kerisnaga Publish time 19-11-2021 06:14 PM

Mangsa banjir di Kubang Pasu menurun, dua PPS ditutup

Mangsa banjir di Kubang Pasu menurun, dua PPS ditutup

Zuliaty Zulkiffli - November 19, 2021 @ 4:49pmbhnews@bh.com.my



https://assets.bharian.com.my/images/articles/suruhdoh_1637311778.jpg
Mangsa banjir di Kubang Pasu dibenarkan pulang ke rumah masing-masing selepas banjir surut. - Foto ihsan APM



KUBANG PASU: Mangsa banjir di daerah ini berkurangan kepada 43 mangsa daripada 10 keluarga apabila dua pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup hari ini.


Jumlah itu dilaporkan setakat jam 4 petang tadi dan menurun berbanding 64 mangsa daripada 14 keluarga tengah hari tadi.


Ketua Bahagian Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Mejar (PA) Mohd Muaz Mohd Yusoff, berkata PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Binjal dan PPS Dewan Kampung Nongka ditutup pada jam 12 tengah hari tadi.


Beliau berkata, bagaimanapun PPS di Dewan Kampung Tradisi Lembah Keriang masih kekal dengan 43 mangsa daripada 10 keluarga.


"Hanya tinggal satu PPS masih beroperasi di daerah ini," katanya dalam kenyataan hari ini.


Media sebelum ini melaporkan, hujan lebat melebihi dua jam bermula jam 3.30 petang semalam menyebabkan paras air sungai berhampiran kawasan kampung berkenaan meningkat.


Antara lokasi yang dinaiki air adalah di Jalan Changlun-Jitra (hadapan Taman Jelutong, Changlun), Taman Sri Menanti, Taman Pertama, Taman Resak dan Jalan Sintok di Mukim Temin.


Selain itu, paras air turut meningkat di Kampung Padang Pasir di Mukim Sungai Laka, Kampung Bendang Dalam Mukim Binjal dan Kampung Tengah di Mukim Hosba.





sumber






Pages: [1]
View full version: Mangsa banjir di Kubang Pasu menurun, dua PPS ditutup


ADVERTISEMENT