kerisnaga Publish time 19-11-2021 06:05 PM

Pelajar IPT mohon bantuan pertubuhan kebajikan

Edited by kerisnaga at 19-11-2021 06:06 PM

Pelajar IPT mohon bantuan pertubuhan kebajikan

Oleh Nur Izzati Mohamad - November 19, 2021 @ 2:32pmbhnews@bh.com.my



https://assets.bharian.com.my/images/articles/19bhpink_1637308973.jpg
Foto ihsan One Hope Charity



BUKIT MERTAJAM: Pertubuhan kebajikan, One Hope Charity & Welfare (One Hope Charity) menerima banyak panggilan telefon daripada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) seluruh negara yang menghadapi kesempitan hidup susulan pendapatan keluarga terjejas akibat pandemik COVID-19.


Pengerusi One Hope Charity, Datuk Chua Sui Hau, ketika memaklumkan perkara itu berkata kebanyakan pelajar terbabit memohon bantuan keperluan harian dan alat perlindungan diri kerana ibu bapa tidak mampu menyediakannya berikutan masalah kewangan.


Justeru, beliau berkata, pihaknya mengambil keputusan untuk membantu 1,000 pelajar IPT daripada keluarga B40 yang layak di seluruh Semenanjung, melalui pemberian bakul prihatin.


Katanya, bakul prihatin bernilai RM250 setiap satu itu mengandungi bantuan terdiri daripada makanan kering dan alat perlindungan diri termasuk pelitup muka serta cecair pembasmi kuman.


"Barangan keperluan itu dibungkus dalam kotak serta dihantar terus ke asrama di kampus dan luar kampus melalui syarikat kurier, sejurus permohonan pelajar berkenaan diluluskan.


"Pelajar yang ingin memohon bantuan itu boleh melakukannya secara dalam talian melalui laman sesawang One Hope Charity & Welfare di pautan https://www.onehopecharity.org/onehope-aid-form/.


"Mereka yang ingin memohon, dinasihatkan mengisi butiran betul dan lengkap supaya syarikat kurier yang dilantik itu dapat menjalankan tugas berkenaan dengan lebih lancar," katanya, hari ini.


Mengulas lanjut, Sui Hau memaklumkan, pihaknya membelanjakan sejumlah RM250,000 bagi menjayakan misi kebajikan itu.


Beliau berkata, One Hope Charity melaksanakan inisiatif itu kerana memahami keadaan keluarga yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19.


"Malah berikutan penularan virus itu juga, pihak kami mengambil inisiatif menghantar bantuan menggunakan syarikat kurier bagi mengurangkan interaksi sosial, sekali gus memutuskan rantaian jangkitan," katanya.




sumber




Pages: [1]
View full version: Pelajar IPT mohon bantuan pertubuhan kebajikan


ADVERTISEMENT