kerisnaga Publish time 19-11-2021 10:39 PM

Api menjulang tinggi disertai letupan kecil

Edited by kerisnaga at 19-11-2021 10:40 PM

Api menjulang tinggi disertai letupan kecil

Izad Thaqif Hassan
am@hmetro.com.my


https://assets.hmetro.com.my/images/articles/sup_1637300161.jpg
KEADAAN kedai bihun sup yang terbakar. FOTO Ihsan Bomba



Sungai Petani: "Saya rasa bahang panas ketika berada dalam rumah dan sebaik melihat ke luar, saya nampak api menjulang tinggi di gerai bertentangan," kata Razilawati Abu Bakar, 42, saksi yang melihat kebakaran gerai bihun sup berhampiran Pintu Gerbang Kota Kuala Muda, Tikam Batu, dekat sini, malam tadi.


Razilawati berkata, ketika itu dia turut mendengar beberapa letupan kecil kemungkinan akibat kabel elektrik terbakar sebelum memanggil suaminya, Md Razak Abdul Rahman, 45.


"Suami kemudian terus menghubungi bomba memaklumkan kejadian kerana api marak begitu cepat berikutan kedai terbabit separuh batu dan separuh papan.


"Ketika kejadian, tiada sesiapa di gerai terbabit kerana pemiliknya sudah menutup kedai yang beroperasi jam 11 pagi hingga 6 petang," katanya yang tinggal di rumah kedai bertentangan lokasi kejadian.


Menurutnya, dia difahamkan yang pemilik kedai bihun sup itu dalam perjalanan pulang ke kampung sebelum berpatah balik selepas mengetahui premis miliknya terbakar.


Kebakaran jam 10.48 malam itu memusnahkan hampir keseluruhan gerai bihun sup terbabit yang memang popular dalam kalangan penduduk dan pengunjung di kawasan berkenaan.


Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tikam Batu, Muhamad Syukri Hashim berkata, pihaknya menerima panggilan jam 10.50 malam.


Menurutnya, sebuah jentera dan sebuah kenderaan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) BBP Tikam Batu dengan kekuatan seorang pegawai dan tujuh anggota tiba di lokasi kejadian kira-kira 10 minit kemudian.


"Sebaik tiba, kita mendapati kebakaran membabitkan premis kelas B dan menggunakan dua aliran serta empat pancutan air dari jentera untuk memadam kebakaran.


"Api dapat dikawal jam 11.06 malam dan operasi tamat sepenuhnya jam 12.27 malam dengan kebakaran memusnahkan hampir 95 peratus premis berkenaan," katanya ketika dihubungi.


Menurutnya, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dan jumlah kerugian serta punca kebakaran masih dalam siasatan.
Disiarkan pada: November 19, 2021 @ 1:13pm


sumber
Pages: [1]
View full version: Api menjulang tinggi disertai letupan kecil


ADVERTISEMENT