kerisnaga Publish time 19-11-2021 09:38 PM

4 ditahan menyamar polis sebelum samun warga Bangladesh

4 ditahan menyamar polis sebelum samun warga Bangladesh
SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI | | 19 November 2021

https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2021/11/19/1273507.jpg
Empat lelaki ditahan selepas menyamar sebagai anggota polis dan menyamun tiga lelaki warga Bangladesh di Kompleks Bukit Gedung pada Rabu.


BAYAN BARU - Polis menahan empat lelaki selepas didapati menyamar sebagai anggota polis dan menyamun tiga lelaki warga Bangladesh di Kompleks Bukit Gedung di sini pada Rabu.


Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, kejadian dilaporkan berlaku pada jam 4.30 pagi ketika mangsa berada di lokasi berkenaan.


Menurutnya, turut disamun dua rakan mangsa yang berada berdekatan dengan mangsa ketika kejadian berlaku.


"Suspek memakai baju biasa telah memperkenalkan diri sebagai anggota polis. Mereka mendekati mangsa lalu merampas sebuah telefon bimbit jenis Samsung dan wang tunai berjumlah RM60.


"Dua rakan mangsa turut disamun apabila wang tunai masing-masing berjumlah RM90 dan RM20 dibawa lari suspek. Suspek melarikan diri dengan menaiki motosikal namun nombor plat tidak dapat dipastikan," katanya ketika dihubungi pada Jumaat.


Mengulas lanjut, Kamarul Rizal berkata, keempat-empat suspek berusia lingkungan 20 hingga 30-an berjaya ditahan di beberapa lokasi berasingan sekitar negeri ini pada Jumaat.


"Kesemua suspek mempunyai rekod lampau melibatkan dadah dan jenayah. Mereka direman lima hari sehingga 30 November ini.


"Siasatan lanjut masih diteruskan terhadap suspek bagi mengenal pasti sama ada mereka ada terlibat dengan kes lain atau sebaliknya. Kes disiasat mengikut Seksyen 395/170 Kanun Keseksaan," katanya.



Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/173359/BERITA/Semasa/4-ditahan-menyamar-polis-sebelum-samun-warga-Bangladesh
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

musangbodoh Publish time 20-11-2021 11:01 AM

eh cepat plak settle report? sape report? cpt plak tgkap ehhhh..mn gambar polis tipu tu??.ke cerita tipu2 je:dizzy:
Pages: [1]
View full version: 4 ditahan menyamar polis sebelum samun warga Bangladesh


ADVERTISEMENT