kerisnaga Publish time 19-11-2021 10:00 PM

Motosikal roda tiga ditunggang warga asing disita

Edited by kerisnaga at 19-11-2021 10:01 PM

Motosikal roda tiga ditunggang warga asing disita

]Nurul Hidayah Bahaudin
nurul.hidayah@hmetro.com.my


https://assets.hmetro.com.my/images/articles/photo_2021-11-19_17-33-51_1637314677.jpg
ANTARA motosikal roda tiga warga asing yang disita. FOTO Ihsan Polis



Ampang Jaya: Sebanyak 31 motosikal roda tiga ditunggang individu warga Myanmar tanpa lesen disita dalam Operasi Motosikal Roda Tiga yang dijalankan di sekitar daerah ini sejak 1 November lalu hingga hari ini.


Ketua Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Ampang Jaya Deputi Superintendan Abd Hamid Omar berkata, pihaknya mengesan beberapa individu warga Myanmar menunggang motosikal roda tiga untuk mengangkut barangan lusuh.


"Operasi ini dijalankan di sekitar Pandan Mewah dan Taman Tasik Tambahan berdasarkan aduan serta maklumat daripada orang awam yang mendakwa terdapat warga asing menunggang motosikal roda tiga melanggar undang-undang dan peraturan jalan raya.


"Mereka (warga asing) yang menggunakan motosikal roda tiga kebiasaannya aktif beroperasi pada waktu pagi sebelum menjual barangan lusuh di kedai kitar semula," katanya pada sidang media di Balai Polis Trafik Ampang Jaya, di sini, hari ini.


Abd Hamid berkata, pihaknya mengeluarkan sebanyak 618 saman berkaitan kesalahan tiada lesen memandu sepanjang tempoh dua minggu operasi itu dijalankan.


"Majoriti saman yang dikeluarkan itu membabitkan warga asing yang tiada lesen memandu termasuk warga Myanmar yang menunggang motosikal roda tiga.


"Tindakan sita motosikal roda tiga berkenaan dibuat mengikut Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.


Beliau berkata, sekiranya pemilik asal motosikal mahu menuntut semula motosikal yang disita, mereka perlu datang ke Balai Polis Trafik Ampang Jaya dengan membawa dokumen berkaitan.


"Kami juga akan mengeluarkan saman terhadap pemilik kenderaan itu kerana membenarkan motosikal berkenaan digunakan oleh individu lain yang tiada lesen," katanya.
Disiarkan pada: November 19, 2021 @ 5:36pmsumber




kerisnaga Publish time 19-11-2021 10:05 PM

satu usaha yang bagus. kat sini pun ada. mereka ni sesuka hati selongkar tong sampah sehinggakan sampah-sampah berterabur di luar tong. bukan nk dikutipnya balik. dah dpt barang yang diinginkan terus cabut tinggalkan sampah yg bersepah di luar tong.
Pages: [1]
View full version: Motosikal roda tiga ditunggang warga asing disita


ADVERTISEMENT