kerisnaga Publish time 19-11-2021 09:00 PM

SPRM sedia siasat penyelewengan GLC Kedah

SPRM sedia siasat penyelewengan GLC Kedah

Oleh Noorazura Abdul Rahman - November 19, 2021 @ 3:27pmbhnews@bh.com.my



https://assets.bharian.com.my/images/articles/SPRM_NEW_1637306851.jpg



ALOR SETAR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah sedia memberi kerjasama membanteras salah guna kuasa dan penyelewengan kontrak dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri itu.


Pengarahnya, Datuk Shaharom Nizam Abd Manap, berkata tindakan tegas boleh diambil terhadap pengurusan tertinggi GLC terbabit sekiranya siasatan mendapati terdapat kesalahan dilakukan.


"Pihak kami sedia memberi kerjasama kepada kerajaan negeri untuk membanteras salah guna kuasa dan penyelewengan berhubung kontrak kerajaan negeri.


"Tindakan tegas mengikut Seksyen 17A Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 akan dikenakan kepada pihak pengurusan atasan GLC berkenaan sekiranya ada kesalahan dilakukan," katanya ketika dihubungi, hari ini.


Semalam, media melaporkan Kedah akan memerangi kegiatan kartel dikuasai ahli perniagaan 'besar' yang dikesan membolot hampir semua projek di bawah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri itu.


Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, kegiatan itu perlu dibanteras seiring dengan suasana ekonomi semasa yang sudah berubah.


sumber




musangbodoh Publish time 20-11-2021 11:09 AM

ehhh baru tau ke sblm nie buat2 x tau:curse:
Pages: [1]
View full version: SPRM sedia siasat penyelewengan GLC Kedah


ADVERTISEMENT