 PM

https://i.pinimg.com/564x/2c/f2/b0/2cf2b04269d02288a072f240cb8375e6.jpg
Pages: [1]
View full version: Dua maut, MPV rempuh pokok


ADVERTISEMENT