kerisnaga Publish time 19-11-2021 10:31 PM

Bomba Kedah siap siaga hadapi Monsun Timur Laut

Edited by kerisnaga at 19-11-2021 10:32 PM

Bomba Kedah siap siaga hadapi Monsun Timur Laut

Zuliaty Zulkiffli
am@hmetro.com.my


https://assets.hmetro.com.my/images/articles/hm175selamatkan_1637308705.jpg
ANGGOTA Bomba Wanita JBPM Kedah melakukan latihan penyelamatan ketika kursus di Tasik Beris, Sik untuk menghadapi Monsun Timur Laut. FOTO ihsan JBPM



Alor Setar: Mengendalikan bot ketika menjalankan operasi bukan sesuatu tugas yang mudah buat wanita kerana ia hanya mampu dilakukan kaum lelaki.


Namun bagi 16 pegawai dan anggota wanita dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, ia sesuatu yang baharu buat mereka ketika menjalani kursus latihan pengendalian dan pengujian bot yang berlangsung di Tasik Beris, Sik, baru-baru ini.


Bagaimanapun, kesemua peserta wanita dari JBPM Kedah berjaya mengharungi cabaran yang lasak itu dengan kerjasama erat bagi melakukan persiapan menghadapi Monsun Timur Laut.


Kursus yang disertai 75 peserta yang terdiri daripada 60 pegawai dan anggota lelaki manakala 15 peserta daripada pegawai dan anggota wanita di JBPM Kedah.


Ia terdiri daripada pegawai dan anggota yang terpilih daripada seluruh 19 Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) di negeri ini.


Pegawai Bomba Wanita, Sharina Azreen Ahmad, 40, berkata, sepanjang berkhidmat dengan JBPM sejak 10 tahun lalu, ini pengalaman pertama yang disertainya dalam mempelajari pengendalian bot yang sememangnya agak sukar.


Katanya, ia ilmu baharu dan peluang itu tidak akan dilepaskan kerana teknik itu akan digunakan sekiranya diperlukan.


"Saya tak pernah lagi mengendalikan bot ketika operasi kerana biasanya ia dilakukan anggota bomba lelaki tetapi yang sudah berpengalaman dan mahir.


"Namun ketika berpeluang menyertai kursus ini, ia sesuatu yang seronok kerana sekurang-kurangnya saya dapat ilmu baru," katanya yang bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra.


Selain itu, kursus itu turut disertai Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) JBPM Kedah untuk memantapkan lagi tugas mereka ketika melakukan penyelamatan di air.


Pengarah JBPM Kedah, Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba Sayani Saidon berkata, kursus ini bertujuan untuk melatih kemahiran pegawai dan anggota bagi menghadapi sebarang insiden kecemasan di air seperti banjir kilat, kepala air dan kejadian lemas.


Selain itu katanya, kemahiran menyelamat di air juga turut ditekankan ketika kursus itu dilaksanakan selama tiga hari iaitu pada 13 hingga 15 November lalu di Tasik Beris, Sik.


"Malah kursus yang diadakan itu juga bertujuan untuk menguji kemahiran pegawai dan anggota dalam usaha untuk memberi kemahiran ketika menjalankan Operasi mengikut Standart Prosedur Operasi (SOP) ketika menghadapi insiden di air.


"Jumlah keseluruhan yang terbabit dalam kursus ini adalah seramai 106 orang termasuk peserta, jurulatih dan urusetia," katanya di sini, hari ini.


Hadir sama, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, JBPM Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain.
Disiarkan pada: November 19, 2021 @ 3:58pm

sumber


Pages: [1]
View full version: Bomba Kedah siap siaga hadapi Monsun Timur Laut


ADVERTISEMENT